Khamis, 26 Mei 2011

POKOK PENA/PENAR/PENAI/MEMPENAI.

Pokok pena tumbuh melata. Kenangan sewaktu kecil gemar memetik buah pena untuk dijadikan peluru bedil mainan.Kelam kabut berambat kami budak budak kampung memang gembira ,bilamana ketemu pokok pena...ialah boleh menambah stok peluru.......Keseronokkan masih terbayang...meniru aksi combat......walaupun bedil buluh tapi seolah-olah real ......begitulah alam kanak2 permainan aksi tersasar hingga waktu magrib......
Kami leka bermain....tidak mengambil kira tentang khasiat pokok penar ini......ialah memang tidak penting bagi kami.
Menginjak dewasa bergaul dengan orang2 yang memang berpengalaman dalam perubatan kampung barulah kami tahu, bahawa daun pena boleh dibuat ulam. Rasa kelat kelat masam memang sedap.Daun pokok penar juga dipercayai boleh dijadikan ubat sakit kerongkong,....dengan merebus daunnya dan dijadikan minumam.

19 ulasan:

  1. As salam en zul,
    Pkk mata itek, mata pelandok dan mata ayam adlh tiga pkk yg berlainan tp daripada famili dn spesis yg sama. Mata itek dn mata ayam ada dlm blog saya.

    BalasPadam
  2. ahahaa...buoh ni nama pena rupanya..dok penoh tahu pong..mase kecik2 ambik buoh ni la wak isi peluru bedil.jadi hujung bedil buluh jadi ala2 pink ungu gitu kaler dia..sakit tuuuu kalu kena buoh bedil ni..kadang2 meroh la jugop kalu skali kena bedil yg kuat..

    BalasPadam
  3. Peluru buluh bedil sekarang hanya dari kertas surat khabar yang dibasahkah....tak 'membunuh', tapi kalau peluru buah pena...ermmmm...peritmya terasa!

    BalasPadam
  4. As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
    Ada sebatang pokok tumbuh sendiri di kawasan rumah saya yang seakan-akan pokok yg sdr paparkan. Mungkin sdr atau rakan kita ADRY boleh sahkan 'siapa dia' sebenarnya nanti bila saya paparkan gambarnya. Yg namanya buah tin (paparan sdr yg lalu) tu adakah serupa dgn buah 'fig'kering (yg dipenyek macam duit syiling tebal) yg kita import (juga beli kalau ke Mekah/Madinah)tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma nk respon ttg buah tin... Betul, buah tin (bahasa arab) sama la dgn fig (bahasa Inggeris) . Betul buah tin selalu dikeringkan, yg kita beli di mekah dan madinah.

      Padam
  5. ooo..ubat sakit kerongkong rupanya...gud info!!

    BalasPadam
  6. Adry....
    betullah.....pokok mata ayam/mata pelanduk daun dia bergigi tajam ...daun penar...pada tepi daun sama rata....dari famili yang sama..Myrsinaceae......tapi dua dua pokok tu buleh wat ulam....keadaan pokok pun sama renek...tumbuh di kaw berpasir hutan2 skuder....

    BalasPadam
  7. zie..
    uh .....ganah awok main...perang2..
    lerni....buleh mintok askar wataniah......pengalamang ader doh....belatih bedil buloh...hu..hu..

    BalasPadam
  8. cikgu ahmad humairi...
    sekoloh pun doh cuti....haaa...buleh ajok anok2 balik kampung.....masa ni nok main bedil buloh.....seronok lah masa budok2....hi...hi..

    BalasPadam
  9. cikgu temuk...
    sihat .....bila balik?...
    ha...buah tin penyek tu......

    tentu bermutu buah tin penyek tu....ori....dari timur tengah...sesuai dengan iklimnya...

    BalasPadam
  10. keli oh keli...

    cerita punya cerita....
    award......ari tu tak ingat nok ambik...
    punyalah lama....
    tak apa kan lambat sikit.....
    lagi pun tak basi....

    biasa main bedil buluh....??masa budok2 laaa....

    BalasPadam
  11. hai zul...
    boeh minta izin copy
    gambar pokok penar nih...
    sgt bagus khasiatnya...

    BalasPadam
  12. Nur Misnan...
    boleh...nyatakan puncanya....ehsan...

    saling bertukar ilmu...memperluas pengetahuan khazanah alam, membentuk kecintaan terhadap pemberian rahmatNya......pokok pokok adalah keperluan.......mengiringi perjalanan hidup kita.......

    BalasPadam
  13. Pada ingatan saya pokok pena bukan pokok mata ayam. Pokok mata ayam buah berwarna biru gelap bila masak dan lebih besar sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy setuju. Daun pena dok geligih, daun mata ayam geligih

      Padam
  14. Pada ingatan saya pokok pena bukan pokok mata ayam. Pokok mata ayam buah berwarna biru gelap bila masak dan lebih besar sikit.

    BalasPadam
  15. akar rebus bik tuk tknan darah tinggi..

    BalasPadam