IKUT MENGIKUTI

Ahad, 25 Mac 2012

TERBIAR

Bertahun basikal2 ini terbiar dikaki lima rumah sehingga ada yang disulami rerumpai. Penulis sendiri pun sudah bertahun tidak mengayuh basikal alasannya tiada masa. Motosikal lebih praktikal kerana untuk kesesuatu distinasi masa boleh disingkatkan.
Dalam kelompok basikal ni ada dua buah yang boleh dikira antik basikal jenama standard dan jenama singer. Timbul pula minat untuk membaikpulih agar basikal ini kembali megah menyusuri jalan setidak-tidak untuk bersiaran dihujung minggu.

macam mana ...lama tak mengayuh........nanti tak semena-mena mengah pula..................
mungkin sesuatu yang sukar jika kita malas untuk memulakannya.............

Isnin, 19 Mac 2012

COKLAT MINDA

Pernah cuba Coklat Minda.........untuk anak2 yang masih dibangku sekolah,sesuai sebagai kecerdasan fikiran........
sukses selalu.....entri iklan..........

Sabtu, 17 Mac 2012

AYAM KAMPUNG/AYAM JANTAN/ AYAM BETINA.........

Kokok ayam jantan kadang-kadang menyakitkan telinga. Gemar bersahut sahutan diantara ayam peliharan jiran ayam jantan ini ingin mendominasi kegagahannya. Biar pun penulis begitu hampir tapi masih berdegil untuk berdiri megah,seolah-olah akulah juara kampung.
Setelah disergah barulah melarikan diri........tapi tak sangka pula aksi terjun ini dapat dirakam.........tak berniat pun.............................
Ibu ayam...telor sebiji riuh sekampung, ibu ayam lagi lagi dasyat bisingnya, tunggulah sekejap lagi......................mengkhabarkan seluruh kampung tentang kesinambungan generasi...............

Begitulah tinggal dikampung ditemani unggas dan pepohon, ...............inilah lagu,.....lagu alam yang sukar dilupakan.................................

Rabu, 14 Mac 2012

SAYUR LEMAK KULIT BUAH RAMBAI

Pokok rambai besar serta rimbun. Jika hari panas takkala kemarau berterusan penulis akan sediakan bangku atau kerusi untuk duduk-duduk. Rasa nyaman bila angin mesra menyapa. Berhajat untuk menebang tapi timbul pula rasa sayang. Selain untuk berteduh dari hangat matahari ia berguna untuk dijadikan penghadang angin serta ribut. Bila senja berlabuh ada juga yang menumpang tidur. Burung merbah riuh kicau bila pagi menampakkan tandanya.
Buah rambai ditahun 50an, 60an, 70an......harganya tidak membanggakan malah terbiar dan luruh begitu saja. Apalah istimewanya buah rambai. Jika makan berlebih akan timbul masaalah......kerana bijinya tidak boleh dihadam........he...he....he.......
Kulit buah rambai , jangan dibuang......sesekali kita sayur atau masak lemak kan sedap..........
carik-carikan kulit rambai tu menjadi kecil............
Rendam dan ramas-ramaskan dengan garam kasar....untuk hilangkan rasa masam kemudian rebus sebentar .......untuk melembutkan kulit rambai tersebut........angkat dan perah,buang airnya.....macam kita perah santan tu............................
Macam biasa lah.......masak lemak putih....buh ikan tawar, paling sedap ikan selayang yg segar2 tu......sukahatilah nak bubuh berapa ekor pun......lagi banyak lagi sedap..................
Ini lah hidangannya.................lama tak kena.....rindu dengan masakan kampung ni...................

Selasa, 13 Mac 2012

MASAK LEMAK DAUN CEMPERAI DAN UBI KELEDEK

HMeneliti komen serta saranan dari rakan-rakan blogger ramai yang mencadangkan daun cemperai ni dimasak lemak beserta ubi keledek....terimakasih , itulah untungnya dengan kemudahan internet ...walaupun dimaya tetapi anda semua jiran paling dekat.
Untuk lebih sedap lebihkan isi ikan yang dikukus atau ikan selayang yang dipanggang tawar.......cili merah,juga bawang besar dipotong bersegi.........
Ha satu periuk besar tu.....ubi keledek tu yang paling sedap.....................ratah je sayur tu....
Ikan pari panggang........tak ada arang,.........panggang je atas kuali..........yang penting ikan ni betul2 masak..............cicah kicap/ budu pun boleh..........

kombinasi sayur lemak pucuk cemperai dan ikan pari panggang cicah budu..............................
jom makan tengahari..............................

Ahad, 11 Mac 2012

POKOK CEMPERAI

Hari tu kawan beria-ia nak bagi pucuk cemperai.....katanya sedap masak manis atau pun sayur lemak.....tengok macam ni pun nampak sedap......memang pucuk cemperai ni baru dipetik dan masih segar...........
Tapi ...dizaman canggih ni, tak sukar..................taip je laman web, boleh cari resepi............selain masak manis dan sayur lemak.....jom kita cari................resepi lain....sebelum tu,terima kasih pada kawan yang sudi memberi...............................

Sabtu, 3 Mac 2012

HOBI MENANAM BUNGA

Hobi menanam bunga sering dikaitkan dengan wanita. Namun bila ianya dikongsi dengan lelaki hobi ini bertambah meriah , hari kehari bunga semakin bertambah. Sisuami turut sama memilih,meneliti mencari pelbagai spesis untuk menambah koleksi.

Penulis menjadi asyik serta terpesona akan keindahan warna bunga-bungan ditaman kenalan ini. Dari beberapa pasu kecil akhirnya terbina ampaian berbumbung dimana memerlukan penjagaan rapi termasuk kawalan serangga,merumpai juga pembajaan.

Katanya,banyak masa dihabiskan disini.........penulis hanya tersenyum........

Khamis, 1 Mac 2012

BUAH TANPA POKOK

Sedap buah ni....Buah Hulu, Baulu, Kek Bahulu....sebutan moden Honey Cake.......
Ramuan.....Telur, Tepung gandum, Gula, Serbuk penaik...................

Ada sedikit bintik2 hitam tu, terpercik bara api sebab bahulu ni dibakar secara tradisional ,menggunakan sarang tembaga. Mungkin terlalu gopah untuk memeriksa, mencuba akan keenakannya. Membuka dan menutup berulang kali membuatkan mata menjadi pedih. Asap dari sabut kelapa,tempurung kelapa menguji kesabaran.................

Walau apapun buah tanpa pokok ni memang sedap.......bila dibuat sendiri,makan panas2......
asap berkepul.........ada untungnya....meriah tanpa gangguan sang nyamuk.........................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...