IKUT MENGIKUTI

Isnin, 14 Mei 2012

INDAH DIKAMPUNG

Indah dikampung dikala petang ada tugas perlu dibereskan memastikan lembu peliharaan tidur dikandang. Soal lembu dibiarkan berkeliaran sehingga menganggu tanaman jiran biasa kita dengar. Perkara2 kecil begini akan menjadi besar jika kita mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan jiran tetangga.
Rasa tanggungjawab sememangnya kita  perlu menjaga haiwan ternakan . Menjadi routin setiap petang bagi sesiapa yang memiliki haiwan ternakan lembu ataupun kambing perlu komitmen untuk memastikan haiwan-haiwan tersebut dikurung ataupun dikandangkan.
Indah dikampung belia-belia kita tidak  membuang masa,ada perkara yang lebih berfaedah membantu keluarga dengan kerja ringan sebegini.
Indah dikampung hanya tinggal kenangan, himpitan pembangunan...ruang untuk ternakan bergerak bebas telah terhad.  Rumah kos rendah  dibangunkan dimerata tempat, paya serta denai ditambak . Tentu tiada lagi anak-anak gembala beriringan dengan haiwan peliharaan.
Indah dikampung...tiada lagi kepul asap unggun api.....................................................................................
[api perlu dinyalakan dalam kandang lembu untuk menghalau nyamuk]

6 ulasan:

Dinar berkata...

comel lembu tu...bestnye tgk suasana kampung di sini..

zul permatang badak berkata...

Dinar...
masa sek rendah dulu,...lama dulu2...jam 6 petang saya mesti hidupkan unggun api dlm kandang lembu supaya lembu seronok beristirehat....sambil mengunyah makananan yg disimpan kat dlm pipi...

cemburu juga tengok member2 yg lepak2 kat simpan jalan.....
tapi kita dah ditugaskan.....menjaga lembu.......
...itu kenangan paling mahal....

Adry@Daun berkata...

As salam,
Anak lembu tu cikgu punya ke? Siap ada kandang dlm kebun pisang lagi tu.. Bela lembu kat tmpt mcm ni mmg kena tmbt la. Kalau tidak, habis daun pisang dimknnya.

Lembu simpan rumut yg diragut dlm perutnya yg ada 4 jenis. Bila nk menyunyah, ia akan memuntahkan semula rumput yg tersimpan dm perut ruminan.

Adry@Daun berkata...

Masa kecik2 dulu, biasa tlg arwah abah alih lembu di padang(sawah terbiar) yg terletak lbh krg 5km dari rumah.

zul permatang badak berkata...

Adry,.....
betul tu simpan kat dlm perut bukan kat pipi....tapi nampak real,mengunyah.......macam banyak rumput kat pipi......
.....ha..ha... ingat lagi alih lembu tambat........

tentu biasa dengan pelunggul lembu....
......kayu untuk mengikat tali.....yg dipasak ketanah......

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Kalau kat sini, pembakaran secara terbuka, kena saman :D

Teringat kecik2 dl, ayah byk bela binatang, ptg2 jek Ada tugasan Nk kena diselesaikan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...