Ahad, 31 Julai 2011

TEBU OH TEBU

Besar serta panjang ruas tebu ni.........sesuai sangat jika dapat diperah dibulan ramadhan ni.....boleh juga buat berbuka puasa....ialah kalau beli dipasar ramadhan entah2 bungkusan dua ringgit tidak dibuat.....kalau buat pun ciput je......
Bulan puasa tahun lepas....air tebu segar hanya dalam bungkusan tiga dan lima ringgit. Kalau keluarga besar terpaksa beli dua atau tiga bungkus baru semua dapat rasa.
Tapi apa boleh buat kita tidak boleh salahkan penjual,bekalan tebu dari ladang mungkin diperolihi dengan harga yang tinggi......

Sayang penulis tidak memiliki mesin pemerah tebu.........kalau ada rezeki tahun depan dapat beli kut........SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN untuk semua pembaca setia....dari saya ......Blog Kenali Pokok Sayangi Pokok.

Rabu, 27 Julai 2011

BUNGA CEMPAKA PUTIH

Dua tahun yang lalu penulis beli pokok bunga ni dikedai bunga,juru jual memaklumkan ia nya pokok bunga kenanga. Pembajaan yang cukup ,melakukan pembersihan rumpai serapi mungkin membuatkan pokok kenanga ini membesar begitu cepat. Pada ketinggian kurang dari dua meter , diam tak diam sudah mengeluarkan bunga.
Cuma penulis kadang2 tu terbuku dihati, mengapa kelopak bunga kenanga ni, keras dan bewarna putih,mudah pula gugur.............Sepatut bunga kenanga bewarna hijau lembut berbau menusuk hidung, sebaliknya bunga kenanga yang penulis tanam ni baunya harum lembut dan tidak memeningkan kepala.......ada berapa jeniskah bunga kenanga ni.......
Baunya lebih kuat pada waktu senja untuk menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu malam. Dan waktu senja itulah.........ada pelbagai tanggapan ,meremangkan bulu roma
dan janganlah fikir yang bukan2 bila terhidu wangian diwaktu malam,kita mungkin sedang melewati pokok kenanga ,kepunyaan jiran


P/S....Memang saya tersilap beli anak pokok....ialah masa beli pokok ni kecil sangat.....setelah dijelaskan oleh saudara Adry dari DEDAUN ALAM.....pokok berbau harum lembut dalam entri ni ....pokok cempaka putih... tapi bila malam hari baunya menyeramkan juga........

Ahad, 24 Julai 2011

TERUNG TELUNJUK

Biji benih terung telunjuk mudah membiak.Perhatikan foto diatas....buah terung telunjuk menunjukkan tanda tua, dimana buah telah bertukar warna,dari warna hijau menjadi kuning. Perlu dibiarkan beberapa hari agar ia menjadi kering.

Setelah menjadi kering,amatlah mudah untuk disemai kemudian dialih ketanah atau kedalam pasu besar.

Buah terung telunjuk merupakan sejenis terung dicelor untuk dimakan sebagai ulam. Ada juga yang memakan sebagai ubat.

Bagi mereka yang gemarkan masak asam tentu lebih maklum akan keenakan terung telunjuk....dimasak bersama ikan.

Istimewa terung telunjuk.....kadang-kadang tumboh melata....beranak pinak....subur tak perlu dibaja........

Khamis, 21 Julai 2011

DAUN PANDAN

Sengaja penulis tanam pokok pandan ni dalam pasu ....nak tahu kenapa?.....Senang untuk dialih-alihkan. Ada ketikanya perlu berada dimuka pintu kawasan dapur......senang untuk memetik diwaktu malam. Kitapun tidaklah risau meredah semak.....risau jika terpijak binatang berbisa.......
Daun pandan banyak gunanya seperti wangian untuk nasi lemak,pelbagai jenis pengat juga menambah harum minuman sirap serta pewarna untuk cendol.

