IKUT MENGIKUTI

Jumaat, 18 Disember 2009

LIMAU NIPIS

Harga dipasaran pernah melonjak sembilan ringgit satu kilogram , bermakna satu biji sederhana besar dalam lima puluh sen sebiji.Itu sudah cukup mahal bagi warga kampung.

Di kampung limau nipis digunakan sebagai syampoo untuk menghilangkan gatal kulit kepala , menghilangkan hanyir ayam ataupun ikan darat.Tapi yang paling istimewa jus limau nipis diperah bersama budu.Bau kia dari kulit limau nipis membangkitkan selera........

4 ulasan:

akula berkata...

En Zul,
Saya pernah tanam limau nipis kampung, limau kasturi, tapi bantut tak naik2..mcm mana nak bg subur ?? Baja mcm2 baja dah letak, tak tau nak buat mcm mana.

zul permatang badak berkata...

pastikan sekeliling pangkal pokok bersih dari rumpai. Jangan gembur tanah disekeliling pangkal pokok sebab akar akan terluka.Bila akar terluka pokok menjadi sakit dan memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.Tabur baja 15.15.15 baja untuk subur, air basuhan ikan pun bolih.Pastikan juga pokok tidak dilindungi pokok -pokok besar,kerana pokok limau memerlukan cahaya matahari yang cukup.Jangan tanam dlm plybag atau pasu,akar limau nipis pantas bergerak sehingga 15 kaki antara pokok kepokok.

Tanpa Nama berkata...

OOO padan la en zul, agaknya akar dah luka sebab saya dok gembur tanah kat pangkal pokok limau nipis ni, dulu rajin berbuah, pastu sakit menunggu rebah, kini tinggal arwah....aduss.

Unknown berkata...

salam..saper2 ada ladang limau nipis, limau kasturi, limau bali , limau madu, limau purut?? plz email to me: rabiatul.anis98@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...