IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 27 Ogos 2011

POKOK KERIAT/ SEKIAT/KIAT/GHIAT/CHEKIAT

Akhir penulis ketemu juga pokok yang paling sukar ditemui . Pokok keriat pokok yang boleh dikatakan hampir pupus dan kalau ada pun diceruk kampung yang mana hambatan pembangunan begitu perlahan.

Setelah temujanji dibuat,pemilik pun bersetuju menunggu kedatangan penulis. Berbual mesra bercerita tentang asal usul, susur galur tercampaknya benih pokok ghiat ini di negeri Pahang. Sekitar tahun 80an ayah sipemilik kebun telah membwa biji benih dari Pasir Puteh Kelantan.
Rimbunan pokok keriat menjadi peneduh bagi silembu kepunyaan pemilik kebun.......
Daun pokok keriat dari dekat,hampir sama dengan daun rambutan tapi ia sedikit lonjong.....
Buahnya sudah dipenghujung,nasib baik berbaki lagi.......kalau tidak,tentu penulis tidak berpeluang merakam gambar......dapat juga merasa,..berpuluh tahun tak tengok buah sekiat ni...
rasanya taklah sedap mana tapi nostalgia zaman budak2 makan buah ni. .......itulah kenangan paling masam. Buah ni memang masam,tapi bau nya punyai identiti tersendiri.
Bentuk buahnya bulat lonjong......seperti buah langsat tapi kecil sedikit.....
kulit bewarna oren .........
Penulis bercadang untuk menyemai biji benih dalam polybag..................kalau ada rezeki,tumbuh ,merimbun . Penulis berharap buah buah nadir , seperti buah keriat ni tidak akan pupus . Simpan diatas meja baik2 .......buah ni, bijinya jangan dibuang........
Buah apa ni Bah??.................tanya anak penulis ,bersekolah disekolah rendah.........

Sabtu, 20 Ogos 2011

POKOK BINJAI

Rupanya binjai adalah sejenis pohon buah mangga. Bau buahnya menusuk harum. Rasanya masam manis dan sedap dibuat jeruk. Ianya juga dikenali dengan nama lain bin-yaa atau lam-yaa. Nama saintifiknya mengifera caesia.

Perhatikan daun tunggal, sering mengumpul dekat hujung ranting. Helai daun berbentuk jorong. Binjai ditanam untuk buahnya, yang biasanya dimakan segar atau dibuat sambal. Info serta komen dari saudara Adry/Dedaun Alam.... pada entri penulis terdahulu mengenai pokok binjai. Terima kasih sudi berkongsi ilmu mengenai alam tumbuhan.

1 ulasan:

Adry@Daun berkata...

As salam cikgu, jln2 dlm kebun cikgu, jumpa pulak pkk binjai ni. Msih kecil..lmbt lg la tu nk bbuah. Arwah ayah saya ada tnm pkk binjai ni..kata dia pkk binjai naik setingkat(dahan) setahun. Mknanya tumbesaran pkk binjai sgt lmbt. Kalau kita tnm, jrg yg smpt nk mkn buahnya. Mmg buah binjai ada dijual di Kelantan tp nk jumpa org jual tu agk pyh sbb ia bermusim. Saya pn dh lama tak mkn buah binjai ni. Hiris buh dlm budu...perghhh...!!!



Gambar buah binjai rujukan Google

Gambar buah binjai penulis terpaksa rujuk dari Google.... kerana pokok binjai penulis tidak ada tanda-tanda untuk berbuah....... penat menunggu walaupun dah 10 tahun.

Keropok binjai penulis beli di bandar Temerloh dengan harga lima ringgit satu peket....... O.k la....
Rasanya pahit-pahit lemak...................
Haaaaa..... berfungsi untuk perubatan, kencing manis dan darah tinggi........................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...