Selasa, 27 Disember 2011

BUNGA KENANGA

Harum semerbak begitulah gambaran tentang bunga kenanga. Bunga kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari diMalaysia. Tentu kita pernah ingat nenek kita menyimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju serta pakaian lain. Baunya lebih kuat diwaktu senja,mungkin untuk menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Nama saintifik Cananga Odarata anak pokok kahwin banyak terdapat dikedai-kedai bunga serta mereka yang mengusahakan kedai semaian.
Pokok kenangan kahwin mampu berbunga pada ketinggian dua meter tapi harumnya tidak begitu kuat seperti pokok kenanga asal. Namun penulis berpuas hati kerana penulis memperolihi
pokok yang telah mengeluarkan bunga dalam semaian lagi. Tujuh ringgit satu polybag dikira amat berbaloi kerana dapat mencium keharumannya ketika membuat alihan ketempat tetap ia itu dilorong pejalan kaki.

Khamis, 22 Disember 2011

TERUNG PANJANG

Selain cili penulis juga menanam terung panjang dalam polybag. Setelah tuaian kali pertama selesai pokok-pokok terung ini masih lagi mengeluarkan buah tapi ada beberapa perubahan dari segi saiz dimana buah buah tersebut menjadi kecil dan tangkainya terlalu rapat.

Namun penulis telah berpuas hati dengan tuaian pertama. Kata orang makan terung memang mewah segala macam resepi dilakukan. Celor ,goreng pedas,sayur lemak,gulai kari, kerabu.........

Pembajaan kali kedua menjadikan pokok-pokok terung ni...begitu lebat berbuah,perhatikan ada sebiji begitu berbeza dari segi saiznya....
Untuk penutup tirai 2011 penulis ucapkan selamat tahun baru.........moga 2012 yang bakal menjelang beberapa hari lagi mencetuskan semangat baru dalam apa jua bidang yang diceburi......sukses......

Selasa, 20 Disember 2011

UBI BADAK

Penduduk pantai timur masih lagi dalam suasana hujan renyai-renyai dan ada ketika juga hujan menjadi lebat. Jika keadaan berlarutan gelombang kedua banjir mungkin berlaku. Walau apa pun penulis mengharapkan ianya tidak akan berlaku tapi kita tidak boleh menolak ketentuanNYA.

Menyebut soal banjir dimana aktiviti luar rumah anak-anak malah kita sendiri pun akan terbatas. Seharian memerap dalam rumah tentunya selera makan akan juga meningkat. Jarak antara makan pagi dan tengahari dirasakan terlalu jauh. Untuk mengisi ruang adakala kita menyediakan kudapan tapi tidak dapat bertahan seperti nasi. Sudah menjadi kebiasaan mereka disebelah pantai timur memilih ubi ubian untuk dihidang kepada tetamu bila mana berziarah bertanya khabar tentang banjir.

Ubi kayu dicicah kelapa parut atau sambal tumis ikan bilis beserta kopi panas mungkin dapat menhangatkan suasana yang sejuk. Selain itu ubi keledek,ubi keladi.ubi itek, ubi badak juga beberapa jenis ubi lagi menjadi pilihan.

Foto diatas adalah ubi badak atau ubi besar. Ubi badak juga enak dimasak sayur lemak putih beserta ikan bilis melengkapkan sayur kacang panjang juga sayuran berdaun lain. Penulis merakamkan foto tersebut disebuah rumah petani di Pasir Putih Kelantan. Terima kasih kerana memberi kebenaran juga ubi badak untuk dibawa pulang.

Khamis, 15 Disember 2011

SALAD

Salad memang berkait rapat dengan nasi ayam. Salad memang enak dimakan mentah atau dicicah sambal................
Ini pun salad....sesuaikah dihidang bersama nasi ayam.nampak macam buruk je......tapi ia bukan salad yang dah rosak,cuma warna asal memang macam tu........
Kombinasi dua warna ........yang mana sedap..?............Bagi saya sama je................

Sabtu, 10 Disember 2011

KELAPA DITEBUK TUPAI

Bila kelapa ditebuk tupai langsung tidak berguna. Tapi ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kelapa yang telah berlubang ini. Mungkin untuk kita tidak memberi apa-apa makna tetapi untuk si burung ciak rumah ia begitu bermakna. Memberi si burung rumah untuk kelangsungan kehidupan........mungkin sudah cukup selesa..........

