Rabu, 14 September 2011

SARANG DAN KEHIDUPAN

Lebah lalat memilih pokok tembesu untuk membuat sarang . Penulis membiarkan ia menghuni seberapa lama mungkin kerana bercadang untuk mengambil madu. Selain pokok tembesu,turut menjadi minat sang lebah madu ini bersarang,pokok nangka, pokok cempedak dan beberapa pokok lain disekitar kebun.
Sarang semut. Kebiasaan semut memilih pokok yang sukar untuk dipatahkan seperti pokok jambu batu. Tahi lembu kering menjadi pilihan sang semut untuk membina sarang.kerana mudah untuk membuat cantuman. Pakatan sang semut membina istana ribuan bilik,kalis air hujan. Dengan ketinggian beberapa meter dari tanah tentunya terselamat jika hujan berlarutan,memungkinkan bah.
Sarang khinzir.Khinzir akan mengangkut lalang kering serta pokok resam untuk dicantum sebagai atap. Anyaman dikemaskan lagi dengan memilih pokok senduduk, bahan penegak atau tiang. Oleh kerana khinzir tidak berpaling kekiri dan kanan kerana lehernya yang pendek,khinzir membina dua pintu untuk memudahkan keluar dan masuk. Penulis menemui beberapa jerumun seperti foto diatas.

Penulis berhati-hati menghampiri jerumun kerana sarang yang telah ditinggalkan oleh khinzir atau yang tidak lagi didiami akan dihuni oleh binatang berbisa seperti ular.
Sarang burung merbah. Berkongsi kehidupan dengan pokok-pokok yang ditanam oleh penulis. Biarlah disitu. Terhibur bila merbah berkicau sekurang-kurangnya hilang penat serta lelah walaupun lagu yang dialun penulis tidak memahami. Riuh kicau sang unggas, riuh juga hati penulis menceritakan kegembiraan dikedamaian ini.

9 ulasan:

  1. Sharing is caring :P

    Meriahnya kebun kan..... Mcm2 ada

    BalasPadam
  2. menginjaknya usia, menyinjak juga hobi dan minat. Memilih kehijauan untuk mengisi kelapangan waktu....adakalanya terleka berbicara dengan pokok2 bisu.

    berbalas hujah derngan diri sendiri...tanpa rimas dan sengketa...

    tapi itukan lebih baik dari lepak2 mengungkit kepincangan orang lain?....
    kebahagian hadir dalam diri sendiri,tapi tidak sukar memperolihi dari orang lain....

    terimakasih...terawal memberi komen.....segannya saya,bertangguh untuk menyemak entri terbaru sahabat......

    BalasPadam
  3. geli tengok lebah lalat..dan takut juge..

    sharing is caring..(^_^)..

    BalasPadam
  4. As salam cikgu,
    Saya blm pernah lihat sarang lebah lalat ni. Kalau lebah yg biasa tu biasa tgk. Rumah2 fauna yg lain tu semua saya berpeluang lihat. Jerumun khinzir tu mengingatkn saya kenangan waktu menebas ladang getah datuk wktu remaja dulu.... Waktu cukup risau bila terpandang jerumun yg besar2. Kot2 ada tuan kat dlm.. Saya akn membaling ke jerumun tersebut utk pastikn tuannya ada ke tiada.. Jika tuan rumahnya ada, ia akn berlari keluar krn terkejut. Kalau senyap tu, mknanya ia tiada.. slmt la nk teruskn keja..hehe..

    BalasPadam
  5. aien najwa...
    memang geli bila kawanan bergerak sekata,seakan ada alunan tapi ia tidak terbang.
    saya pun malas nak kacau,biarlah ia membulat bercantum.

    saya hanya memerhati dari jauh...

    BalasPadam
  6. Adry/Daun...
    memerhati dan meninjau penghuni belukar semak atau samun memang meyenangkan......
    tapi berhati hati dengan khinzir bila terdesak ia akan menyerang...

    lari kekiri dan kanan,.....

    BalasPadam
  7. ini entry abg zul yg paling best saya baca....suka saya dengan subjek yg abg zul kongsikan....two thumbs up! sempoiiiiiiiiiiii!!!!!

    BalasPadam
  8. keli oh keli..
    ni nak tengok ladamg keli,tunjukkan foto sikit......
    kut2 ada semangat...nak ternak juga siikan keli....

    BalasPadam
  9. dalam fb saya ada saya letak gambar ladang...mai la join abg zul...

    BalasPadam