Pelbagai variati pisang di Malaysia. Penulis berusaha mengumpulnya sebagai koleksi. Pisang susu walaupun pertama kali menanamnya tetapi telah menampakkan hasil yang baik. Memperolihi dua pokok anak benih dari seorang kawan dan ditanam berdekatan diantara satu sama lain, syukur kedua-duanya berbuah serentak.Pisang susu memang enak, manis serta lemak. Memang sesuai dengan namanya susu, isi bewarna putih manakala kulitnya pula mudah dikupas. Penulis menggaul pisang susu dengan sedikit tepung gandum serta air yang secukupnya untuk membuat sesuatu yang lebih istimewa.
Apa..?... ha..ha....cekodok pisang.
Itulah rezeki.....kita elak dari membeli dengan menanam apa saja yang boleh dijadikan makanan.
Ubi ubian serta pisang makanan dulu2........tapi ia tetap menjadi pilihan.....























MASA KECIL2 DULU, KALAU JUMPA BEWOK......
MEMANG TAKUT.....
padahal bewok tak kacau orang.........
January 3, 2012 10:59 PM