Bagi penulis biarlah pokok2 keperluan untuk masakan seperti cili,limau purut,kesum.halia.kunyit,lengkuas ditanam didalam pasu dan diletakkan hampir dengan pintu dapur......
Bila malam hari penulis tidak dikerah..........bersusah payah dengan lampu suluh meredah semak......mengomel dengan sinyamuk.........

Isnin, 18 Julai 2011

KESUM

Pokok kesum ini terbiar,diselaputi pokok selaput tunggul. Penulis tiada masa untuk membersihkannya. Tanpa penjagaan yang rapi pokok kesum hidup subur dikawasan berair atau lebih tepat lagi ditepi kumbahan. Ada selera ke nak makan ,terbayang air basuhan pakaian mengandungi pelbagai kotoran.

Begitulah pokok kesum, campak saja dikawasan berair, lahirlah mata tunas lalu beranak pinak,mengusai kumbahan tapi ruang yang sejuk itu juga digemari oleh pesaing lain ia itu pokok selaput tunggul.
Cuba lari dari kerakusan orang lain,penulis alihkan pokok kesum kedalam bekas simpanan ikan terpakai, tengok hanya beberapa hari pokok kesum mula menampakkan kesesuaian. Berada ditempat baru tanpa diganggu,hanya sekali sekala jari penulis membelai ketika menyiram air najis ayam. Tahi ayam... eh busuk, taklah...... Baja tahi ayam proses, tak berbau pun......

Kalau tinggal dirumah flat atau taman perumahan yang mana kawasan untuk bercucuk tanam terhad, tak jadi masaalah.....pergilah kutip kotak simpanan ikan terpakai yang telah dibuang tu......jom tanam daun kesum.

Kalau masak tempoyak ikan patin.....haaa....penting daun kesum ni.........
kalau beli ...50 sen satu ikat..........
kita jimat 50 sen....o.k......

Jumaat, 15 Julai 2011

BACANG

Bacang tapi dalam loghat Kelantan disebut Macang. Bagi penulis buah bacang sedap dimakan ketika putik walau pun masam tapi bila dah digaul dengan ikan yang dipanggang tawar, kelapa,bawang dan juga sedikit cili............ringkasnya buat kerabu. Memang tak pernah berbaki,jika kehabisan nasi masih tersenyum kerana berpeluang untuk meratah.

Mengupas kulit bacang memang penulis malas. Memotang buah bacang pun kena ada caranya,tidak boleh memotong sesuka hati, hirisan secara songsang menjadikan buah bacang berserabai dan tidak cantik untuk dihidang.

Dalam sebiji buah bacang ada satu bahagian yang paling sedap...........cuba teka dibahagian yang mana? selalunya jika menungggu ibu menghiris buah bacang penulis berebut dengan adik2 yang lain minta didahulukan.............Masih penulis ingat ibu menyebut.....Ha ....dah siap kupas, siapa nak .....KEPALA DUSUN.....
Atas,bawah, tepi,kiri atau kanan..............cuba teka..............bahagian yang mana kepala dusun......

Khamis, 14 Julai 2011

SUKUN

Sukun atau nama inggerisnya breadfruit hampir semua orang mengenalinya. Tidak asing lagi bagi kita dengan cekodok sukun,sukun goreng,sira sukun maupun pengat sukun. Ada juga mereka mengolah menjadikan makanan ringan,kerepek sukun.

Buah yang seakan akan sama dengan ubi-ubian ini ada kemungkinan akan ditanam secara ladang dan juga ada ura-ura dijadikan makanan harian kita. Pemerosesan khusus menjadikan sukun bahan untuk membuat roti. Jadi tak perlulah kita bergantung pada nasi semata- mata.
Kita makan sukun goreng pun kenyang..........jadi apa salahnya kita tinggalkan nasi.......boleh ke?

Pokok sukun mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk berbuah dan terus berbuah hingga umur lima puluh tahun.........wow lama berbuah......

