Ahad, 28 Oktober 2012
Sabtu, 27 Oktober 2012
Selasa, 23 Oktober 2012
Isnin, 22 Oktober 2012
HALAMAN
Sebut saja halaman tentu kita inginkan halaman atau persekitaran yang luas bagi sesebuah rumah kediaman. Namun bagi mereka yang tinggal dikawasan taman perumahan halaman rumah cukup untuk meletakkan sebuah kereta. Beruntung mereka yang tinggal dikampung, halaman rumah dikelilingi olih pokok buah-buahan seperti sebuah taman yang indah.
Foto ini dirakam di sebuah kampung dipendalaman Jerteh...........
Foto ini dirakam di sebuah kampung dipendalaman Jerteh...........
Khamis, 18 Oktober 2012
AYAM PANGGANG MADU
Ayam panggang madu, banyak ke madunya digaul.........cuma ketika pemerapan dilakukan penulis hanya campurkan sedikit gula.....untuk menambah enak........ |
Tapi baunya....habis meresap hingga keruang tamu.........................anak2 berkerumun menanti giliran.....
Selasa, 16 Oktober 2012
ALATAN BERKEBUN DULU-DULU
Parang jauh sekali...................
Kegunaan untuk membersih rumpai......penulis masih ingat masa kecil2 dulu ibu sering gunakan untuk membersih rumput dihalaman rumah..........ingat2 lupa ..,apa nama alat ni......?
Isnin, 15 Oktober 2012
RAYA PUASA YANG LALU
Balang kuih....kadang2 seronok lihat warnanya.....mengapa dibeli warna yang berlainan......
Percaya atau tidak balang kaca ni tiap satunya beharga dua ringgit........jadi warna penutup bolih dipilih-pilih....kombinasi warna menambah ceria dihari raya.............kueh muih serta kekacang telah habis dan akan diisi kembali minggu hadapan..........ya ...idul Adha akan tiba beberapa hari lagi..........
Sabtu, 13 Oktober 2012
PANAS DAN HUJAN
Hujan memang dinanti oleh dedaun alam, tumbuhan juga makan dan minum seperti kita.............
Beginilah tinggal dikampung sunyi dan sepi............................
bagaimana dengan anda ingin tinggal didesa atau dikota.........????
Jumaat, 12 Oktober 2012
KEBUN KECIL DITEPI PAGAR
Bila sebut saja ditepi pagar kawasan bertanam tentulah terhad. Menjadi dilema pula bila kita terpaksa membuat pilihan, menanam bungaan ataupun sayuran.......
Sayuran adalah keperluan. Paling tidak tanam sepokok cili sudah memadai. Malu rasanya cili yang paling mudah ditanam terpaksa membeli, sedangkan ditepi-tepi pagar penuh dengan bunga-bungaan.................
Tewas juga dengan kecantikan bunga2 ni.....walaupun ruang terhad penulis selitkan juga beberapa specis......
Khamis, 11 Oktober 2012
POKOK MATA AYAM
Pokok mata ayam popular pada pucuknya. Rasa lemak cukup enak dibuat ulam.
Rabu, 10 Oktober 2012
TAPAI PULUT?
Biasanya kita bungkus tapai dalam daun pisang atau daun getah....
Isnin, 8 Oktober 2012
BERASAK-ASAK
Limau nipis terpaksa mengalah, mungkin pokok mempelam S lebih dominan............
Limau purut ...daunnya lebih diminati......
Ahad, 7 Oktober 2012
ACAR MENTAH
Acar mentah, karet juga kobis..............siapa yang tergigit cili akan terasa pedasnya......hu...hu.. |
Jumaat, 5 Oktober 2012
SAMBAL LIMAU KASTURI DAN JERING MUDA
ditambah pula ulam jering muda...........
tanpa segan2 jering serta sambal dimakan begitu sahaja.........ha..ha....ha...
Rabu, 3 Oktober 2012
PULUT KUNING
Sesuai dengan peredaran masa, beg pelastik tidak lagi digunakan. Menarik pulut kuning diisi dalam bekas dan lauknya juga diasingkan.........ini kerja makcik2 kat dapur.....
seorang tetamu sila ambil satu......jangan segan2, walaupun kita tau tetamu ni kekenyangan kerana baru selesai makan..........Nak dua pun boleh........
Kat dapur ada lagi,....untuk makcik2 yang datang menolong menyediakan lauk pauk.....pun bolih ambil satu.........
Eh ada lagi.....ini untuk tuan rumah............habis ke, banyak ni............tapi tak apa ada tetamu yg datang saat2 akhir.......