IKUT MENGIKUTI

Ahad, 17 November 2013

YANG LAMA LAMA SIRI 7

Basikal lama raleigh berpalang atau atau basikal jantan yang dipapar pada siri lalu sudah ada peneman. Peneman penulis maksudkan, dua buah basikal lama perempuan jenis rolex dan jenis standard keluaran tahun 70an.
Apa yang menarik tentang basikal2 ini. Sudah tentu menjadi perhatian bila dikayuh bersama keluarga atau aktiviti riadah setiap hujung minggu.
Apapun penulis masih lagi memburu basikal2 lama....untuk dijadikan koleksi........sebab yang lama2 itu seni....
yang lama2 itu sukar diperolihi.......

Sabtu, 16 November 2013

HARI PENTERNAK PETANI NELAYAN KEBANGSAAN

Hari Penternak Petani Nelayan telah pun berakhir. Banyak kenangan manis tercatat di sini..... Penyertaan pelbagai pihak khususnya penggiat industri kecil menyemarakkan lagi kemeriahan, sayang sepatutnya ianya berlangsung sempena cuti akhir tahun ( cuti sekolah ) dapatlah ibu bapa memenuhi masa terluang anak-anak. Walau apa pun, banyak yang telah penulis pelajari, serta suntikan semangat berkaitan pertanian. 
 Alatan menangkap ikan tradisional, bubu, serkap juga dipamerkan.........

 Nenas ..... subur .......
Mesin penuai nenas ......... menarik ..........


Juga penyertaan pihak Risda ...... Jom belajar menoreh ........

Selasa, 15 Oktober 2013

AIDIL ADHA

Semangat kerjasama antara jiran akhirnya tercapai hajat serta niat.  Sebelum jam satu enam ekor lembu berjaya diagih-agihkan............
SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA .........

Sabtu, 12 Oktober 2013

BUAH RAMBAI

Umum mengetahui buah rambai adalah buah-buah klasik yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Kepantasan pembangunan terus meminggirkan kampung-kampung tradisi sekali gus pokok-pokok ini dilenyapkan.

Penulis terpegun melihat buah rambai bergantungan di setiap dahan. Tahun ini pokok rambai kepunyaan penulis amat rajin berbuah, sekali gus mematikan hajat penulis untuk melupusknnya. Apatah lagi rasanya amat manis.

Terfikir juga jika pokok ini ditebang tahun-tahun mendatang penulis terpaksa membelinya pula. Pujian dari kawan-kawan serta jiran seronok melihat untaian buah-buahnya serta penulis pun hilang lokek, bermurah hati menjadikan buah tangan.

Ambillah sebanyak mana pun ..... Sebelum ianya gugur....
Menjadi baja......

Tahun hadapan berbuahlah lagi.......... Syukur pada rezeki dikongsi bersama.

Isnin, 11 Februari 2013

JANGAN PANJAT

Musim rambutan telah berakhir. Sisa buah dipenghujug ranting memang sukar untuk dipetik. Namun anak2 tetap berusaha untuk mendapatkannya. Walaupun dilarang, jangan panjat.......sedar2 telah bersedia dengan galah atau kayu pengait............buah dihujung musim begitu manis sebab ia masak ranum..............

Jumaat, 21 Disember 2012

RAMBUTAN RAKYAT / RAMBUTAN BIJI

 Rambutan rakyat atau rambutan biji bagi golongan berusia cukup mengenalinya. Di pendalaman kampung pokok rambutan ini tumbuh meliar . Tidak begitu popular namun dari tiada baik ada. Sekurang kurangnya dapat menghilang rasa terliur.
 Rasanya cukup manis, cuma sayang isinya tidak lekang dari biji................
Terbiar.............mungkinkah buah2 ni akan kering ditangkai......sang tupai pun tidak larat untuk menghabiskannya......he...he.....he......

Selasa, 4 Disember 2012

BOLEH DICAMPUR-CAMPUR KE.....

Limau nipis mengambil masa yang akan lama untuk berbuah, sementara itu ruang kosong tidak disiakan sebaliknya tanaman terung mini dikira paling sesuai. Campur lagi, kali ini bayam merah diselit antara limau nipis dan terung mini..........
nampaknya setiap ruang tanah tidak dibazirkan.........
boleh ke....?

