Jumaat, 8 Januari 2010

ULAM RAJA @ INTAN BERAYUN


Tak sangka pokok yang tumbuh liar dibelakang rumah berasal dari Amerika Latin.Ia juga tumbuh meliar di Florida Amerika Syarikat.Bezanya kita di Malaysia makan sebagai ulam dicicah dengan budu , sambal belacan dan juga tempoyak serta cincalok.Disana mereka makan cicah apa ya ?......
Mungkin mereka tanam sebagai bunga hiasan , kerana terpesona dengan bunganya yang bertangkai panjang berwarna kuning keunguan.Ada setengah dari kita menggelarnya intan berayun.

Ulam raja juga sesuai dicampur dengan ulaman lain untuk dijadikan menu nasi kerabu.Menariknya , ulam raja mudah tumbuh dengan taburan bunga yang telah kering di tanah gembur serta berpasir.

1 ulasan:

  1. Hi..bole saya tau awak masih menanam ulam raja lagi ke? bole saya tau lokasi tempat rumah anda? saya bercadang untuk membeli biji benih ulam raja dari anda.

    BalasPadam