IKUT MENGIKUTI

Khamis, 29 September 2011

TEBU TELUR

Ada diantara kita yang tidak pernah melihat tebu telur ni. Mungkin juga telah menjadi nostalgia atau kenangan manis ,semanis telur yang tersorok dipucuk tebu telur . Kenangan manis,penulis alami sendiri ,lama dah,, berpuluh tahun dahulu,makan gulai telur ayam dicampur dengan tebu telur.....
Ruas tebu telur sama bentuknya dengan batang rumput napier, perhatikan antara ruas terdapat akar. Bilamana keratan batang dilakukan akar tersebut telah tersedia untuk memegang tanah. Persekitaran terdapat kelembapan amat sesuai untuk mempercepat pertumbuhan mata tunas.
Dihujung pucuk,pengakhir ruas terdapat buncitan,bila dipicit terasa seolah-olah kita memegang span....menandakan telur telah matang dan inilah masa yang sesuai untuk dipetik kerana telur masih lembab dan belum kering..........
Jika dibiarkan telur atau bunga dari pokok spesis rumput ini akan pecah dengan sendiri. Namun ia tidak sesuai dibuat sayuran kerana rasa manis telah hilang,mengembang seperti payung dan kering dengan sendiri......
Tekstur lembut seperti kobis bunga...enak dimasak gulai lemak bersama telur itik atau telur ayam.........

Selasa, 27 September 2011

KACANG BENDI

Paling menyeronokkan menanam kacang bendi. Ia cepat membesar. Perhatikan bunga kacang bendi,walaupun ia bunga sayuran tetapi mempunyai tarikan tersendiri.
Jika penulis menanam kacang bendi,lawatan perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan kacang bendi dipetik tepat pada waktunya. Jika terlebih hari kacang bendi tidak enak untuk dibuat sayuran dimana ia menjadi tua serta keras.

Bila kutipan dilakukan setiap hari,bermakna penulis hari-harilah makan sayur bendi.......oo o..jemu laa.....
goreng kicap.....sayur air atau singgang....kari dengan ikan tenggiri.........apa lagi ya?....

Ahad, 25 September 2011

BAYAM

Sibuk berhari raya......tak sempat nak petik sayur......haa..haa...pokok bayam tidak enak bila menjadi tua seperti ini......
apa pun kalau dipilih tentu ada bahagian yg lembut................dapat juga digoreng semangkuk dua.........

Ahad, 18 September 2011

KAYU DAN KEHIDUPAN

Rata rata dikalangan kita menggunakan gas untuk memasak. Mudah menggunakan gas hanya pusingkan tombol maka keluarlah api untuk memasak.Namun permintaan terhadap arang tidaklah sunyi seperti yang dijangkakan. Sepanjang bulan ramadhan lalu masakan bersalai atau berpanggang menjadi kegemaran dikalangan kita. Bayangkan satu guni kayu arang dalam ukuran guni 50kg gula pasir beharga lapan belas ringgit.

Akta penebangan pokok,akta alam sekitar membataskan aktiviti pemerosesan kayu arang. Namun apakah aternatif lain selain gas untuk menggantikan bahan bakar?......

Rabu, 14 September 2011

SARANG DAN KEHIDUPAN

Lebah lalat memilih pokok tembesu untuk membuat sarang . Penulis membiarkan ia menghuni seberapa lama mungkin kerana bercadang untuk mengambil madu. Selain pokok tembesu,turut menjadi minat sang lebah madu ini bersarang,pokok nangka, pokok cempedak dan beberapa pokok lain disekitar kebun.
Sarang semut. Kebiasaan semut memilih pokok yang sukar untuk dipatahkan seperti pokok jambu batu. Tahi lembu kering menjadi pilihan sang semut untuk membina sarang.kerana mudah untuk membuat cantuman. Pakatan sang semut membina istana ribuan bilik,kalis air hujan. Dengan ketinggian beberapa meter dari tanah tentunya terselamat jika hujan berlarutan,memungkinkan bah.
Sarang khinzir.Khinzir akan mengangkut lalang kering serta pokok resam untuk dicantum sebagai atap. Anyaman dikemaskan lagi dengan memilih pokok senduduk, bahan penegak atau tiang. Oleh kerana khinzir tidak berpaling kekiri dan kanan kerana lehernya yang pendek,khinzir membina dua pintu untuk memudahkan keluar dan masuk. Penulis menemui beberapa jerumun seperti foto diatas.

Penulis berhati-hati menghampiri jerumun kerana sarang yang telah ditinggalkan oleh khinzir atau yang tidak lagi didiami akan dihuni oleh binatang berbisa seperti ular.
Sarang burung merbah. Berkongsi kehidupan dengan pokok-pokok yang ditanam oleh penulis. Biarlah disitu. Terhibur bila merbah berkicau sekurang-kurangnya hilang penat serta lelah walaupun lagu yang dialun penulis tidak memahami. Riuh kicau sang unggas, riuh juga hati penulis menceritakan kegembiraan dikedamaian ini.