Khamis, 29 November 2012

SUDUT YANG LAMA-LAMA ......SIRI 6

Mengisi sudut yang lama-lama siri 6 kali ini saya akan perihalkan berkenaan alat ataupun peti nyanyi dulu2. Radio kaset ini masih lagi berfungsi . Era 80 an adalah zaman dimana setiap rumah tentu memilikinya. Jika ada masaalah kaset atau tape akan berbelit .......
bila terjadi begini cepat2 kita offkan suis........
Ada juga yang berusaha memperbaiki kadang2 berjaya tapi jika kurang teliti......tape akan terburai.......

Masa telah berubah.....kelahiran CD.....
radio kaset ini terus menyepi.....

Isnin, 26 November 2012

HALIA.........?

Bila berbicara tentang pokok2 atau tumbuhan herba semangat begitu membara untuk mengetahui tentang khasiat serta kegunaan dalam perubatan. Jika tumbuhan tersebut tiada dalam simpanan tidak segan2 pula meminta anak benih sekurang-kurangnya bertambah juga koleksi.
Rizom halia ini memang kecil bewarna merah ..........
amat mudah menyemai.....
ada ketika ia memang diperlukan.......katanya nak buat ubat,,,,,
halia apa ni.......

Ahad, 18 November 2012

RAMBUTAN


Rezeki. Musim buah kali ini, dimana-mana pun pokok rambutan berbuah dengan lebat. Tidak kira apa variati pun dahan kelihatan menunduk menanggung beban .
 Rambutan gading manis dan bersari. Ia telah cukup masak dan bolih dipetik bilamana warna kulit bertukar warna kekuningan.
 Anak sekolah popular sedikit masa dulu. Mengambil masa yang singkat untuk berbuah. Isinya pejal serta mudah lekang dari biji membuatkan kita asyik serta leka memakannya..........
kita juga ringan tulang untuk memegang galah..............he..he.......

Khamis, 15 November 2012

IKAN PUYU


 Untuk menghilangkan rasa bosan selepas ronda2 dalam kebun penulis akan singgah untuk memberi makan ikan....
Makanan berbentuk palet menjadi pilihah kerana mudah diperolihi. Air akan berkocak, terperecik gara2 ikan puyu saling mendahului........
leka memerhati......rupa-rupa ikan puyu ni dah besar....
satu hari nanti penulis akan pindahkan kedalam kolam tanah......itu lebih sesuai.......
bajet pun cukup tinggi untuk menyewa jentera.....membina kolam....

Rabu, 14 November 2012

BUAH SETIAR

 Buah nadir yang semakin dilupakan. Namun bila tiba musim pokok setiar berbuah sesuatu yang menarik akan kelihatan, Gugusan bebola emas akan mewarnai rimbunan pokok. Menandakan ia telah cukup masak, apa yang kita perlu lakukan cukup mudah.. Goncangkan dahan dengan galah, buah2 ni akan gugur bertaburan.
Sesekali anak2 akan menjerit bila buah2 ni menimpa kepala atau badan. Tidak sakit cuma ,resamnya begitu, menjerit tanda gembira.........
Buah setiar dimakan sebagai asam.....bijinya dikulum2 dan diluahkan kembali..........Bagi mereka yang rajin atau ringan tangan , kulit buah setiar dikupas nipis....untuk dijadikan jeruk......
Mmmm.....sedap.....

Selasa, 13 November 2012

HARI RABU YANG DIAM

Satu hari tanpa air manis boleh tak.........?

Isnin, 12 November 2012

SAYUR APA......?




Empat foto diatas adalah sayur yang sama......penulis sengaja tidak meletakkan namanya.......
berbelanja dipasar tani memang menyeronokkan pelbagai jenis sayuran bolih diperolihi.....pulang nanti barulah kita fikirkan apa menu istimewa tentang sayur ini.......

Kalau dibuat jeruk mesti sedap ni............kita makan dengan nasi.......

