IKUT MENGIKUTI
Khamis, 26 April 2012
UBI BUAYA
Ahad, 25 Mac 2012
TERBIAR
Bertahun basikal2 ini terbiar dikaki lima rumah sehingga ada yang disulami rerumpai. Penulis sendiri pun sudah bertahun tidak mengayuh basikal alasannya tiada masa. Motosikal lebih praktikal kerana untuk kesesuatu distinasi masa boleh disingkatkan.Dalam kelompok basikal ni ada dua buah yang boleh dikira antik basikal jenama standard dan jenama singer. Timbul pula minat untuk membaikpulih agar basikal ini kembali megah menyusuri jalan setidak-tidak untuk bersiaran dihujung minggu.
macam mana ...lama tak mengayuh........nanti tak semena-mena mengah pula..................
mungkin sesuatu yang sukar jika kita malas untuk memulakannya.............
Isnin, 19 Mac 2012
COKLAT MINDA
Sabtu, 17 Mac 2012
AYAM KAMPUNG/AYAM JANTAN/ AYAM BETINA.........
Kokok ayam jantan kadang-kadang menyakitkan telinga. Gemar bersahut sahutan diantara ayam peliharan jiran ayam jantan ini ingin mendominasi kegagahannya. Biar pun penulis begitu hampir tapi masih berdegil untuk berdiri megah,seolah-olah akulah juara kampung.
Setelah disergah barulah melarikan diri........tapi tak sangka pula aksi terjun ini dapat dirakam.........tak berniat pun.............................
Ibu ayam...telor sebiji riuh sekampung, ibu ayam lagi lagi dasyat bisingnya, tunggulah sekejap lagi......................mengkhabarkan seluruh kampung tentang kesinambungan generasi...............Begitulah tinggal dikampung ditemani unggas dan pepohon, ...............inilah lagu,.....lagu alam yang sukar dilupakan.................................
Rabu, 14 Mac 2012
SAYUR LEMAK KULIT BUAH RAMBAI
Pokok rambai besar serta rimbun. Jika hari panas takkala kemarau berterusan penulis akan sediakan bangku atau kerusi untuk duduk-duduk. Rasa nyaman bila angin mesra menyapa. Berhajat untuk menebang tapi timbul pula rasa sayang. Selain untuk berteduh dari hangat matahari ia berguna untuk dijadikan penghadang angin serta ribut. Bila senja berlabuh ada juga yang menumpang tidur. Burung merbah riuh kicau bila pagi menampakkan tandanya.
Buah rambai ditahun 50an, 60an, 70an......harganya tidak membanggakan malah terbiar dan luruh begitu saja. Apalah istimewanya buah rambai. Jika makan berlebih akan timbul masaalah......kerana bijinya tidak boleh dihadam........he...he....he.......
Kulit buah rambai , jangan dibuang......sesekali kita sayur atau masak lemak kan sedap..........carik-carikan kulit rambai tu menjadi kecil............
Rendam dan ramas-ramaskan dengan garam kasar....untuk hilangkan rasa masam kemudian rebus sebentar .......untuk melembutkan kulit rambai tersebut........angkat dan perah,buang airnya.....macam kita perah santan tu............................
Macam biasa lah.......masak lemak putih....buh ikan tawar, paling sedap ikan selayang yg segar2 tu......sukahatilah nak bubuh berapa ekor pun......lagi banyak lagi sedap..................
Ini lah hidangannya.................lama tak kena.....rindu dengan masakan kampung ni...................
Selasa, 13 Mac 2012
MASAK LEMAK DAUN CEMPERAI DAN UBI KELEDEK
Meneliti komen serta saranan dari rakan-rakan blogger ramai yang mencadangkan daun cemperai ni dimasak lemak beserta ubi keledek....terimakasih , itulah untungnya dengan kemudahan internet ...walaupun dimaya tetapi anda semua jiran paling dekat.
Untuk lebih sedap lebihkan isi ikan yang dikukus atau ikan selayang yang dipanggang tawar.......cili merah,juga bawang besar dipotong bersegi.........
Ha satu periuk besar tu.....ubi keledek tu yang paling sedap.....................ratah je sayur tu....
Ikan pari panggang........tak ada arang,.........panggang je atas kuali..........yang penting ikan ni betul2 masak..............cicah kicap/ budu pun boleh..........kombinasi sayur lemak pucuk cemperai dan ikan pari panggang cicah budu..............................
jom makan tengahari..............................
Ahad, 11 Mac 2012
POKOK CEMPERAI
Hari tu kawan beria-ia nak bagi pucuk cemperai.....katanya sedap masak manis atau pun sayur lemak.....tengok macam ni pun nampak sedap......memang pucuk cemperai ni baru dipetik dan masih segar...........
