Sabtu, 3 Disember 2011

PETAI

Bunga petai....asyik melihatnya......jika ada yang gugur anak penulis sering mengutip untuk dibuat main-main. Pernah satu ketika seseorang meminta untuk membawa pulang bunga petai yang telah gugur.......,penulis tidak bertanyakan untuk dibuat apa......cuma mengizinkan dan memberi kebenaran. Congakkan penulis untuk dibuat ubat...........
Pokok petai atau nama saintifiknya disebut Parkia Speciosa.Baunya yang busuk kurang menyenangkan namun ada juga diantara kita amat menggemarinya. Biasanya petai dicicah sambal dan dimakan bersama nasi. Biji-biji yang dikupas kulitnya enak dimasak sambal tumis bersama ikan bilis,udang serta kerang.

Petai juga boleh disimpan pada tahap yang agak lama. Jika mempunyai pokok petai sendiri untuk memakan sekaligus mungkin tidak menasabah jadi petai perlu dicelor untuk memudahkan biji-bijinya diasing dari kepingangnya. Membuat petai jeruk tidaklah sukar....cuma menggunakan garam kasar untuk memerapkannya. Zaman dahulu mereka menggunakan tempayan tanah dan boleh bertahan sehingga beberapa tahun.
Dalam perubatan tradisional melayu, biji petai dipercayai berkhasiat untuk merawat penyakit kencing manis,sakit jantung serta mencuci buah pinggang.
Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit kita.

Info gambar; Kesihan pokok petai berjiran dengan pokok kelapa.....yang mana pokok petai terpaksa beralah .....masing2 ingin berkuasa merebut ruang........

16 ulasan:

  1. SALAM,
    SUKA MAKAN PETAI TAPI JARANG MELIHAT POKOKNYA. TKASIH ATAS INFO

    BalasPadam
  2. As salam tuan kebun petai...,
    Saya hantu petai.. Petai segar, petai celur, petai masak tumis bsama bilis, petai jeruk...semua saya makan. Tapi yg tak bestnya skrg dh pyh nk jumpa petai hutan. Yg ada petai padi, mata petai kecik2 dn isinya lembut wlpn baunya agak kurang kuat sikit. Petai hutan elok dibuat jeruk.

    BalasPadam
  3. Besar nye mata petai tu, hb mmg hantu petai, nak2 petai utan...

    1st time tgk bunganya.... Yg heder br tu, umah putih tu srg burung layang2 kah? :)

    BalasPadam
  4. luah fikiran....
    hu.hu..petai mentah cicah sambal belacan...pekena pula tenggiri singgang.....
    tak daya nak tambah nasi.....dan lupa pula situkang dapur.....

    BalasPadam
  5. adry....

    pernah pada hari raya, kita cicah ketupat pulut dengan petai jeruk....hu..hu..
    petai padi tak harring laa...tak ada kick.....
    haa..haa...ada yang bising2 kat jamban,katanya....hu harring pekok.....

    kena rajin sental bilik air....

    BalasPadam
  6. melati qistina mummy....
    bunga petai budak2 buat main bila ada yg gugur.....buat ketuk2 kepala.....main baling2.....

    kotak empat segi dlm sawah tu......betul rumah burung walit...
    foto tu....dirakam sewaktu saya singgah dipasir putih kelantan dlm perjalanan ke Tok Bali......

    jalan2 cari bahan.....

    BalasPadam
  7. kasih ibu...
    ya..bunga petai memang unik...budak2 asyik bertanyakan buah apa tu....

    BalasPadam
  8. tgok petai dan2 trigin nak makan..hehhe.. alhamdulillah di tmpat saya petai mudah didapati.. :-)

    BalasPadam
  9. sesedap rasa...
    kuantan pun ada, tapi mahal sikit....tapi yg sedapnya petai hutan.....

    BalasPadam
  10. dah tahu sakit tekok make peta..nuk make jgk...heeee..kpah keno celur dulu baru boleh make...baru kurang sakit tekak tu...

    BalasPadam
  11. kpah -kpoh...
    berehi jugok peta....deh...toksir wi sakit tekok makee sikit laa...

    BalasPadam
  12. Seronoknya ada pokok petai sendiri. Berapa umur petai ZPB semasa mula berbuah? Nak ambil buah kena guna kayu pengait panjang atau panjat? Kalaulah disuruh pilih tebang untuk melapangkan kebun, petaikah atau kelapakah yang bakal dijadikan mangsa?

    BalasPadam
  13. cikgu Temuk...
    umur waktu berbuah...lupa...tapi usianya puluhan tahun juga...sbb petai ni petai hutan,bukan petai padi......setakat ni boleh lagi dikait.....

    kedua-dua pokok tu,perlu dibiarkan membesar....sbb kelapa pun mahal...
    petai......kalau tak berbuah pun..boleh tengok2.....boleh tegur2...

    BalasPadam
  14. Err, burung walit tu burung layang2 ke? :)

    X penah smpi Tok Bali, org kata tmptnya cantik..... Kalau sudi, kongsilah picnya di sini :P

    BalasPadam
  15. melati qistina mummy...
    burug layang2 atau dlm bhasa inggeris dipanggil swallow....sering keliru dgn burung walit....

    walit gua...pada asalnya mendiami gua2 tetapi berhijrah dan tinggal dibangunan lama yg suhu mepunyai kelembaban sesuai,gelap serta selamat untuk membuat sarang......

    walit tidak pernah hinggap pada pokok...makan serangga diudara....


    ya...tok bali memang cantik...pelabuhan perikanan....

    BalasPadam
  16. Dah masuk 5tahun pokok berbunga tak lekat dan tak pernah berbuah

    BalasPadam