IKUT MENGIKUTI

Selasa, 27 Disember 2011

BUNGA KENANGA

Harum semerbak begitulah gambaran tentang bunga kenanga. Bunga kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari diMalaysia. Tentu kita pernah ingat nenek kita menyimpan dalam lipatan kain untuk mengharumkan baju serta pakaian lain. Baunya lebih kuat diwaktu senja,mungkin untuk menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Nama saintifik Cananga Odarata anak pokok kahwin banyak terdapat dikedai-kedai bunga serta mereka yang mengusahakan kedai semaian.
Pokok kenangan kahwin mampu berbunga pada ketinggian dua meter tapi harumnya tidak begitu kuat seperti pokok kenanga asal. Namun penulis berpuas hati kerana penulis memperolihi
pokok yang telah mengeluarkan bunga dalam semaian lagi. Tujuh ringgit satu polybag dikira amat berbaloi kerana dapat mencium keharumannya ketika membuat alihan ketempat tetap ia itu dilorong pejalan kaki.

Khamis, 22 Disember 2011

TERUNG PANJANG

Selain cili penulis juga menanam terung panjang dalam polybag. Setelah tuaian kali pertama selesai pokok-pokok terung ini masih lagi mengeluarkan buah tapi ada beberapa perubahan dari segi saiz dimana buah buah tersebut menjadi kecil dan tangkainya terlalu rapat.

Namun penulis telah berpuas hati dengan tuaian pertama. Kata orang makan terung memang mewah segala macam resepi dilakukan. Celor ,goreng pedas,sayur lemak,gulai kari, kerabu.........

Pembajaan kali kedua menjadikan pokok-pokok terung ni...begitu lebat berbuah,perhatikan ada sebiji begitu berbeza dari segi saiznya....
Untuk penutup tirai 2011 penulis ucapkan selamat tahun baru.........moga 2012 yang bakal menjelang beberapa hari lagi mencetuskan semangat baru dalam apa jua bidang yang diceburi......sukses......

Selasa, 20 Disember 2011

UBI BADAK

Penduduk pantai timur masih lagi dalam suasana hujan renyai-renyai dan ada ketika juga hujan menjadi lebat. Jika keadaan berlarutan gelombang kedua banjir mungkin berlaku. Walau apa pun penulis mengharapkan ianya tidak akan berlaku tapi kita tidak boleh menolak ketentuanNYA.

Menyebut soal banjir dimana aktiviti luar rumah anak-anak malah kita sendiri pun akan terbatas. Seharian memerap dalam rumah tentunya selera makan akan juga meningkat. Jarak antara makan pagi dan tengahari dirasakan terlalu jauh. Untuk mengisi ruang adakala kita menyediakan kudapan tapi tidak dapat bertahan seperti nasi. Sudah menjadi kebiasaan mereka disebelah pantai timur memilih ubi ubian untuk dihidang kepada tetamu bila mana berziarah bertanya khabar tentang banjir.

Ubi kayu dicicah kelapa parut atau sambal tumis ikan bilis beserta kopi panas mungkin dapat menhangatkan suasana yang sejuk. Selain itu ubi keledek,ubi keladi.ubi itek, ubi badak juga beberapa jenis ubi lagi menjadi pilihan.

Foto diatas adalah ubi badak atau ubi besar. Ubi badak juga enak dimasak sayur lemak putih beserta ikan bilis melengkapkan sayur kacang panjang juga sayuran berdaun lain. Penulis merakamkan foto tersebut disebuah rumah petani di Pasir Putih Kelantan. Terima kasih kerana memberi kebenaran juga ubi badak untuk dibawa pulang.

Khamis, 15 Disember 2011

SALAD

Salad memang berkait rapat dengan nasi ayam. Salad memang enak dimakan mentah atau dicicah sambal................
Ini pun salad....sesuaikah dihidang bersama nasi ayam.nampak macam buruk je......tapi ia bukan salad yang dah rosak,cuma warna asal memang macam tu........
Kombinasi dua warna ........yang mana sedap..?............Bagi saya sama je................

Sabtu, 10 Disember 2011

KELAPA DITEBUK TUPAI

Bila kelapa ditebuk tupai langsung tidak berguna. Tapi ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kelapa yang telah berlubang ini. Mungkin untuk kita tidak memberi apa-apa makna tetapi untuk si burung ciak rumah ia begitu bermakna. Memberi si burung rumah untuk kelangsungan kehidupan........mungkin sudah cukup selesa..........

Sabtu, 3 Disember 2011

PETAI

Bunga petai....asyik melihatnya......jika ada yang gugur anak penulis sering mengutip untuk dibuat main-main. Pernah satu ketika seseorang meminta untuk membawa pulang bunga petai yang telah gugur.......,penulis tidak bertanyakan untuk dibuat apa......cuma mengizinkan dan memberi kebenaran. Congakkan penulis untuk dibuat ubat...........
Pokok petai atau nama saintifiknya disebut Parkia Speciosa.Baunya yang busuk kurang menyenangkan namun ada juga diantara kita amat menggemarinya. Biasanya petai dicicah sambal dan dimakan bersama nasi. Biji-biji yang dikupas kulitnya enak dimasak sambal tumis bersama ikan bilis,udang serta kerang.

Petai juga boleh disimpan pada tahap yang agak lama. Jika mempunyai pokok petai sendiri untuk memakan sekaligus mungkin tidak menasabah jadi petai perlu dicelor untuk memudahkan biji-bijinya diasing dari kepingangnya. Membuat petai jeruk tidaklah sukar....cuma menggunakan garam kasar untuk memerapkannya. Zaman dahulu mereka menggunakan tempayan tanah dan boleh bertahan sehingga beberapa tahun.
Dalam perubatan tradisional melayu, biji petai dipercayai berkhasiat untuk merawat penyakit kencing manis,sakit jantung serta mencuci buah pinggang.
Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit kita.

Info gambar; Kesihan pokok petai berjiran dengan pokok kelapa.....yang mana pokok petai terpaksa beralah .....masing2 ingin berkuasa merebut ruang........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...