Basikal lama raleigh berpalang atau atau basikal jantan yang dipapar pada siri lalu sudah ada peneman. Peneman penulis maksudkan, dua buah basikal lama perempuan jenis rolex dan jenis standard keluaran tahun 70an.
Apa yang menarik tentang basikal2 ini. Sudah tentu menjadi perhatian bila dikayuh bersama keluarga atau aktiviti riadah setiap hujung minggu.
Apapun penulis masih lagi memburu basikal2 lama....untuk dijadikan koleksi........sebab yang lama2 itu seni....
yang lama2 itu sukar diperolihi.......
Ahad, 17 November 2013
Sabtu, 16 November 2013
HARI PENTERNAK PETANI NELAYAN KEBANGSAAN
Hari Penternak Petani Nelayan telah pun berakhir. Banyak kenangan manis tercatat di sini..... Penyertaan pelbagai pihak khususnya penggiat industri kecil menyemarakkan lagi kemeriahan, sayang sepatutnya ianya berlangsung sempena cuti akhir tahun ( cuti sekolah ) dapatlah ibu bapa memenuhi masa terluang anak-anak. Walau apa pun, banyak yang telah penulis pelajari, serta suntikan semangat berkaitan pertanian.
Alatan menangkap ikan tradisional, bubu, serkap juga dipamerkan.........Nenas ..... subur .......
Mesin penuai nenas ......... menarik ..........
Juga penyertaan pihak Risda ...... Jom belajar menoreh ........
Selasa, 15 Oktober 2013
AIDIL ADHA
Semangat kerjasama antara jiran akhirnya tercapai hajat serta niat. Sebelum jam satu enam ekor lembu berjaya diagih-agihkan............
SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA .........
SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA .........
Sabtu, 12 Oktober 2013
BUAH RAMBAI
Umum mengetahui buah rambai adalah buah-buah klasik yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Kepantasan pembangunan terus meminggirkan kampung-kampung tradisi sekali gus pokok-pokok ini dilenyapkan.
Penulis terpegun melihat buah rambai bergantungan di setiap dahan. Tahun ini pokok rambai kepunyaan penulis amat rajin berbuah, sekali gus mematikan hajat penulis untuk melupusknnya. Apatah lagi rasanya amat manis.
Terfikir juga jika pokok ini ditebang tahun-tahun mendatang penulis terpaksa membelinya pula. Pujian dari kawan-kawan serta jiran seronok melihat untaian buah-buahnya serta penulis pun hilang lokek, bermurah hati menjadikan buah tangan.
Ambillah sebanyak mana pun ..... Sebelum ianya gugur....
Menjadi baja......
Tahun hadapan berbuahlah lagi.......... Syukur pada rezeki dikongsi bersama.