Isnin, 25 Januari 2010

PISANG TANDUK


Satu biji sudah cukup untuk tiga orang makan.Kalau tujuh biji pisang tanduk ini digoreng mungkin ramai yang boleh makan.Begitulah di Malaysia tanah subur sesuai untuk bertanam jika kita ringan tulang.

Untuk kami sekeluarga pisang tanduk ini dah lebih dari cukup.Mungkin ia menjadi rezeki saudara-mara dan juga jiran.Pada awalnya kami tanam hanya untuk main-main , kalau ada rezeki berbuahlah.....namun keringat yang tumpah sewaktu menanam benih telah ternyata hasilnya.Berbudi pada tanah tak sia-sia.Untuk tahun 2010 kami berazam untuk menambah bilangan anak-anak pisang tanduk , sebanyak mungkin.

2 ulasan:

  1. Pisang tanduk yg saya tanam di laman sempat sekali berbuah. Ada 8 bijik satu tandan. Tak habis makan. Sempat bagi kat jiran2. Sekali berbuah memang puas hati. Namun lepas tu tak merasa lagi. Anak2 pisang nampak macam bantut. Mungkin tanah tu dah kehabisan suburnya. Pisang tanduk ni memang sedap untuk di goreng, sira, atau buat pengat.

    BalasPadam
  2. Anak pisang tanduk tidak akan membesar di sebelah induk.Alihkan ke kawasan baru , tanam satu lubang satu pokok.Tabur baja 15.15.15.Sisa dari pembakaran sampah boleh juga ditabur disekeliling pangkal pokok.Selamat mencuba.......

    BalasPadam