Objek seperti serpihan botol kaca ini penulis temui didalam tanah ketika menggali lubang untuk menanam pokok pisang. Setelah meneliti,mencium untuk mengetahui benarkah ianya kaca atau batu,penulis teringat zaman kanak2 sering mengutip serpihan ini pada ketulan tanah yang diplau oleh jentera pembajak. Ya......penulis baru teringat namanya damar.Penulis pernah memasak damar untuk membuat bahan pelekat pada kepingan papan untuk membina sampan. Zaman sekolah rendah begitulah, tidak duduk diam ada saja ciptaan, paling tidak hati cukup gembira dapat menyeberangi parit atau taliair.
Mungkin ratusan tahun dahulu kawasan penanaman pisang penulis adalah rimba yang ditumbuhi pokok-pokok jenis mengalirkan cairan getah. Cairan ini membeku sehingga ia dapat bertahan bertahun tahun didalam tanah.
Pada zaman dahulu damar biasa digunakan sebagai bahan bakar untuk menerangi kegelapan malam.
As salam cikgu,
BalasPadamDamar pokok keruing ke? Pkk yg plg byk mgeluarkn damar adlh keruing. Apa beza damar dgn kemenyan? Dua2 hasil drp pkk kn?
oooooooooooo...
BalasPadambaru tau...camni damar..
huhuhu..
Assalam...baru teringat balik memori ni bila tgk damar kat blog ni, lama sungguh tak jumpa damar ni, kegunaan pun dah terlupa.
BalasPadamAdry..
BalasPadamDamar dan kemenyan dua dua hasil dari pokok.Kemenyan yg kita guna berasal dari luar negara seperti negara arab, india,oman.
Disana ada pokok kemenyan, yang kita bakar adalah getah dia. Ia berbau wangi,dibakar untuk keselesaan dlm sesuatu majlis.
Ada juga yg membakar untuk terapi....mendapat ketenangan dari baunya yg harum.Setanggi bisanya dibakar oleh golongan berada,orang biasa hanya memilih kemenyan.
Masyarakat kita,orang melayu menggunakan kemenyan untuk tujuan perbomohan.
miss senget...
BalasPadamsampai menyampai.......dari atuk,ayah dan kini kita, esok anak cucu kita,inilah damar.......
walau pun kayu ratusan tahun mereput,namun getahnya membeku tersimpan kemas ddlm tanah......
Kak rosaliza,
BalasPadamsaya lama tak tengok.....itupun pergi menyangkul tanah.....untuk buat lubang tanam pokok pisang......
mungkin tempat tu perdu/umbi sejenis pokok yg mengeluarkan cairan getah.......
wah info menarik .. damar ..
BalasPadamAssalamu'alaikum
BalasPadamPernah juga jumpa damar ni masa kanak-kanak lama dulu semasa membesar di kampong.
IPAI.
BalasPadampernah jumpa ke?...
WERDAH..
kalau rajin bermain dgn tanah memang jumpa....biasa kat kampung....
salam
BalasPadamsaya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai damar dan kemenyan.
berdasarkan ulasan cikgu kepada Adry@Daun, kemenyan datang dari Arab....apabila dibakar akan mengeluarkan bau yang relaks, adakah damar begitu juga?
salam..maaf tumpang iklan
BalasPadamkepada sesiapa atau kenalan2 di blog ini jika ingin membeli damar ini sila email ke champion_1798@yahoo.com
terima kasih=)
Assalamualaikum Tuan Zul...
BalasPadamSaya ingin mohon maaf sebelum saya betulkan sedikit fakta yang Tuan share bbrp tahun lalu berkenaan kemenyan yang kita guna yang berbau wangi adalah berasal drpd arab,india@oman. Dikatakan di sana terdapat pokok yang menghasilkan getah@kemenyan yang bila dibakar berbau wangi. Sedikit fakta yang sy ingin kongsi...yang sebenarnya kitalah iaitu Tanah Melayu merupakan pengeksport utama kemenyan daripada mesir purba dahulu kala lagi. Kemenyan yang ada di arab dan sekitarnya adalah berasal drpd hutan kita. Masyarakat mesir purba amat memerlukan kemenyan bagi tujuan pengawetan mayat (mumia) Raja² mereka. Manakala masyarakat arab gemar membakar kemenyan untuk mewangikan rumah mereka. Pernah dengar tentang seorang gadis bernama Qeturah yang menurut Israeliyat adalah isteri ke-3 Nabi Ibrahim A.S. Qeturah bermaksud Wangian Dari Timur@Kemenyan. Wallahu'alam...
SETIAP NEGARA ADA DAMARNYA SENDIRI...DAMAR ATAU GETAH POKOK ..GELARAN JE BERLAINAN. DAMAR DI MALAYSIA PADA MASA DULU DIBUAT SEBAGAI GAM. OLIBANUM DARI OMAN YANG JENIS BOLEH MAKAN DAN KUATKAN INGATAN. OOKOK JENIS CONIFER SPT POKOK PINE JUGA KELUARKAN GETAH SEPERTI KEMENYAN. DI TAMBAH DALAM PERFUME DAN UNTUK MAKANAN KESIHATAN. TERLALU BANYAK VARIASI DAN BUKAN DI TANAH MELAYU SAHAJA
BalasPadam