Isnin, 12 September 2011

ULAM ULAMAN DAN LAKSA

Mereka disebelah pantai timur lebih menggemari laksa berkuah putih atau laksa berkuah lemak , memilih ulam ulaman segar seperti kacang panjang,kacang botol,daun serai kayu,kesom,timun batang,ulam raja dan pelbagai ulaman lain yang sesuai dimakan secara mentah.
Tidak sukar untuk mendapatkan laksa kerana terdapat dalam bentuk kering telah siap dibungkus dalam kuantiti kecil. Penyedian tidaklah begitu sukar kerana kita hanya perlu merebus beberapa minit. Keenakkan laksa berkuah putih atau lemak ini bergantung pada kuahnya yang pekat dimana pemilihan ikan segar diutamakan. Ikan selayang ,ikan tamban menjadi pilihan kerana rasa isinya yang manis.
Pada hari raya yang lalu kami menyediakan laksa ini sebagai menu untuk makan pagi. Makanan berat seumpama nasi yang mana kenyangnya memang panjang. Sekitar tahun 50an /60an makanan laksa dijadikan hidangan untuk mereka yang bergotong royong mengusung rumah, ia itu tradisi pindah,mengalihkan kediaman ketempat baru.

Kombinasi sambal dan belacan menyemarakkan lagi rasa serta keenakkannya.........
jom makan laksa......tapi jaga2 sambal cili api kampung, pedasnya.......................berair biji mata...

Selasa, 6 September 2011

DAUN PISANG

Kegunaan daun pisang begitu penting menjelang musim perayaan. Tuah meyebelahi penulis kerana pokok pisang sememangnya ditanam didalam kebun. Untuk membungkus tapai pulut daun pokok getah, daun rambai,daun pokok mahang turut menjadi pilihan. Bagi penulis
mudah memilih daun pisang kerana hanya beberapa pelepah sudah mencukupi untuk membungkus dua kilogram pulut yang siap dikukus.

Beras pulut dalam sukatan sepuluh kilogram. Untung jika dibeli dalam kuantiti yang banyak kerana ada pengurangan dari segi harga......tapi untuk mengolah atau membahagi pada sukatan
memang sukar kecuali kita mempunyai alat penimbang......


Mudah jika kita membeli dalam bentuk paket siap.....sukatan telah ditentukan. Mudah juga untuk mengolah sukatan ragi.
Haa...ini ragi...........penulis beli secara borong murah sikit, tapi kalau beli secara biji.......dalam 30 sen sebiji......... Kalau nak cepat tapai tu masak atau cepat dapat makan 1kg pulut/1biji ragi.....tapi berair dan benyek sikit..........
Setelah pulut dikeluarkan dari alat pengukus.....ratakan diatas talam, biarkan ia sejuk . Taburkan ragi secara sekata.....................kalau nak enak lagi taburkan segenggam gula untuk mengurangkan rasa gas yang menusuk hidung. Siap sedia untuk dibungkus, kalau penat kerahlah anak2 membantu agar cepat siap.....................................kemudian masukkan ke dalam bekas,periuk pun boleh, tutup rapat2 dengan kain. Kalau zaman dahulu orang simpan bawah katil...jangan usik /jangan dibuka dua hari.........kalau tidak tapai merajuk........tak masak......padan muka....he,he....
Haa.....setelah dua hari, dipagi raya...... kita buka bungkusan periuk tadi................berbau manis...........ada bau manis tapai, itu yang berdebar..............wajah pun manis kerana tapai masak dengan baik...............................

jom makan tapeee.......kegemaran orang pantai timur..........kelate ,teganu,pehe..........

Ahad, 4 September 2011

DAUN PALAS

Daun palas memang sinonim dengan ketupat pulut atau ketupat ubi kayu. Dimusim perayaan seperti hari raya ketupat pulut menjadi kemestian bagi penduduk disebelah pantai timur semananjung.
Nampak mudah tapi bukan semua diantara kita mengetahui teknik atau cara membungkus pulut yang telah dikukus serta digaul kepala santan ini. Untuk menghasilkan ketupat pulut yang betul2 memunuhi citarasa penggemarnya,tekanan ibu jari harus kuat untuk memadatkan pulut kedalam kelongsong daun palas . Setelah pulut betul2 padat, pusingan perlu dilakukan untuk memperkemas atau memperketat dan simpulan segera dilakukan. Maka terbentuklah ketupat daun palas yang cantik dan menarik. Ya.....kalau nak bungkus ketupat pulut daun palas ni, kena belajar dulu.................jangan ikut2..................

Kalau bungkus suka2 main ikut orang maka jadilah macam budak2 main pondok2...........hu...........
penulis sendiri pun lesennya tak lulus lagi................
Setelah siap dibungkus................bolehlaaaa........kita rebus, tapi jaga2.....................jangan sampai kering air, nanti hangit...........................kalau hangit hu hu...............tak beraya..............lelah saja2 je........


hari raya kedua.............bolehlaa.....nak goreng pun.....................hu...hu................lagi best..................
penulis mungkin buat ketupat daun palas ni kali kedua, sebab daun palas masih berbaki.
selamat raya 6.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...