Sabtu, 3 Disember 2011

PETAI

Bunga petai....asyik melihatnya......jika ada yang gugur anak penulis sering mengutip untuk dibuat main-main. Pernah satu ketika seseorang meminta untuk membawa pulang bunga petai yang telah gugur.......,penulis tidak bertanyakan untuk dibuat apa......cuma mengizinkan dan memberi kebenaran. Congakkan penulis untuk dibuat ubat...........
Pokok petai atau nama saintifiknya disebut Parkia Speciosa.Baunya yang busuk kurang menyenangkan namun ada juga diantara kita amat menggemarinya. Biasanya petai dicicah sambal dan dimakan bersama nasi. Biji-biji yang dikupas kulitnya enak dimasak sambal tumis bersama ikan bilis,udang serta kerang.

Petai juga boleh disimpan pada tahap yang agak lama. Jika mempunyai pokok petai sendiri untuk memakan sekaligus mungkin tidak menasabah jadi petai perlu dicelor untuk memudahkan biji-bijinya diasing dari kepingangnya. Membuat petai jeruk tidaklah sukar....cuma menggunakan garam kasar untuk memerapkannya. Zaman dahulu mereka menggunakan tempayan tanah dan boleh bertahan sehingga beberapa tahun.
Dalam perubatan tradisional melayu, biji petai dipercayai berkhasiat untuk merawat penyakit kencing manis,sakit jantung serta mencuci buah pinggang.
Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit kita.

Info gambar; Kesihan pokok petai berjiran dengan pokok kelapa.....yang mana pokok petai terpaksa beralah .....masing2 ingin berkuasa merebut ruang........

Sabtu, 26 November 2011

PERIA KATAK

Bunga peria katak
Tumbuhan jenis menjalar gemar memanjat pokok pokok yang ada disekitarnya. Rajin berbuah, malah jika ada satu pokok pun sudah memadai untuk dibuat ulam.......Bagi pengidap kencing manis patut mengamalkan memakan peria katak. Hiris kecil-kecil.....paling mudah cicah sambal belacan...........atau goreng dengan telur.............
Pokok pisang pun menjadi sasaran untuk peria katak ni meluaskan takluknya. Dah masak..kalau ada biji boleh tanam...tentu ada biji............
Aduh.....tak sempat, mana biji?........................burung dah makan..........biarlah dah rezeki burung............
eh ada......kat tengah2 buah tu ,warna merah pekat......tu le biji..............

Jumaat, 25 November 2011

SAYUR KAMPUNG

Sayur kampung.....nak masak yang mana satu?......tak tau yang mana satu nak didahulukan.......
sayur lemak pucuk ubi kut.......
mari tolong simpul2.........

Khamis, 24 November 2011

LABU

Suka yang mana..........?
Penulis suka jenis bulat ni.......buat pengat atau sayur lemak.......memang enak........
Disebelah pantai timur memang tersohor sira labu. Apatah lagi musim cuti sekolah...kenduri sana kenduri sini......
sira labu tentunya dijadikan hidangan.........

Rabu, 23 November 2011

MEMPELAM CHOCKANAN

Penulis menanam beberapa pokok mempelam chockanan, tapi ada sebiji kelihatan pelik sikit dari segi saiz serta bentuk buahnya dimana ia agak berbeda dari buah2 yang lain................
Kalau macam ni, tak kisahlaa..................memang puas hati......kebiasaannya memang macam ni.....
Tapi, lihat........................besar juga tapi bentuknya...............

Selasa, 22 November 2011

POKOK PUTAT

Pokok putat atau nama botani Barringtonia Racemosa sejenis tumbuahan dalam keluarga Lecythiacea. Uniknya pokok putat sesuai ditanam dihalaman rumah sebagai pokok hiasan juga amat menarik sebagai pokok peneduh.
Buah serta pucuknya yang muda enak dibuat ulam.....
cantik......untuk hiasan, buahnya bertangkai-tangkai seperti buah rambai......

Selasa, 15 November 2011

DELIMA

Delima merah.....
PAMOGA.....Vida Beauty........Kaedah perubatan Sains Islam....

Isnin, 14 November 2011

BULUH MADU

Apa saja yang manis dikaitkan dengan madu.......jadi bila diwar-warkan mengenai buluh madu penulis juga tidak terkecuali cuba menanamnya......

Pada awal penulis beranggapan buluh tidak mempunyai musuh, seperti ubi kayu,keledek atau pun pisang yang mana begitu digemari oleh babi hutan. Namun rebung pertama buluh madu , ditanam oleh penulis habis dihonges dan dikerjakan sehinga longlai......

Oleh kerana sayang akan pokok buluh ni, penulis kembali menimbus perdu kerana akarnya masih lagi menunjukkan tanda2 akan kembali pulih....

Mujurlah setelah sebulan berlalu...pokok buluh ni kembali subur dan ada tanda2 mengeluarkan rebung baru......