Ahad, 10 Julai 2011

PADI

Sukar untuk melihat pokok padi,apatah lagi jika kita tinggal dikawasan bandar.Anak-anak hanya mengenali nasi tanpa mereka sedari beras yang ditanak saban hari bermula dari padi yang bertangkai keemasan nun jauh disawah. Ronda-ronda diladang kepunyaan seorang kawan penulis menemui padi yang telah ditabur dikawasan berair. Penulis hanya tersenyum setelah dipelawa untuk membawa pulang anak padi yang telah dicabut dari tapak semaian. Ambillah......
nanti balik kamu boleh mencedung, atau menanam terus jika ada kawasan yang sesuai.

Bagi penulis kawasan yang sesuai adalah dibelakang rumah, ia itu kawasan kumbahan atau dalam loghat kelantan, dalam car. Car adalah air lebihan basuhan pinggan/mangkuk atau apa saja kotoran yang dialir berpunca dari singki.
Tanpa pembajaan pokok padi hidup subur.....berbunga, mengeluarkan buah dan mula menguning.....
Kita tidak ambil pusing tentang padi tapi bila hari mula meninggi , ada sesuatu yang belum kita bereskan, iaitu makan................kita menjadi gagah dan kuat dengan memakan butiran kecil ini.......
ia itu padi.....................

Isnin, 4 Julai 2011

BUNGA KELADI BUNTING

Cantik...........kalaulah mekarnya dapat bertahan dalam sebulan,,,,,,,,tempat ini penulis akan jadikan taman. Taman terapi minda,,,,,,,...............
Bunga keladi bunting.............esok .........siikan keli akan kehilangan serimu..........kau hadir cuma seketika......
Pagi tadi ketika hendak memberi makan ikan keli dalam tangki, terkejut melihat bunga keladi bunting kembang serentak. Pokok keladi bunting memenuhi setiap ruang kosong, keadaan ini menyukarkan ikan keli bernafas.....Memang penulis sayang untuk membuang, tapi bila memikirkan nasib sikeli..............penulis dengan berat hati membuang sebahagian darinya.........

Penulis memelihara ikan keli hanya untuk suka-suka. Paling seronok ketika memberi makan.Ikan keli akan berebut-rebut melahap makanan.Begitu juga pokok keladi bunting, air,siikan keli ,lumut , kutu air,sibelalang daun, mereka mempunyai perhubungan simbiosis.


Ahad, 3 Julai 2011

DAMAR

Objek seperti serpihan botol kaca ini penulis temui didalam tanah ketika menggali lubang untuk menanam pokok pisang. Setelah meneliti,mencium untuk mengetahui benarkah ianya kaca atau batu,penulis teringat zaman kanak2 sering mengutip serpihan ini pada ketulan tanah yang diplau oleh jentera pembajak. Ya......penulis baru teringat namanya damar.Penulis pernah memasak damar untuk membuat bahan pelekat pada kepingan papan untuk membina sampan. Zaman sekolah rendah begitulah, tidak duduk diam ada saja ciptaan, paling tidak hati cukup gembira dapat menyeberangi parit atau taliair.
Mungkin ratusan tahun dahulu kawasan penanaman pisang penulis adalah rimba yang ditumbuhi pokok-pokok jenis mengalirkan cairan getah. Cairan ini membeku sehingga ia dapat bertahan bertahun tahun didalam tanah.
Pada zaman dahulu damar biasa digunakan sebagai bahan bakar untuk menerangi kegelapan malam.

Jumaat, 1 Julai 2011

NANGKA MADU

Buah nangka........sedap juga dibuah pengat.........kalau buah putik kami sayur lemak putih atau buat kerabu. Paling ringkas celor cicah budu..................
Jaga2 daun nangka............kalau kawasan tak berpagar ada yang sangat gembira.....sikambing
Serangan sikambing boleh menyebabkan pokok nangka menjadi gondol........tinggal ranting....dan yang paling parah tuan punya nangka madu...................terduduk kecewa.............
sukarnya untuk bermula.................hilangnya sekelip mata.........