IKUT MENGIKUTI

Jumaat, 18 Disember 2009

LIMAU NIPIS

Harga dipasaran pernah melonjak sembilan ringgit satu kilogram , bermakna satu biji sederhana besar dalam lima puluh sen sebiji.Itu sudah cukup mahal bagi warga kampung.

Di kampung limau nipis digunakan sebagai syampoo untuk menghilangkan gatal kulit kepala , menghilangkan hanyir ayam ataupun ikan darat.Tapi yang paling istimewa jus limau nipis diperah bersama budu.Bau kia dari kulit limau nipis membangkitkan selera........

Isnin, 16 November 2009

DAUN SELOM

Daun selom ditanam di dalam polytank.Pucuk muda di petik untuk dijadikan ulam.Keratan tua (umbi dan akar) dibiarkan agar mencetuskan tunas baru.Daun selom juga enak dibuat kerabu.

Untuk menghindari dari menjadi sarang nyamuk , polytank ini di isi dengan ikan puyu (ikan darat) .

Jumaat, 13 November 2009

TERUNG PANJANG DAN TERUNG MINI



Serupa tapi tak sama.Terung panjang tangkai berwarna hitam tapi terung mini tangkai berwarna hijau.

POKOK MULBERRY


Pokok mulberry mula berbunga.

TEBU HITAM


Kalau tak diikat tebu ini akan menyembah bumi.Hujan berlarutan membuatkan struktur tanah menjadi lembut.Supaya ia berdiri tegak saya terpaksa dirikan tiang penyokong.Walaupun tebu hitam tidak popular seperti tebu telur dan tebu kuning, melihat ruasnya yang panjang serta besar terasa sayang juga untuk membiarkan ia terbiar sendiri.

Tebu hitam cepat tumbuh, dengan satu kaki keratan batang ia boleh menghasilkan dua belas mata tunas.Anak-anak tunas berceracak, berebut menzahirkan pucuk masing-masing.Dada terasa lapang melihat daun-daun tebu menghijau!!!

Isnin, 9 November 2009

POKOK DELIMA


Unsur-unsur yang terkandung dalam 100g buah delima yang segar.

Air 80 g
Energi 68 kalori
Glukkosa 17.2 g
Protein 0.5 g
Minyak 0.3 g
Serat 0.9 g
Potasium 259 g
Magnesium 3 mg
Zat besi 0.03 mg
Kalsium 3 mg
Sodium 3 mg
Vitamin C6 mg

Sari buah delima dapat menguatkan hati dan alat pencernaan,dapat memperlancar kencing,membersihkan darah dan dapat menghilangkan pembentukan batu padaginjal,menurunkan panas yang tinggi,memperlancar penghadaman makanan yang sukar dicernakan,meringankan rasa sakit penyakit naqras.Bunga-bunganya yang dihaluskan dapat diminum untuk menghentikan diarea.Buah delima termasuk dalam satu buah yang paling tua.Manusia mengenalnya sejak masa kuno.

Buah delima dikenal oleh bangsa Mesir kuno dan ditanam disana,termasuk juga di wilayah Babilondia.Saya juga cuba menanam pokok delima.Satu delima merah satu delima putih.Dua-dua pokok ini belum lagi berbunga dan berbuah.

Sabtu, 7 November 2009

YOGURT BUAH DELIMA


Pokok delima yang di tanam lambat berbuah.Kebetulan hari tu ....jalan-jalan kat pasar raya.Aaaaaa.......ternampak pula yogurt buah delima.Buah delima memang sedap!!!Belilah satu kotak.Ok juga......warna macam air bandung,rasa......susah nak cerita belilah sendiri........tapi memang sedap........

ROSSELE@asam raya@asam susur

Nah!ambil benih ni cuba kau tanam rossele.Itulah ungkapan seorang rakan tani beberapa bulan yang lalu.Bila berbuah nanti kau boleh buat jus minuman.Jem!!,kau boleh makan dengan roti.....Cubalah.Setelah mencuba,rossele yang saya tanam ni berbuah begitu lebat,seperti yang di syorkan jus dari rossele begitu sedap sekali.Ia tanpa pewarna tiruan.Masam masam manis seakan-akan Ribena.Nama saintifik Hibiscus Sabdariffa L,berasal dari Afrika.Walau dari mana asal ia yang penting ia sesuai dengan iklim di Malaysia.Telah ada pihak-pihak mengkomersialkan jus rossele ni......Ia minuman Malaysia.

KACANG BOTOL


Trend masa kini ulam-ulaman telah mengambil tempat di rak-rak sayur pasar raya besar.Masyarakat Malaysia telah mula menggemarinya.Begitu juga di kedai-kedai makan di ibu kota.Ulam raja,petai,jering,pucuk gajus dijadikan sebahagian daripada menu.Tidak terkecuali juga kacang botol.Saya pernah membeli di pasar terbuka dengan harga enam ringgit satu kilo.Bermakna seratus grams enam puluh sen.Untuk menjimatkan perbelanjaan dapur,saya cuba menanam kacang botol.Rupanya tak payah mana.Alhamdulillah ia tumbuh subur dan mula mengeluarkan buah.