Rugi kalau pokok ni mati......satu polybag benih harganya dua belas ringgit.........diawal penanamam pun kebetulan musim kemarau....penat menyiram pun masih terasa........................

Selasa, 8 November 2011

GEMIA

Huh.....masam...

Masak serta ranum....masih masam....tapi kalau kena yang manis.......maka juga dua tiga biji......
Bertangkai-tangkai memang cantik.......indah dimata.....buah gemia....ada yang panggil buah setar ada juga menyebutnya buah kundang..........

Jumaat, 4 November 2011

TANAMAN CILI DALAM POLYBAG

Fertigasi.......cili besar
Kawasan penanamam dialas dengan pelastik....untuk menutup tanah.... mengelak dari rumpai menganggu aliran baja.......hos2 berseliratan memudahkan aliran baja serta penyiraman......
Secara fertigasi.......pembajaan dan penyiraman telah disukat takatnya.....kaedah ini dapat menjimatkan dari segi masa dan tenaga kerja.
Dalam polybag juga........penyiraman dilakukan dua kali sehari....pagi dan petang........kaedah manual ini.....kita akan menjadi penat bila musim kemarau tapi kalau musim hujan seperti sekarang..........kita ronda2 je.....
Tanaman diatas tanah......kadang2 terlupa siram.........tidak mengapa,kelembapan tanah menjadikan pokok cili tidak layu...........lihat pada pangkal pokok,tikar getah terpakai dipotong dalam bentuk empat segi untuk menutup pangkal pokok agar tidak ditumbuhi rumpai........
Dalam polybag tetapi diletakkan diatas tanah.......akar pokok cili boleh menembusi polybag....jika tanah lembab......pokok cili juga tidak akan menjadi layu.........siraman satu hari satu kali pun cukup.............
sesak dicelahan pokok pisang..........
Dalam polybag tetapi diletakkan diatas tong.........jika musim kemarau penyiraman haruslah dilakukan 2 kali sehari...........
penanamam dikawasan rendah.....terselamat dari ditenggelami air atau banjir....
soal kawasan tidak menjadi masaalah............dibawah pokok kelapa dicelahan pokok pisang...malah dimana saja........diatas bumbung rumah pun boleh..........

Selasa, 1 November 2011

POKOK KARI

Dulu2 masa dekat nak raya kita sibuk cari daun kari. Untuk apa?.........kita buat kueh yang paling mudah.......tapi sekarang kueh tu jarang kita jumpa....
ingat kueh gunting........
dulu2 kita beli kat sekolah.....
diisi dalam pelastik aiskerim.......rapuh serta ranggup....

Sabtu, 29 Oktober 2011

MESIN PEMBAJAK MINI

Ada pelbagai variasi mesin pembajak mini dipasaran. Harganya pun tidaklah terlalu mahal malah untuk menanam secara hobi memang menyeronokkan.........cuma haruslah berhati-hati ketika megendalikannya,pastikan anak2 tidak terlalu hampir..........
Mesin penggembur tanah buatan China serta Taiwan ini berkuasa 6.5 hosepower sesuai untuk penanaman sayur bersekala kecil , membatas serta menggaul baja........................
Makcik-makcik pun boleh mengendalikanya, ianya tidak sukar.....gear serta kedudukan tombol had laju mudah difahami juga mudah digapai tangan........
Jom kita belajar,......mudah betul..................lihat kod.....
logo kura-kura bermakna mata rotor bergerak perlahan......................................logo arnab..... mesin berputar ligat.........lembu merah diatas jentera bergerak kehadapan...manakala lembu merah bawah jentera ke belakang.....ataupun gostan.........ha...ha......ha....

Isnin, 24 Oktober 2011

NANGKA MADU

Kerusi pelastik........bertahun dibiarkan didalam kebun selain untuk duduk2 merehatkan diri setelah penat membersihkan semak samun ia digunakan untuk memanjat pokok nangka madu bilamana perlu untuk memotong dahan. Kalau dipijak dahan........berkemungkinan patah pula sebab dahan pokok ni ......... sangat kecil............
Pembalut dibuka........untuk foto.........perhatikan satu guni najis ayam mereput pada perdu pokok...................
Nangka madu.........buah ni dah pun berbau..........tunggu untuk dipetik aje........tapi kalau dibiarkan mungkin disapu oleh peminat. Peminat yang dimaksudkan sang tupai tapi jika pagar tidak kukuh babi hutan pun mungkin mendahuluinya..............................malah ada tiga lagi musuh.....................sikambing , lembu serta musang...................
Terpaksa dibuat pengalas agar buah tidak mengenai tanah.................serangga dari tanah juga berminat untuk mendiaminya.................
itulah cabaran bertani.......................................musuh ada disekeliling....................