Ayam kampung memang cergas serta setia pada kediaman sendiri. Bosan dengan sikap ayam kampung asyik menunggu dimuka pintu kita kadang-kadang bersikap berang,menghalau membaling ,biasanya batang penyapu menjadi mangsanya.
Setelah di berikan sisa -sisa makanan biasa nasi tumpah atau lebihan makanan,hampas kelapa atau apa saja bijian setelah kekenyangan ayam kampung akan berlalu pergi. Bagi ibu ayam yang pandai menjaga anak atau dalam loghat daerah menyebut 'pelekat anok' akan mengawasi anak dari pelbagai musuh . Musuh diwaktu siang,ular berbisa,kucing, malah ada kucing yang gemar memakan anak2 ayam. Situasi seperti ini sukar diatasi melainkan kucing tersebut perlu ditangkap dan dibuang jauh dari kawasan kediaman.
Ayam kampung seeloknya dipelihara secara semulajadi dan dibiarkan bebas mencari makanan sendiri. Ayam kampung gemar pada persekitaran yang lembab,mengais daun-daun kering kerana dibawah daun-daun tersebut terdapat cacing serta telor serangga.
Ibu ayam kampung akan mengawasi anak-anak dari segala kemungkinan. Musuh ada dimana-mana....walaupun manusia yang sering memberi makan tapi sukar mempercayai apa yang terbuku dihati tuan sendiri. Cuba kita tangkap anak ayam ni seekor.................bersedialah untuk menerima hambatan.........................
pernah ke, kena patuk ibu ayam?.....................................
tengok ayam ni, teringgat anak yang 2nd tu, boleh dia tangkap anak ayam lepas tu masuk dlm baldi, sbb dia kata comel geram tengok
BalasPadammak ayam tu apa lagi kejarlah dia
hehehehehe..teringgat lah pulak masa kekecik perangai macam tu ;p
Hehehe, kekecik dl nak lalu dekat pon x berani, takut kena kejo....
BalasPadamMg kekal berenam smpi beso anak2 ayam tu....
Kasihibu......
BalasPadamanak ayam kalau kita beri makan kat tangan akan jadi jinak......kalau kita hambat dia tak akan lari,susah juga kita nanti....
ayam macam ni kita panggil.....anok ayam didik......
melati qistina mummy...
BalasPadamjaga2 dgn ayam yg baru tetaskan anak.....garang/bengkeng....
anak2 ayam tu 8 ekor...2 lagi,tak masuk......puas nak dikumpul,asyik lari je....
kalau saya kejar2 nanti org gelak pula......
Cantik betul geng ayam putih tu! Yang beranak kecil memang bengkeng. Tapi kalau kita pun tunjuk garang, buat-buat sepak sana sini, dia akan menggelepar lari ke sana sini tak tentu arah. Seronok ingatkan zaman suka ganggu ayam dulu-dulu!
BalasPadamHari ini, bila jemu dengan 'ayam pekan' yang lembik dagingnya (apa lagi yang asalnya sudah disejukbekukan) dan banyak lemaknya, teringatpula kat kepejalan dan manisnya daging ayam kampung tanpa lemak! Salam bahagia.
ente bikin ana teringat kampung dan masa-masa kecil mereban ayam di waktu senja la...
BalasPadamteringat kat kampung...muaz pernah terpijak anak ayam,kesian betul rasanya...
BalasPadamselalunya ank ayam tu ada yg mati sblm besar.. dari 6 kadang2 boleh tinggal sekor dua je
BalasPadam