Rabu, 7 November 2012

RAYA KORBAN YANG LALU

 Agak lama tidak bersiaran gara-gara tiang talefon dihempap pokok. Menunggu agak lama untuk proses baikpulih setelah aduan berkali-kali akhirnya pihak berkenaan menyegerakan penyambungan. Terdetik juga dihati komen2 yang tidak dibalas.......
Banyak cerita yang hendak dikongsi lebih2 lagi kemeriahan IdulAdha yang lalu. Dikejiranan penulis sambutan begitu meriah. Jamuan makan bertindih masa sehingga sukar memilih yang mana satu untuk didahulukan. Istimewa hidangan sup tulang atau daging singgang.

 Perut lembu......begitu rumit ketika menyingkir kotoran namun bila siap direbus ada pula menu istimewa.............masak air asam atau dibuat kerabu......


 Daging panggang........teringat ketika penulis masih kanak2 ketika berkerumun dimajlis korban pihak tuan rumah menghadiahkan seketul daging untuk dipanggang beramai-ramai, Bahan asas serta kelengkapan memasak disediakan.

Tengok betapa besar setiap satu cucuk................mengimbau kenangan itu penulis arahkah anak2 sediakan dapur serta dahan jambu untuk dibuat penyucuk....... tapi harus sabar menunggu, jika tidak daging tersebut akan jadi arang...................jom ratah daging panggang..............

5 ulasan:

  1. As salam cikgu,
    Daging korban yg tulang tu blh dibuat sup atau singgang. Perut mmg sedap direbus dan dicicah atau blh juga buat kerabu..nyum..nyum..

    bDaging bakar/panggang tu kena ada dua jenis. Satu yg bergaram kunyit dan satu lagi daging bakar tawar kata org Kelate. Hiris2 cicah dgn sambal air limau/asam.

    BalasPadam
  2. Adry...
    daging panggang bergaram kunyit....jangan masin sangat, nak ratah bolih makan dgn nasi pun bolih.......

    bagi je anak 2, dua cucuk seorang....he..he..

    BalasPadam
  3. Salam.

    Sedapnya singgang dan perut masak air asam! Kalau perut muda lagi sedap, kan!

    BalasPadam
  4. Ummmu Madihah..
    perut lembu yg segar...sedap, rasanya manis.....
    masak air asam buh cili,perah limau nipis....
    ratah gitu je........

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum .. terjumpa blog ini ketika sedang mencari cara2 menanam pokok kancang bendi.

    Bagus blog ni banyak info.. thanks for perkongsian ilmu di sini :D

    Done follow u here.. ada masa sila la berkunjung ke blog saya juga :D

    Apapun daging bakar ni memang terliuq di buat nyer.. hahahaa..

    BalasPadam