Isnin, 17 Januari 2011

POKOK PINANG



Bagai pinang di belah dua.Itu perumpamaan bilamana sigadis dan siteruna sama cantik sama padan.Kalau buah pinang dibelah sama rata,tapi jika dibelah lebih kurang,bagaimana boleh dikatakan sepadan.Perumpamaan ini diluahkan turun-temurun dan menjadi ikutan anak cucu sehingga ke hari ini.

Kita tinggalkan perumpaan itu.Berbalik pada pokok pinang yang saya bicarakan ini.Pokok pinang merupakan spesis tumbuhan palma yang tumbuh dikawasan tropika.Ada yang ditanam dan ada juga yang tumbuh sendiri.Di kampung-kampung tradisi memakan sirih pinang masih lagi diamalkan.Ia menjadi ruitin ,makanan santai selepas makan tengahari ataupun malam.Tradisi mamakan sirih pinang juga dipersembahkan untuk tetamu sambil bertanya khabar atau berborak kosong.

Tok Aki kita (bukan semua) memang menggemari buah pinang,sambil melayan cucu mereka asyik meracik pinang (buah pinang dihiris nipis).Masih saya ingat buah pinang masak dijeruk didalam baldi,baunya memanglah masam.Buah pinang yang masam itulah menyebabkan rasa keasyikkan apabila dikunyah bersama sirih,kapur makan dan juga gambir.

Upih pinang meninggalkan nostalgia buat saya,main tarik-tarik sehingga terhumban ke tanah.Cerita tok aki lagi upih pinang juga dijadikan pembungkus nasi bila berjalan jauh(merantau).Zaman dulu mana ada kertas pembungkus makanan.Paling istimewa upih pinang dijadikan pelapik (alas) untuk menumbuk ubi kayu rebus.

Tetap segar di ingatan menceduk air di perigi menggunakan timba di perbuat dari upih pinang.Itu rahmat dari tumbuhan alam untuk kita meneruskan kehidupan.Bersyukur kita pada tuhan Yang Maha Esa.

5 ulasan:

  1. Salam kenal....

    Membuka blog terpana melihat pisang tanduk megah di halaman. Menerawang terkenang kampung halaman.
    Pokok pinang di kg kakak dulu amat berguna kalau ada majlis perkahwinan. Batangnya dijadikan tiang bangsal/khemah tampat org kampung rewang. Segalanya tiada lagi kini....

    BalasPadam
  2. Tgk pokok pinang ni teringatkan,
    1. Majlis peminangan
    2. Mkn sirih pinang (org2 tua dn kaum India)
    3. Pinang jeruk dlm tempayan (arwah datuk)
    4. Main tarik upih pinang
    5. Batang pinang buat titi
    6. Tolong kacip buah pinang utk arwah moyang dan datuk.
    7. Panjat pokok pinang utk lihat anak burung ciak (pokok pinang bergoyang2 ditiup angin -gayat)

    Buah pinang yg masak dibelah dn dikeringkn. Ia digunakan sbg bhn perwarna tekstil.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum
    Batang pinang tua juga boleh dibelah kecil-kecil (sebesar ibu jari kaki) utk dijadikan 'mengkawan'. Panjangnya kira-kira 5 kaki. Ia menjadi 'tulang' yang sepanjangnya disematkan daun-daun nipah sehingga terhasillah 'atap nipah'. Dulu, batang pinang juga dijadikan bahan utk lantai, terutama di bahagian dapur tempat basuh membasuh.

    BalasPadam
  4. ..salam semua kak zakie..saudara adry..dan juga cikgu.......Ya betul tu cikgu...Batang pinang dijadikan lantai,pulang kerumah nenek (sewaktu kecil,nenek pun dah arwah kini]saya masih ingat sukarnya meletak gelas...kadang2 senget dan airnya tumpah...umur 4 ke 6 tahun begitulah...tapi lantai batang nibung.......batang pinang digunakan juga....kualiti mengalahkan papan....betul tu..keseluruhan dibahagian dapur.........dan tempat membasuh.

    BalasPadam
  5. saya mencari buah pinang selasih yang dikatakan untuk megubati kenser darah.bagaimanakah buahnya?

    BalasPadam