Khamis, 22 Disember 2011

TERUNG PANJANG

Selain cili penulis juga menanam terung panjang dalam polybag. Setelah tuaian kali pertama selesai pokok-pokok terung ini masih lagi mengeluarkan buah tapi ada beberapa perubahan dari segi saiz dimana buah buah tersebut menjadi kecil dan tangkainya terlalu rapat.

Namun penulis telah berpuas hati dengan tuaian pertama. Kata orang makan terung memang mewah segala macam resepi dilakukan. Celor ,goreng pedas,sayur lemak,gulai kari, kerabu.........

Pembajaan kali kedua menjadikan pokok-pokok terung ni...begitu lebat berbuah,perhatikan ada sebiji begitu berbeza dari segi saiznya....
Untuk penutup tirai 2011 penulis ucapkan selamat tahun baru.........moga 2012 yang bakal menjelang beberapa hari lagi mencetuskan semangat baru dalam apa jua bidang yang diceburi......sukses......

6 ulasan:

  1. As salam tuan kebun terung...,
    Terung yg kecik2 tu sedap kalau bakar/celur cicah budu. Yg besar tu blh la masak apa2 yg patut. Kari ke, tumis pn sodap.

    BalasPadam
  2. adry...
    terung ...gulai kari,huh....mengalahkan gulai ayam.........

    BalasPadam
  3. Tuaian kedua pun bertandan-tandan dan molek buahnya! Seronoknya berkebun sayur dalam polybag begitu.
    Terung, masak apa saja, hebat rasanya!

    SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012. Semoga sepanjang tahun baru dan tahun-tahun berikutnya, sukses semuanya!

    BalasPadam
  4. cikgu temuk...
    slamat thun baru juga buat cikgu dan keluarga....
    moga NUKILAN dari cikgu akan terus menemani...sepanjang 2012 yg detiknya beberapa hari lagi....

    BalasPadam
  5. melati qistina mummy...
    ya sedap.....baru lepas makan nasi....
    tumis pedas.....

    BalasPadam