Selasa, 25 Januari 2011

LENGKUAS GETING



Pernah mengetuk rizom lengkuas geting untuk dilumurkan pada badan arwah bapa.Tanpa membantah saya hanya menuruti apa yang disuruh.Orang tua memang arif tentang perubatan melayu tradisional.Pengalaman turun temurun dijadikan ikutan.Bahagian badan yang dijangkiti panau atau kurap ,fungus memang merisaukan siapa saja.Tatkala membuka baju badan dipenuhi tompok tompok putih ,berbunga bunga pula tentu tidak enak dipandang.

Jalan penyelesaian ambil rizom atau isi lengkuas geting ketuk sehigga pecah, sapukan pada bahagian badan yang dijangkiti panau,gosok berkali kali.

Nama saintifik Alpina Conchigera,lengkuas geting tumbuh meliar terdapat didalam kebun getah juga kawasan teduhan yang agak redup.Lengkuas geting yang saya rakam ini ditemui dikawasan tanah terbiar. Perbezaan dengan lengkuas biasa tidak berapa ketara,cuma lengkuas geting mempunyai rizom yang kecil, ketinggian pokok hanya setakat peha orang dewasa.

28 ulasan:

  1. zul..
    lengkuas geting?
    boleh makan ke..
    ada lengkuas biasa..dan lengkuas padi kan..
    lengkuas padi..sedap kalau dicampurkan dalam masakan rendang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lengkuas geting ni, kalau buat singgang anak seluang(ikandarat/ikanairtawar), memang mantul lahh,, cukup menyangkut bakit slegho., Memg blh makan

      Padam
  2. kalau tak silap sama macam yang ada kat tepi pagar rumah ni, tapi orang kg sini panggil lempoyang

    BalasPadam
  3. ....salam Kak Erna,

    isi lengkuas geting sangatlah kecil berbanding lengkuas biasa,keras sukar dihiris.Setakat ni...saya tak pernah guna untuk memasak sebab lengkuas biasa masih banyak ....

    BalasPadam
  4. salam Ibuintan.....berbeza...banyak bezanya...Lempoyang,pine ginger atau nama saitifik zingiber zerumbet tumbuhan seperti halia,mempunyai bunga yang cantik seperti mikrofon....warna bunga merah pekat....tanaman herba sesuai juga dijadikan hiasan laman.

    untuk maklumat lebih lanjut mengenai lempoyang...sila layari blog dedaun alam...encik Adry.....harap encik Adry bolih ulas sikit.......jumpa lagi.

    BalasPadam
  5. Salam zul,

    Kalau buat rendang kakak juga guna lengkuas.

    Kata org tua-tua juga kalau ada panau tak boleh makan lengkuas walau boleh buat ubat hilangkan panau.

    BalasPadam
  6. ...Lengkuas juga sinonim dengan ikan singgang...Kalau ada tanah kosong, tanamlah lengkuas...hari2 kita guna...

    BalasPadam
  7. oooo...bagus petua ni...ada lengkuas kat ladang saya..tapi x taw kegunaan lain selain wat rendang tu...terima kasih atas info tuan!

    BalasPadam
  8. ....keli oh keli....sebaik baiknya gunakan lengkuas geting.Oooooo....keli oh keli ada ladang tentu luas kan?....tanam apa?

    BalasPadam
  9. As Salam en zul,
    Ni kali kedua sy cba komen n3 yg ni. Sblm ni byk kali cba tp tak dpt. Pkk lengkuas geting kalau kita tgk dr jauh nmpk mcm pkk lengkuas biasa yg tak subur. Ia lbih renek berbanding lengkuas biasa. Wlpn rizom tak blh dibubuh dlm dlm mskn tp umbutnya blh dimkn sbg ulam. Yg menarik, pkk lengkuas geting mengeluarkn bunga yg cantik seakan bnga orkid. Pkk lempoyang yg kini smkin terkenal krn khasiatnya utk mengubati kanser tdk sama dgn pkk lengkuas ini. Pkknya adalah dlm famili halia.

    BalasPadam
  10. ...Haaa....akhirnya...dapat juga penjelasan dari Adry..DEDAUN ALAM...lama juga tunggu...tak taula kat mana silap ruang komen saya,sampai tak bolih masuk....

    Dengan penjelasan ini..harap sahabat maya....tidak lagi keliru...mengenai lempoyang..lengkuas geting...Lengkuas yang kita guna untuk memasak pun ada dua jenis.....yang isi bewarna merah,keras sedikit....manakala isi bewarna putih....itu memang best....ada sedikit manis rasa pun kurang pedau...o.k terima kasih Adry....

    BalasPadam
  11. erks...dah terbiasa panggil tempat saya ternak keli ni ladang..ladang ikan. :)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,

    patutlah menang kuiz di laman Temuk tuu...rupanya pecinta tumbuhan, tahniah....anda hebat!

    BalasPadam
  13. Salam cikgu Humairi...

    ...orang biasa je cikgu...cuma minat dengan tumbuhan......terima kasih sudi bertandang....saya pun akan sentiasa keblog cikgu mengutip pengalaman......

    BalasPadam
  14. kita mkn singgang tadik..tapi lengkuas ni ke?nape mcm x pernah dgr?

    BalasPadam
  15. ....cik Zie...lengkuas geting orang buat ubat je.....jarang orang wat singgang ikang....dan orang tak berebut nok tanang.....

    BalasPadam
  16. Salam zul,

    Kakak datang ziarah nak tengok buku cikgu Temuk bagi tu. Hahaha.... kakak langsung bagi jawapan lari dari segalanya. Siap surf internet sampai keluar gambar bunga cinta lestari. Kelakar betul. Nanti tunjuk buku tu dlm N3 tau. Nak tengok juga. Tahniah....

    BalasPadam
  17. ...SALAM KAKZAKIE...

    Oooo....buku hadiah tu....belum terima lagi..sebab hari ahad pej pos cuti,isnin baru bekerja....dan hari ni selasa....mungkin sehari dua lagi.....dapat kot....Tak ada masaalah ...kalau line tennet o.k pantai timur ni,tennet lembab sikit.......jumpa lagi...

    BalasPadam
  18. Salam en zul,

    en ada tanam ke lengkuas genting? Saya tgh mencari pembekal untuk beli species ni.



    -nurul-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat kampung saya banyok pokok ni

      Padam
  19. Nurul, awak ada pokok lengkuas genting ni ke. Saya nk beli dalam 3-4 pokok boleh. Msj saya, 0172367643

    BalasPadam
  20. As salam
    Sy berminat nk beli & tanam pokok lengkuas genting, bleh jualkn rizomnye tk pd sy...
    Tq

    BalasPadam
  21. Sya adavtanam pokok lengkuas geting.. 01126027647

    BalasPadam
  22. Air rebusan rizom lengkuas geting boleh sembuhkan buasir.

    BalasPadam
  23. masak singgan sedap letak lengkuas genting

    BalasPadam
  24. Selatan thailand org guna buat sup lengkuas genting

    BalasPadam