Harum semerbak begitulah gambaran tentang bunga kenanga. Bunga kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari diMalaysia. Tentu kita pernah ingat nenek kita menyimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju serta pakaian lain. Baunya lebih kuat diwaktu senja,mungkin untuk menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.Nama saintifik Cananga Odarata anak pokok kahwin banyak terdapat dikedai-kedai bunga serta mereka yang mengusahakan kedai semaian.
Pokok kenangan kahwin mampu berbunga pada ketinggian dua meter tapi harumnya tidak begitu kuat seperti pokok kenanga asal. Namun penulis berpuas hati kerana penulis memperolihipokok yang telah mengeluarkan bunga dalam semaian lagi. Tujuh ringgit satu polybag dikira amat berbaloi kerana dapat mencium keharumannya ketika membuat alihan ketempat tetap ia itu dilorong pejalan kaki.