Ahad, 11 November 2012

BELAJAR MELUKIS

Teringat dulu2 masa sekolah rendah....cikgu suruh bawa buah subjek lukisan.....kita tinggal dikampung, petang2 adalah masa paling sesuai untuk ronda2 cari buah. Bagi penulis buah yang paling mudah buah jambu sebab buah jambu tak perlu tanam. Tumbuh disekitar semak tidak jauh dari rumah.
Siap melukis ada yang baling2.....sehingga lebam,.....kemudian makan....................
Jambu batu ni tak sedap,..................penuh dengan biji................rasanya kelat tapi, masa budak2 sungguh sedap......................itulah yang ada..........percuma..........


Sabtu, 10 November 2012

TENGKUJUH..... DESEMBER 2011 YANG LALU

November hingga disember bagi penduduk disebelah pantai akan bercerita tentang hujan. Limpahan perparitan meyukarkan perhubungan. Banyak juga kenderaan tersadai. Musim tengkujuh 2011 yang lalu dikejiranan penulis beginilah keaadaannya.


 Sukar membezakan jalan dan parit. Disebalik resah serta gundah...kepayahan mengharung banjir namun bagi sesetengah pihak ianya satu pesta. Anak anak seharian berbasahan berhujan serta berakit penuh ceria. Mereka yang dewasa kehulu kehilir dengan pukat serta jala. Seronok .....ikan, ada dimana-mana.

Paras bahaya... keadaan cemas, penduduk perumahan harus berjaga-jaga........jika hujan turun tanpa henti......mereka harus berpindah..... tapi pada tahun 2011 yang lalu air parit ini surut perlahan-lahan......

Binatang ternakan.....meragut rumput, ya....masih ada tempat yang tidak ditenggelami air.........

Khamis, 8 November 2012

NONA SRIKAYA DAN NONA

 Mudah mendapatkan anak benih nona srikaya. Di kedai bunga atau pasar tani jika rajin meninjau memang telah dibekalkan....tak perlu membuat pesanan......dengan nilai lapan ringgit satu polybag penulis bawa pulang beberapa anak pokok ..........
Mengambil masa yang agak singkat, pembajaan yang cukup ditambah sedikit kesabaran merumpai, membuat pemangkasan....dan hasilnya tidak mengecewakan.......buah muncul disetiap ranting....
Tapi bagaimana untuk mendapat anak benih pokok nona berkulit merah seperti foto diatas......memang sukar...
penulis pernah bertanya pada penjual anak2 pokok namun jari terus menuding pada pokok nona srikaya......
sukar untuk menerangkan tentang perbezaannnya, mungkin jurujual dikalangan orang muda juga anak2 yang menolong perniagaan keluarga......
Satu hari tanpa disangka seorang jiran menghulurkan sesuatu sebagai buah tangan........buah memang telah cukup masak......buah nona berkulit merah ni memang lemak dan sedikit manis.......
Puluhan tahun juga untuk mengeluarkan buah, mungkin ditanam bersumberkan biji benih.......serba sedikit cerita dari pemilik pokok.......
Penulis juga cukup sabar menunggu semaian biji benih..........................juga berangan-angan menanam sebanyak mungkin........
biar lambat asalkan dapat........

Rabu, 7 November 2012

RAYA KORBAN YANG LALU

 Agak lama tidak bersiaran gara-gara tiang talefon dihempap pokok. Menunggu agak lama untuk proses baikpulih setelah aduan berkali-kali akhirnya pihak berkenaan menyegerakan penyambungan. Terdetik juga dihati komen2 yang tidak dibalas.......
Banyak cerita yang hendak dikongsi lebih2 lagi kemeriahan IdulAdha yang lalu. Dikejiranan penulis sambutan begitu meriah. Jamuan makan bertindih masa sehingga sukar memilih yang mana satu untuk didahulukan. Istimewa hidangan sup tulang atau daging singgang.

 Perut lembu......begitu rumit ketika menyingkir kotoran namun bila siap direbus ada pula menu istimewa.............masak air asam atau dibuat kerabu......


 Daging panggang........teringat ketika penulis masih kanak2 ketika berkerumun dimajlis korban pihak tuan rumah menghadiahkan seketul daging untuk dipanggang beramai-ramai, Bahan asas serta kelengkapan memasak disediakan.

Tengok betapa besar setiap satu cucuk................mengimbau kenangan itu penulis arahkah anak2 sediakan dapur serta dahan jambu untuk dibuat penyucuk....... tapi harus sabar menunggu, jika tidak daging tersebut akan jadi arang...................jom ratah daging panggang..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...