Mengkuang sememangnya dikaitkan dengan kraftangan. Tikar mengkuang menjadi keperluan masyarakat melayu suatu ketika dahulu. Berubahnya masa ,pokok mengkuang tidak lagi dihiraukan malah dimusnahkan begitu saja.
Sayang kepandaian menganyam tikar mengkuang oleh golongan tua tidak diwarisi pada anak anak muda,berkemungkinan juga anak-anak muda tidak berminat berkurung untuk menyiapkannya. Proses menyiapkan tikar mengkuang ataupun tudung saji mengambil masa yang agak lama bermula dari menetak pokok mengkuang sehinggalah menyalai,membuat carikkan,meremdam,menjemur,mewarna,melarik supaya lembut sehingga proses akhir mengayam. Hal yang demikian memerlukan kesabaran yang tinggi,ketekunan yang jitu.
Cari anak2 gadis yang berminat untuk mengayam tikar mengkuang dizaman ini....mmm..tak jumpa kan........lebih baik layan facebook.......atau ronda ronda dengan skuter.....atau gedik-gedik kekadai prepaid ,kata mereka enak lagi berSMS........Jadi mana generasi pelapis untuk menyambung kerja-kerja seni ini.
bersambung.....
As salam en zul,
BalasPadamTo be continue lagi ni..hehe.. Daun mengkuang ni masa kecik2 dulu buat sudu utk mkn asyura yg dibubuh dlm tempurung..haha...
assalam zul..teingat masa dulu..arwah mak mengambil mengkuang..dan melalui berbagai proses sebelum boleh dianyam..menjadi tikar atau bakul
BalasPadamADRY/DAUN..
BalasPadamTerpaksa sambung2...susah...ada pula kawan2 ajak pekene teh tarik kat warung hujung jalan....
bestkan makan sugho dalam purung.../purung tu kikis sampai licin.....sugho pun seghing molek...budok2 lo ni memang tak jumpo doh......
kak ERNA..
BalasPadamIngat lagi kecil2 dulu,duduk belakang mak...ikut dia anyam tikar mengkuang...kemudian tolong selitkan/kemaskan penghujung tikar....
Wah, sudah lama saya tidak nampak pokok mengkuang nie...
BalasPadamiatyyir....
BalasPadamtanamlah kat rumah ,lama2 dia beranak jadi banyak.....ada orang tanam buat pagar....
duri dia jangan ceritalaa....sakit jugak....bye...makasih sudi juga tinggalkan komen.......berat mata.ni..ngantok.....he...he..
Assalamu'alaikum ZUL PERMATANG BADAK
BalasPadamTerkenang juga kpd arwah emak yang menganyam tikar. Tikarnya warna asli, sebab sukar dapatkan pencelup dan $ utk membelinya!
Susahnya nak cari pelapis penganyam masa ini. Nak cari orang yang kenal rupa mengkuang pun amat susah dah.
Sehingga hujung-hujung 70-an, masih ada orang kampung di Perak yang menggantung mengkuang pada penjuru rumah semasa orang bersalin.
Cikgu Temuk..
BalasPadamsaya pun tidak tahu sumber dari mana warna2 asli itu diperolihi...kata orang tua2 dari pokok2......warna kuning dari kunyit.....diera 50an baru ada ....arwah mak sebut kesumber....ingat2 lupa....bentuk seperti garam kasar,berbiji...kaler tu memang cantik.....
mana mugkin lagi bertemu si gadis yang menganyam menkuang..si gadis zaman sekrang ramai yang menganyam mimpi dari tradisi..")
BalasPadammengkuang pun payah nak jumpa skarang ni..
BalasPadamsaya rasanya masih boleh menganyam mengkuang, dulu selalu tolong mak buat tikar
best nya reti mnganyam mengkuang...teringin nak bljr...incek zul bole ajar x? ;)
BalasPadamassalam zul...
BalasPadamdapat baring2 atas tikar mengkuang nyaman rasanya.
assalam, tq visit BSB. Dulu tak pandang tikar mengkuang nie..tapi skg tergila2 pulak nak cari tikar mengkuang.
BalasPadamkeli oh keli.
BalasPadamia lah mengayam tikar ni perlukan kesabaran.....berkurung je....budak2 skrang suka gedik2 kehulu kehilir....
ibu intan.
BalasPadamada pengalaman ....kalau ada mengkuang boleh tu....
miss senget..
BalasPadamkalau saya anyam tikar emak sering ketawa....mu buat tak jadi tu....dah senget tu....
habis nak ajar lagu mana....weh....saya dah senget.....tambah anak murid senget...
nyanyisunyi.
BalasPadamya tikar mengkuang...banyak mencatatkan nostalgia......kalau deman panas....baring2 berehat....memang sejuk.
be simple beb bsb three=q.
BalasPadamseni sulaman....indah dan menawan..