Isnin, 12 September 2011

ULAM ULAMAN DAN LAKSA

Mereka disebelah pantai timur lebih menggemari laksa berkuah putih atau laksa berkuah lemak , memilih ulam ulaman segar seperti kacang panjang,kacang botol,daun serai kayu,kesom,timun batang,ulam raja dan pelbagai ulaman lain yang sesuai dimakan secara mentah.
Tidak sukar untuk mendapatkan laksa kerana terdapat dalam bentuk kering telah siap dibungkus dalam kuantiti kecil. Penyedian tidaklah begitu sukar kerana kita hanya perlu merebus beberapa minit. Keenakkan laksa berkuah putih atau lemak ini bergantung pada kuahnya yang pekat dimana pemilihan ikan segar diutamakan. Ikan selayang ,ikan tamban menjadi pilihan kerana rasa isinya yang manis.
Pada hari raya yang lalu kami menyediakan laksa ini sebagai menu untuk makan pagi. Makanan berat seumpama nasi yang mana kenyangnya memang panjang. Sekitar tahun 50an /60an makanan laksa dijadikan hidangan untuk mereka yang bergotong royong mengusung rumah, ia itu tradisi pindah,mengalihkan kediaman ketempat baru.

Kombinasi sambal dan belacan menyemarakkan lagi rasa serta keenakkannya.........
jom makan laksa......tapi jaga2 sambal cili api kampung, pedasnya.......................berair biji mata...

13 ulasan:

  1. As salam cikgu,
    Jika diberi dua pilihan antara laksa dan laksam, saya pasti pilih laksam krn tekstur dan rasanya yg lbh baik bbanding laksa.

    BalasPadam
  2. saya pun lebih menyukai laksam tapi kalau laksa utara feberet jugak


    daun serai kayu tu macam mana?

    BalasPadam
  3. melati qistina mummy,
    adry,
    cikgu bada,

    laksam,wat sendiri.....lambat laa..nak boleh makan......kena tunggu satu..satu gulung......

    nak makan pagi,malam kena siap sedia buat......


    ibu intan.......

    daun serai kayu?....Ada juga yg panggil pokok samak.

    BalasPadam
  4. sedapnya...laksa,laksam pun sedap jugak

    BalasPadam
  5. muaz..
    kena pula cili api kampung huh,pedas meleleh.....
    tapi orang dulu2 makan guna tangan.....gaul2 terus suap....

    paling best kuah belut...huh manis......
    tapi jgn citer sapa2.....nanti diaorang tak nak makan......

    BalasPadam
  6. Saya perhatikan ada berbagai-bagai cara penyediaan dan 'jenama' laksa - laksa Kedah, laksa Kelantan, laksa Sarawak, dll. Macam-macam ramuannya, rupanya & rasa kuahnya. Memang HEBAT kreativiti masyarakat kita. Yang seronok tu, semua orang tahu & mahu mengharagai "satu jenis juadah, pelbagai jenis rasa"! Salam bahagia.

    BalasPadam
  7. cikgu temuk..
    laksa penang,laksa kedah ,orang kelantan pun dah pandai dan tahu cara penyediaannya.....

    hubungan kekeluargaan,bermenantukan orang utara dan utara pula berhubungkait orang pantai timur,secara tak langsung resepi pun berpindah tangan........

    berger pun sekarang ada dijual dikg2.........makcik2 pun tahu cara menyediakannya.......

    BalasPadam
  8. pernah termakan laksa belut....kawan tak beritahu,lepas dah kenyang baru tahu laksa belut!

    BalasPadam
  9. muaz....
    ya......haa....haa...laksa kuah belut, Tengok belut geli..tapi sedap tau.....
    saya pun kena.....

    BalasPadam
  10. laksa penang sedap woooo...mai la makan kat sini bro...")

    BalasPadam