Rabu, 9 Februari 2011

TEBU BETUNG


Makan tebu memang seronok. Bertemankan pisau atau parang, menebang,mengupas kemudian membelah..menjadikan belahan kecil supaya senang untuk dihisap manisan tebu. Bagi anak kecil si ibu terpaksa melayan kerenah anak,bagi anak zaman moden si ibu mengajar anak agar tidak menelan hampas tebu. Amat melucukan melihat anak saudara yang tinggal dikota terkial kial bagaimana untuk menghabiskan sisa dari hampas tebu.

Berbeza dengan anak anak yang dibesarkan dalam suasana kampung.Mereka memang lasak,boleh melakukan perkara yang luar biasa.Zaman kecil penulis habiskan masa selepas sekolah dengan meredah belukar,melastik burung ,meraduk paya dan bila dahaga pantang terlihat kebun tebu....biasanya kami meminta sebatang dua dan pemilik terus mematahkan memberi secara percuma.Penulis bersama kawan makan seperti tarzan......dan bila sendawa...menandakan kami telah kenyang.

Tebu betung berbatang besar hampir sebesar buluh.Nama saintifik Saccharum Oppicinarum mempunyai ruas yang agak panjang.Pekebun sememangnya tidak menggemari menanam tebu betung kerana , bentuknya yang besar serta keras menyukarkan untuk mengedalikan mesin ia itu proses pemerahan.

Mengingati saat manis penulis dizaman kanak kanak seterusnya menginjak zaman remaja,penulis ingin abadikan serangkap pantun berkaitan tebu....

Sakit gigiku memakan tebu
tebu ditanam dihujung desa
Termenung aku dimuka pintu
kekasih pergi tanpa berita

Tebu juga mengingatkan penulis satu peribahasa tentang sikaya dan simiskin.....

TEBU SETUNTUNG MASUK GERAHAM GAJAH......Bermaksud pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak terasa olehnya.

6 ulasan:

  1. Salam zul,

    Kakak makan tebu hongges guna gigi je. Lepas tu gigit & pepahlah apa lagi. Kalau zul kata macam tarzan, samalah kakak masa kecik pun gitu gak. Habis madu sepah dibuang. Tahu-tahu berlambak atas tanah sepahnya....

    BalasPadam
  2. Salam Kakzakie
    Zaman saya dulu tak banyak makanan ringan...jajang..atau..cekedees...taklah melambak macam sekarang....kalau rasa kering tekak..hongges je tebu....panjat kelapa muda....jolok buah setapi/setiar.....menghilir tepian sungai kutip buah mertajam...berebut buah ghiat.......paling tidak buah kecupu....masam2 pun hentamlah......

    BalasPadam
  3. assalamualaikum saudara
    tebu, meski manis di pinggir bibir
    teringat siang tadi smeasa baca berita
    krisi kekurangan gula
    bakal melanda dunia
    begitulah manisnya gula
    tetap dicari manusia
    meski kalau berlebihan bawa mudharat..
    dan membaca entry saudara
    yang mengimbau kenangan anak desa
    sangat membahagiakan saya
    sekian wassalam

    BalasPadam
  4. ....Asal gula dari tebu.....kalau kita tanam tebu...dan sering memakan tebu...meminum air manis pun...tidak berapa selera....jadi jika ketiadaan gula dipasaran...apa kita kisah.....Yang jadi payah jika ada tetamu bertandang....takkan nak dihidang tebu....kesian depa........Ummu.....terima kasih bebanyak atas komen itu.....

    BalasPadam
  5. menanam tebu di pinggir bibir:
    menjanjikan yang indah2..sedangkan tiada niat menunaikannya..

    hehe..saja berkonsi satu lagi peribahasa ttg tebu.

    musim2 panas ni...sedapkan kalau minum air tebu yg sejuk2...

    BalasPadam
  6. keli o keli.....air tebu sekarang ni memang mahal....satu rnggit satu gelas dicampur penuh ketulan ais....sekali teguk... tinggallah ais....jadi mana air tebu tu......sedih.....

    BalasPadam