Tapi ...dizaman canggih ni, tak sukar..................taip je laman web, boleh cari resepi............selain masak manis dan sayur lemak.....jom kita cari................resepi lain....sebelum tu,terima kasih pada kawan yang sudi memberi...............................
Sabtu, 3 Mac 2012
HOBI MENANAM BUNGA
Hobi menanam bunga sering dikaitkan dengan wanita. Namun bila ianya dikongsi dengan lelaki hobi ini bertambah meriah , hari kehari bunga semakin bertambah. Sisuami turut sama memilih,meneliti mencari pelbagai spesis untuk menambah koleksi.Penulis menjadi asyik serta terpesona akan keindahan warna bunga-bungan ditaman kenalan ini. Dari beberapa pasu kecil akhirnya terbina ampaian berbumbung dimana memerlukan penjagaan rapi termasuk kawalan serangga,merumpai juga pembajaan.
Katanya,banyak masa dihabiskan disini.........penulis hanya tersenyum........
Khamis, 1 Mac 2012
BUAH TANPA POKOK
Sedap buah ni....Buah Hulu, Baulu, Kek Bahulu....sebutan moden Honey Cake.......Ramuan.....Telur, Tepung gandum, Gula, Serbuk penaik...................
Ada sedikit bintik2 hitam tu, terpercik bara api sebab bahulu ni dibakar secara tradisional ,menggunakan sarang tembaga. Mungkin terlalu gopah untuk memeriksa, mencuba akan keenakannya. Membuka dan menutup berulang kali membuatkan mata menjadi pedih. Asap dari sabut kelapa,tempurung kelapa menguji kesabaran.................
Walau apapun buah tanpa pokok ni memang sedap.......bila dibuat sendiri,makan panas2......
asap berkepul.........ada untungnya....meriah tanpa gangguan sang nyamuk.........................
Selasa, 28 Februari 2012
SAYUR DAN NASI AYAM
Nasi ayam. Anak2 memang gemar.........salad, timun,tomato adalah sayuran pelengkap . Mengapa tidak ditambah sayuran lain ? Mungkin janggal dan tidak dibuat orang......
Ringkas......mudah ,tapi jika sering dijadikan menu untuk hidangan harian mungkin tidak sesuai untuk kesihatan. Elok jika diselang seli dengan makanan tanpa kolestrol. Tapi wajah anak2 akan mencuka bila disajikan makanan bersinggang atau berebus.
Begitulah bila melawat anak2 yang tinggal diasrama..............ada je pesanan...................mahu tidak mahu kita yang mengalah, nasi ayam juga yang diminta..................he..he..............dan kita pun tumpang sama.........
Jumaat, 24 Februari 2012
IKUT
Bila penulis pergi ke kebun ada yang sering mengikut, kucing juga gemar pada persekitaran yang redup dan tidak menyesakkan......................bila diajak pulang banyak pula alasannya............
Lihat pada mata penulis cukup maklum ada sesuatu yang ditenung, asyik dan bersungguh.....haiwan pemburu ini bersemangat tinggi untuk menangkap burung merbah, walau pun burung merbah nun sayup didahan pokok.
Bila keletihan dimana saja boleh merehatkan diri....dilaluan kita pun boleh.......cuma kita kadang2 kesihan kut2 terpijak......
Tapi, hari tu nasib baik penulis sempat melihat.........
Memang tidak disangka, mesin cuci pakaian ini dijadikan tempat berehat..................jika dibubuh pakaian dan di ONkan suis................apa akan jadi nasib sikucing ni........he...he...
Jumaat, 17 Februari 2012
ULAT DAUN
Jumaat, 10 Februari 2012
POKOK SIREH
Adat memakan sireh tentu agak asing bagi generasi kini. Malah hobi yang sekian lama diamalkam oleh orang tua kita dahulu terus dilupakan. Jika dicuba tentu agak janggal serta kekok untuk menyapu kapur,gambir serta hirisan buah pinang. Penulis pernah mencuba tapi teragak -agak tentang sukatan bahan-bahan tersebut.Tapi jangan dicuba nanti jadi ketagih sukar pula untuk menyingkir hobi tersebut. Pokok sireh gemar memanjat. Akibat leka dan suka bertangguh penulis gagal menyediakan junjung atau para untuk sireh ini meluaskan takluknya. Lihat pokok durian dijadikan sasaran untuk sulurnya berpaut.
Bukan itu saja malah basikal serta dinding rumah turut dijadikan laluannya. Penulis bercadang untuk menurap batu bata tersebut tapi sayang pula bila memikirkan ia telah dijadikan ruang serta tempat pokok2 sireh ini meluaskan kelangsungan hidup.
