IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 12 Oktober 2013

BUAH RAMBAI

Umum mengetahui buah rambai adalah buah-buah klasik yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Kepantasan pembangunan terus meminggirkan kampung-kampung tradisi sekali gus pokok-pokok ini dilenyapkan.

Penulis terpegun melihat buah rambai bergantungan di setiap dahan. Tahun ini pokok rambai kepunyaan penulis amat rajin berbuah, sekali gus mematikan hajat penulis untuk melupusknnya. Apatah lagi rasanya amat manis.

Terfikir juga jika pokok ini ditebang tahun-tahun mendatang penulis terpaksa membelinya pula. Pujian dari kawan-kawan serta jiran seronok melihat untaian buah-buahnya serta penulis pun hilang lokek, bermurah hati menjadikan buah tangan.

Ambillah sebanyak mana pun ..... Sebelum ianya gugur....
Menjadi baja......

Tahun hadapan berbuahlah lagi.......... Syukur pada rezeki dikongsi bersama.

4 ulasan:

nyanyisunyi berkata...

Salam
kalau dekat saya pun nak buah rambai ni..banyak sedekah bertambah banyak dia berbuah..

zul permatang badak berkata...

nyanyi sunyi...
lama tak urus blog, sejak pru 13....sibuk sikit....

Nyanyi sunyi pun suatu ketika dulu lama juga stop.....meninggalkan blog, kenapa....
dan kini masih lagi bernyanyi....

buah rambai tu ...dah ranum sangat masaknya....setiap minit kedengaran gugurnya.....

tak berani nak panjat....takut terjadi perkara yg tak dingini....

gayat......sangat....

Adry@Daun berkata...

As salam cikgu,

Kat kampung lama saya ada byk pokok rambai ni tp saya jarang balik ke sana. Kalau balik pun bukan musim ia berbuah.

zul permatang badak berkata...

Adry,,
nampaknya saudara juga lama meninggalkan blog.....
mungkin sibuk.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...