Kata orang tua-tua ia akan berbuah lebat bila tiba musim tengkujuh dimana waktu itu angin begitu kuat dan laut pun bergelora.Betul atau tidak saya pun tak pasti,tapi kalau musim hujan berpanjangan kacang botol yang saya tanam ni memang lebat buahnya.

Jumaat, 6 November 2009

CILI PUTIH


Tak ada cili tak sempurna masakan.Makan nasi tak berapa selera.Tak berpeluh , terasa hambar.Cili putih tidak begitu popular tapi dari tak ada baik ada....Yang membezakan cili putih dengan cili lain semasa muda berwarna hijau tapi cili putih berwarna putih bila dah masak (tua) sama je berwarna merah....

Khamis, 5 November 2009

HASIL DARI BERCUCUK TANAM

Inilah hasil dari bercucuk tanam.Kalau kita rajin,sayur-sayur kampung,pucuk ubi,cekur manis,kacang botol,labu air,terung panjang,kacang panjang tak payah beli tanam sahaja di belakang rumah.Tanah kosong jangan biarkan ia ditumbuhi lalang dan semak-samun.Sayur-sayur ni nak makan memang tak habis,kadang-kadang tu naik jemu pula.Cari getah gelang ikat,jadikan satu ikat satu ringgit.....pergilah menjaja........habis punya......

Isnin, 2 November 2009

PISANG TANDUK


Pada awalnya berdebar juga mananti kemunculan disebalik jantung yang tergantung ni....Tiga hari kemudian tunggu punya tunggu eh.....ada lapan biji je satu sikat pula tu....Mana pergi jantungnya....?Tanya kawan-kawan , pisang tanduk mana ada jantung!!!Apala lu.....!!!

POKOK BINJAI



Susah nak lihat pokok binjai.Dalam kebun kami hanya ada satu pohon itu pun susah nak hidup.Usianya agak-agak kami dah 10 tahun tapi tak besar-besar mungkin tanah tak sesuai kot....

Setelah dibaja pucuk-pucuk mula tumbuh harap-harap satu masa nanti ia akan mengeluarkan buah dapatlah anak-anak tengok macam mana rupa buah binjai ni...Kalau di Kelantan buah-buah binjai ni dijual di tepi-tepi jalan je....

Isnin, 19 Oktober 2009

POKOK JARUM 7 BILAH


Adoi!!durinya bukan 7 bilah tapi banyak.Saya pernah terkana durinya sehingga saya menyumpah-nyumpah.Sabar!!pokok jarum 7 bilah banyak khasiatnya.Salah satu khasiatnya sebagai penawar kanser.Nama saintifik Preskio Bleo famili Cactaceae.Paling menarik bunganya berwarna oren , memang cantik dijadikan penyeri halaman rumah tapi awas durinya.......memang tajam!!!!

BUNGA TELANG

Bunga telang digunakan untuk mendapatkan warna biru dalam masakan.Biasanya kami menggunakan untuk mewarnakan nasi kerabu (nasi ulam) .Nama saintifik Clitora Ternatea.Bunga telang senang tumbuh.Biji benihnya kecil sedikit dari petai belalang.Campakan benih bunga telang ke tanah ia tumbuh dengan sendiri.

Selasa, 29 September 2009

PISANG BENGGALA (PISANG GALLA)


Pisang benggala tidak enak di makan masak.Bijinya bersepai-sepai.Lebih biji dari isi.Dijadikan acar masak (cara memasak tanya orang kelantan) mereka lebih arif.Nilai komersial pada daunnya yang payah pecah.Dijadikan pembungkus tapai pulut juga kuih-muih.Jantung pisang galla juga enak, biasa kami di kampung merebus (celur) dan kami cicah budu!!!!!

Sabtu, 26 September 2009

mempelam ringan @ pauh ringan






Mempelam muda.Memang best kalau dicicah kicap campur gula tenyeh sebiji cili api.Orang kelantan panggil makan "colek".Mempelam ringan berbuah tidak bermusim.Kami dapat percuma.Pokok di belakang rumah!!!

Selasa, 22 September 2009

Petai belalang


Petai belalang enak digoreng bersama ikan bilis.Inilah menu kampung.Yang pastinya boleh didapati secara percuma.Petai belalang mudah tumbuh di tepi-tepi jalan atau di dalam semak belakang rumah.Ia tumbuh melalui biji benih yang diterbangkan oleh angin.Petai belalang ini baru beberapa bulan ditanam tapi telah mengeluarkan buah begitu lebat sekali.

Pokok letup


Nama saintifik tak tahu tapi orang panggil pokok letup.Pokok letup ni mempunyai buah yang mengandungi udara seperti belon.Teringat semasa sekolah rendah zaman budak-budak semasa pulang dari sekolah kami bermain pokok letup.Cara bermain pokok letup ni dengan meletupkan ke dahi kawan-kawan.Paling kuat letupan itulah yang paling POWER.

Pokok letup ni tidak ditanam seperti pokok-pokok yang lain.Ia tumbuh dengan sendiri biasanya di kawasan kebun tinggal.Ia tumbuh liar di celahan senduduk dan rumpai.Zaman dah berubah anak remaja sekarang tidak mengenali lagi pokok letup.Harus dididik generasi kini mengenali pokok,sayangi pokok.

Cili api besar




Cili api ini memang besar.Kami upload buat kenangan.Benihnya pemberian seorang kawan rakan tani.Terima kasih untuk beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...