Subur....kalau ianya boleh disayur atau dibuat sup tentu penulis sudah memetiknya........tapi sireh.......jangan dibuang.....ia berguna. Kita tidak menduga , ada ketika kita betul-betul memerlukankannya....... Ia ubat..........
Selasa, 7 Februari 2012
CEMPEDAK
Begitu berbeza cempedak dengan nangka rasa serta rupa. Paling istimewa cempedak goreng tentu mengalahkan pisang goreng serta kudapan lain. Asyik menikmati cempadak isinya yang manis bersari lembut serta lemak kita kadang2 lupa kita juga berkongsi dan makan bersama kawan.Begitulah cempedak kita dapat menghidu kehadirannya.........baunya tidak boleh disorok.....
Masih awal,lambat lagi untuk berbuah......cempedak isi durian. Dijaga dengan rapi.....isi je macam durian baunya tidak..............
POKOK MISAI KUCING
Pokok misai kucing tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana umum telah mengetahui tentang khasiat serta kebaikan meminumnya. Tanaman herba yang telah melalui proses pengeringan dan dibungkus dengan kualiti yang tinggi mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Teh misai kucing tidak asing bagi kita di Malaysia.
Kucing penulis.....misainya tidak panjang.....mukanya pun tidak dibersihkan....tapi kalau misainya panjang seperti pokok misai kucing tentu lebih menarik...........Kucing jantan, siang asyik tidur...usia setahun sebulan.....berat 3.4 kg......
Anak2 kucing penulis sering menyembunyikan diri.........baru sebulan usianya misainya dah panjang................
Selasa, 31 Januari 2012
PISANG SUSU
Pelbagai variati pisang di Malaysia. Penulis berusaha mengumpulnya sebagai koleksi. Pisang susu walaupun pertama kali menanamnya tetapi telah menampakkan hasil yang baik. Memperolihi dua pokok anak benih dari seorang kawan dan ditanam berdekatan diantara satu sama lain, syukur kedua-duanya berbuah serentak.Pisang susu memang enak, manis serta lemak. Memang sesuai dengan namanya susu, isi bewarna putih manakala kulitnya pula mudah dikupas. Penulis menggaul pisang susu dengan sedikit tepung gandum serta air yang secukupnya untuk membuat sesuatu yang lebih istimewa.
Apa..?... ha..ha....cekodok pisang.
Itulah rezeki.....kita elak dari membeli dengan menanam apa saja yang boleh dijadikan makanan.
Ubi ubian serta pisang makanan dulu2........tapi ia tetap menjadi pilihan.....
Sabtu, 28 Januari 2012
Rabu, 25 Januari 2012
BUNGA SERAI WANGI
Isnin, 23 Januari 2012
TERKEJUT BIAWAK
Agak-agak berapa kaki biawak ni panjat???....................... Lihat petak merah pada batang pokok kelapa ni.........

-
Adry@Daun said... @zul permatang badak
Masa kecil dulu kita takut pd bewok sbb bila ia nampak kita, ia tidak terus lari spt haiwan2 lain. Bewok ni kalu kita tgk dia, selamba je dia jelir2 lidah. Tu yg kita takut..hehe.. Lagi satu, org2 tuo oyak, bewok ni suko rukah palo ore kalu dia terkejut. Dia igt kita ni pokok nyor..haha..January 4, 2012 4:34 PM

Nasib baik saya berdiri jauh dari biawak ni................... Kalau tidak tentu dia panjat saya................
-
Adry@Daun berkata... Buah manggis kelainan genetik ni. Terkacuk dengan asam gelugur..haha..
Besarnyo pok jewok(bewok) kat header tu. Penah tgk bewok lari rukah pkk nyo sbb terkejut tp bila smpai di pertengahan, burung leba pakat gi pakoh sbb igt bewok nk gi curi anak dale sarang atas pkk tu. Burung leba tu pakoh smp bewok tu melayang jatuh ke tanah(lbh krg 20 kaki). Bedebukk!! Mesti senok perut bewok tu...hahaha...21 Januari 2012 9:42 PTG
-
zul permatang badak berkata... Adry...
saya cuba shoot beberapakali untuk mendapatkan sudut yang baik ,semakin saya menghampiri biawak terus naik lebih tinggi.....
ini pun secara kebetulan, biawak terkejut pada tuan kebun...
lokasi ni felda bukit goh kuantan....
mggunakan nikon coolpix L l9...8 megapixel.....Kalau kamera Adry tentu lebih jelas...
ya memang tinggi biawak ni panjat...22 Januari 2012 2:56 PG







MASA KECIL2 DULU, KALAU JUMPA BEWOK......
MEMANG TAKUT.....
padahal bewok tak kacau orang.........
January 3, 2012 10:59 PM