Khamis, 29 September 2011

TEBU TELUR

Ada diantara kita yang tidak pernah melihat tebu telur ni. Mungkin juga telah menjadi nostalgia atau kenangan manis ,semanis telur yang tersorok dipucuk tebu telur . Kenangan manis,penulis alami sendiri ,lama dah,, berpuluh tahun dahulu,makan gulai telur ayam dicampur dengan tebu telur.....
Ruas tebu telur sama bentuknya dengan batang rumput napier, perhatikan antara ruas terdapat akar. Bilamana keratan batang dilakukan akar tersebut telah tersedia untuk memegang tanah. Persekitaran terdapat kelembapan amat sesuai untuk mempercepat pertumbuhan mata tunas.
Dihujung pucuk,pengakhir ruas terdapat buncitan,bila dipicit terasa seolah-olah kita memegang span....menandakan telur telah matang dan inilah masa yang sesuai untuk dipetik kerana telur masih lembab dan belum kering..........
Jika dibiarkan telur atau bunga dari pokok spesis rumput ini akan pecah dengan sendiri. Namun ia tidak sesuai dibuat sayuran kerana rasa manis telah hilang,mengembang seperti payung dan kering dengan sendiri......
Tekstur lembut seperti kobis bunga...enak dimasak gulai lemak bersama telur itik atau telur ayam.........

26 ulasan:

  1. X penah tgk tebu dan telurnya tu, 1st time tgk, xtau pon tebu ada telur yg boleh di masak gulai......terima kasih krn berkongsi..... :)

    BalasPadam
  2. melati qistina,s mummy...
    dulu kami tinggal dipendalaman kg,jadi segala lauk pauk, maupun sayuran kami bergantung pada alam,segala tidak disiakan....

    tebu telur,bunganya...digulai campur dengan telur ayam yg sedikit agar cukup dibuat lauk.....
    kalau keluarga ramai laa....he..he...
    idea orang dulu2..............

    BalasPadam
  3. As salam cikgu,
    Sebelum ni saaya ada dgr cerita yg pkk tebu telur ni berbunga seakan telur. Bulat2 tu. Blm pernah tgk lagi pkk tebu telur ni kat luar. Rupa2nya bunga tebu ni blh dimasak gulai bsama telur. Sesuatu yg baru bagi saya. Kalau buh telur itik lagi sedap kn.

    BalasPadam
  4. adry.....
    ya...sedap bunga tebu ni....manis,kalaulah dikomersialkan tentu menjadi makanan ekslusif kat hotels 5 bintang....

    sesuatu yang istimewa ada disekeliling kita kadang2 kita tidak menyedari........

    BalasPadam
  5. muaz....
    sedap muaz...bunga tebu ni....macam telor ikan.....

    tebu ni khas untuk....bertelor je...
    sbb tu org panggil tebu telur....

    dulu masa saya kecil, arwah mak selalu masak...buat kari,buat gulai kuning,goreng dan dll....

    sayur klasik laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah....nostalgia ni. Masih terbayang sekitar 48-49 tahun dulu, melihat dan merasa masakan telur tebu di Kg. Sungai Buaya, Dungun. Lpas tu tak prnah jumpa lagi telur tebu, apatah lagi utk makan. Lastly jumpa balik dimuatnaik dlm fb utk dijual. Alhamdulillah, akan cuba tanam agar tidak lenyap ditelan waktu. Moga2 anakcucu akan terus kenal dan menikmati TELUR TEBU.

      Padam
  6. teringin nak tanam....bungan tebu ni macam bungan tebu lain ke en zul....dan tebunya boleh dimakan kE?

    BalasPadam
  7. muaz..
    tebu telor ni,ruasnya sangat kecil....tak ada air....
    batangnya pun macam rumput napier je...melidi.......dari keluarga rumput.....

    BalasPadam
  8. kpah pernah dengar tebu telur ni..tapi tak sangka pulak boleh makan..ehhh teringin pulak nak try...

    BalasPadam
  9. kpah -kpoh...
    pernah dengar?
    esok2 anak cucu kita....mungkin tak berpeluang melihat tebu telor ni...

    sbb generasi baru tak berminat menanamnya....bila usaha untuk menyambungnya tiada maka ia akan pupus.....

    minat bertani dikalangan belia haruslah disemai dari kecil.....

    sukar menarik minat anak2 berkebun.....mereka asyik melihat kartun di tv.......atau leka dgn games di kompt....

    BalasPadam
  10. telur ayam dah ada...cuma tebunya x ada....mai sini bawak tebu ya abg zul...hehe...")

    BalasPadam
  11. keli oh keli..
    cucuk2 kat tepi kolam tu...beranak pinaklah ia....bunga tebu telur ni cicah sambal belacan pun sedap...

    keli..lepas tengok ladang nak tengok pejabat keli oh keli pula......

    BalasPadam
  12. Tebu telur ni nostalgia pada kak ani. Masa kecik2 dulu ketika ayah berkerja di Kuala Berang Terengganu, ayah pernah bawak balik tebu telur ni dan mak masak lemak putih. Memang sedap.

    Tapi semenjak dah dewasa ni tak pernah tengok dan dengar tentang tebu telur ni.

    Ini pertama kali mendengarnya semula.

    BalasPadam
  13. kunang-kunang..
    masa kecil2 dulu arwah ibu gemar menanam tebu telur...itulah sayur kami.....
    mengingat nostalgia itu saya berusaha memjejaki..........amat sukar memperolihinya kerana.....kaw kg telah menjadi bandar......usaha penanaman semula generasi baru tiada........

    perlahan -lahan ia pupus.......

    saya meredah kg......merisik....akhirnya memperolihi,itu pun ada pesanan....dari pemiliknya.....didiklah dengan baik......

    bermaksud, menanam tu biarlah berpagar,siram.membaja,merumpai.........membuat alihan agar bertambah....

    BalasPadam
  14. Dalamnya makna pesanan org tu.... Moga Bertambah biak......

    BalasPadam
  15. melati qistina mummy..
    bagi mereka pokok2 yg sukar diperolihi...memang mereka akan menjaga dengan baik.....bila hilang benihnya..........susah nak dapat....

    nak minta 2 atau 3 kali....segan pula.....

    BalasPadam
  16. sedapnye..

    da lama jugak x jumpa..


    oo..igt benda ni kt setiap tebu ada..

    bunga dia..


    silap rupanya..

    BalasPadam
  17. as'salam
    Saya teringin sangat nak dapatkan keratan batang tebu telur ni untuk kesinambungan generasi akan datang.
    Cg boleh tolong dapatkan tak?
    terima kasih banyak2
    :)

    BalasPadam
  18. fouzie...
    tebu telor/ jika diizinkan waktu,kelapangan masa saya akan jejaki tuan punya kebun tersebut, sbb dikebun saya telah pupus ditenggelami banjir.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pn nk jugak. Kwn sy smpai mengidam hendakkn tebu telor ni.kat mana sy boleh dptkn keratannya. Dpt juga ditanam.

      Padam
    2. baru nak biakkan tebu telor ni

      Padam
  19. Saya pun nak juga benih tebu telor kalau ada

    BalasPadam
  20. Saya berjaya menanam tebu telor ni tapi belum berbuah lagi xsabar rasanya nak rasa..

    BalasPadam
  21. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam