Isnin, 24 Januari 2011

POKOK CERMAI


Phyllanthus acidus p0kok yang bolih dimakan buahnya.Masam tidak terkira sehingga bolih berubah wajah dan mata tertutup rapat.Bagi penggemar buah asam mereka tidak kisah langsung,masam ditahap kesepuluh pun mereka bolih makan juga.

Pokok cermai atau malay goooseberry mudah tumbuh.Hidup subur ditepi dapur atau dibelakang rumah.Tanpa dibaja,pokok cermai mampu meninggi sehingga lima puluh kaki.Buah bewarna hijau muda,biasanya dibuat jerok atau dimakan bersama pencicah kicap dan juga gula.

Seperti belimbing buloh spesis pokok seakan seiras ini,hanya dibezakan bentuk buah, buah belimbing buloh sedikit lonjong manakala buah cermai berbentuk bulat dikelilingi lekuk lukuk kecil.

Buah cermai enak juga dibuat sambal,ditumbuk bersama cili burung/lada cenget [kelantan]cili api,dicicah bersama ikan panggang tawar. Selamat mencuba......

10 ulasan:

  1. dulu mase skolah rendah suka kait buah cermai, buat jeruk..sedap!!..tp bukan sy la buat, nenek sy..hehe

    BalasPadam
  2. ..Zie....orang tua kata jangan makan asam...nanti otak jadi beku....lebih2 lagi budak sekolah tu...pesan sikit....he...he...

    BalasPadam
  3. As-Salam en. zul,
    Pkk cermai ni ada dua jenis yg biasa ditanam di Malaysia. Satu, yg jnis msm (plg byk ditanam) dan satu lg klon baru yg buahnya manis dn bersaiz lbh besar drp cermai biasa. Dlm blog sy ada n3 cermai biasa dn yg manis juga ditnm tp tidak dijadikn n3.

    BalasPadam
  4. salam zul..jeruk cermai paling sedap..
    masa muda2 dulu..tumbuk letak cili api dan garam..makan..sedap...

    BalasPadam
  5. tgk ja gambaq ni..terus rasa terliur...lama dah x rasa buah ni...sedap!!!mcm kata kak erna...tumbuk cili api..garam...perghhhhhhhhhh!!!mesti marrriiiiiiiiiiii....

    BalasPadam
  6. Adry...,

    Teknologi bio,memang la pintar...klon sana klon sini yang masam jadi manis....tengok apa yang terjadi pada buah celagi....manis leting....

    BalasPadam
  7. Kak Erna,

    ee....masam sungguh...tapi kalu dijeruk...dicampur air gula manisan @ gula kerek...penyek cili api sikit...uuu kecur air liur....

    BalasPadam
  8. keli oh keli,

    Tengok ikan keli digoreng pedas lagi terliur....tapi teringat ingat ikan keli original yang kat dalan sawah tu....ikan keli lembut bewarna kuning...mana pergi? dah pupus kot...

    BalasPadam
  9. kalau x salah depa panggil tu limbat...ya la..lama dh x nampak...

    BalasPadam
  10. buah cermai makan cecah sambal kicap memang sedap!

    BalasPadam