IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 29 Oktober 2011

MESIN PEMBAJAK MINI

Ada pelbagai variasi mesin pembajak mini dipasaran. Harganya pun tidaklah terlalu mahal malah untuk menanam secara hobi memang menyeronokkan.........cuma haruslah berhati-hati ketika megendalikannya,pastikan anak2 tidak terlalu hampir..........
Mesin penggembur tanah buatan China serta Taiwan ini berkuasa 6.5 hosepower sesuai untuk penanaman sayur bersekala kecil , membatas serta menggaul baja........................
Makcik-makcik pun boleh mengendalikanya, ianya tidak sukar.....gear serta kedudukan tombol had laju mudah difahami juga mudah digapai tangan........
Jom kita belajar,......mudah betul..................lihat kod.....
logo kura-kura bermakna mata rotor bergerak perlahan......................................logo arnab..... mesin berputar ligat.........lembu merah diatas jentera bergerak kehadapan...manakala lembu merah bawah jentera ke belakang.....ataupun gostan.........ha...ha......ha....

Isnin, 24 Oktober 2011

NANGKA MADU

Kerusi pelastik........bertahun dibiarkan didalam kebun selain untuk duduk2 merehatkan diri setelah penat membersihkan semak samun ia digunakan untuk memanjat pokok nangka madu bilamana perlu untuk memotong dahan. Kalau dipijak dahan........berkemungkinan patah pula sebab dahan pokok ni ......... sangat kecil............
Pembalut dibuka........untuk foto.........perhatikan satu guni najis ayam mereput pada perdu pokok...................
Nangka madu.........buah ni dah pun berbau..........tunggu untuk dipetik aje........tapi kalau dibiarkan mungkin disapu oleh peminat. Peminat yang dimaksudkan sang tupai tapi jika pagar tidak kukuh babi hutan pun mungkin mendahuluinya..............................malah ada tiga lagi musuh.....................sikambing , lembu serta musang...................
Terpaksa dibuat pengalas agar buah tidak mengenai tanah.................serangga dari tanah juga berminat untuk mendiaminya.................
itulah cabaran bertani.......................................musuh ada disekeliling....................

Jumaat, 21 Oktober 2011

SERAI PEHA AYAM

Serai peha ayam mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap,namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa. Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang2 mata lebih tertarik dengan kegemukkan serai peha ayam,tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya.
Memang tertarik melihat perdu serai sebesar ini,bagi penulis satu batang pun sudah memadai untuk digunakan dalam masakan,namun ia tidaklah sewangi serai kampung.

Ahad, 16 Oktober 2011

PULASAN

Pulasan........baru belajar berbuah,tapi buah yang pertama tidak menjadi............tidak masuk isi........
Baja.......selain baja buah.....baja najis ayam juga digunakan....................setengah guni diletakkan dipangkal pokok.......perlahan-lahan ia mereput.........memang ada perbedaan,pucuk2 baru sentiasa muncul.................

Sabtu, 15 Oktober 2011

ALATAN PERTANIAN

Sebahagian alatan pertanian terdiri dari pam racun pelbagai bentuk berbeza penggunaan.......ianya menjadi satu kemestian jika kita mempunyai kebun atau kawasan yang luas untuk diusahakan................

Kadang -kadang tu seronok juga bila ada ekspo pertanian.........................

Selasa, 11 Oktober 2011

GANGGUAN NYAMUK DIWAKTU PAGI

Seawal jam tujuh pagi penulis telah pun berada didalam kebun. Keadaan tidak selesa apabila sering diganggu oleh nyamuk.......hurungan nyamuk membuatkan penulis tidak tenteram dan sering menyumpah. Tiada cara lain selain menyalakan api. Sekurang-kurangnya kepul asap dari daun pisang kering boleh menghalau nyamuk.

Penulis menggunakan sabut kering.....sebagai langkah awal memudahkan nyalaan api, kemudian menutup dengan daun pisang atau daun tebu........
Nyamuk akan beransur pergi........penulis akan mendapat sedikit keselesaan walaupun tangan asyik menggaru.......kerana bekas gigitan nyamuk ...gatalnya ...............gatal pedih........gatal sungguh.......
ada dua lagi jenis gatal.....
1--gatal tangan
2-menggatal
apa bezanya ...?....he..he....

Ahad, 9 Oktober 2011

TEBU

Tebu hitam,,,,,,,,,manis,walaupun hitam tapi rasa airnya huh...manis cuma warna airnya kurang cantik, hijau gelap hampir kehitam -hitamam.
Tebu kuning....kalau musim kemarau, huh manis juga tapi kalau musim tengkujuh .......tawar sikit,cuma yang seronoknya tebu kuning ni,mudah dihonges dengan gigi.....lembut je....sedar2 kita sendawa......
Tebu liat.......memang liat,kalau kita terajang pun dia tak patah........tapi air....huh manis....seeloknya tebu ni dibelah dulu baru mudah untuk dimesin.


Tebu liat memang tinggi....kita nak membersihkan daun tua tak sampai tanggan.......
Tebu hitam mudah beranak pinak.......tahan lasak sehingga ditenggelami air pun,tunas2 baru akan tetap muncul......
Tebu kuning......mudah untuk membersihkan daun tuanya.....kita pun kadang2 menjadi asyik..........
Satu perdu dua jenis tebu.......satu lubang penulis tanam dua jenis tebu.........untuk melahirkan kombinasi warna yang menarik.....haa...ha...
Dibuat kayu penyokong.......tebu memang berat.........ia cuma air....
Tebu betung berselang seli tebu hitam. Tebu betung memang keras....tak berani nak honges takut gigi serpih.....tak kena buat boleh tercabut....he..he...
Suhu persekitaran kawasan kebun menjadi sejuk bila ditanam dengan tebu serta pokok pisang kerana pokok2 ini mengandungi air............

Isnin, 3 Oktober 2011

BUNGA POKOK KUNYIT

Sebut saja pokok kunyit ramai yang mengenalinya....tengok isi kunyit ni nampak pada pangkal pokok ,tak perlu kita gali atau mencungkilnya.....cuma ambik pisau potong atau kita patahkan dengan tangan.........pokoknya pula kita biarkan ia hidup..........
Tapi hari tu saya patahkan bunganya sekali............
Bukan selalu kita dapat makan bunga kunyit ini.......sedap bunga kunyit buat ulam cicah budu.....
Rasa pedas.......taklah sepedas cili...........baik untuk melancarkan perjalanan darah......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...