IKUT MENGIKUTI

Isnin, 6 Disember 2010

LIMAU PURUT


Jika anda sukakan mandi limau, inilah buahnya. Buah limau purut. Kulitnya menggerutu, amat mudah untuk membezakan dengan variati limau yang lain. Tumbuhan herba, daunnya digemari oleh masyarakat melayu juga thai, sinonim dengan sup tom yam.

Pokok limau purut memerlukan cahaya matahari yang kuat, sesuai ditanam di dalam pasu dijadikan hiasan di halaman rumah.

Kerana leka, saya terlambat memindahkan pokok limau purut ini ke dalam pasu yang lebih besar menyebabkan tumbesarannya terganggu, namun ia tetap mengeluarkan buah. Jika anda penggemar sup tom yam tanamlah limau purut. Satu pokok pun sudah mencukupi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

saya pengemar tomyam...hehe..

lama x makan tomyam ni...tq sudi singgah komen my blog..

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah

dulu2 sy selalu keliru di antara
limau purut dan limau nipis...

erk nak tanya pokok limau ni sesuai tak
kalau ditanam di tanah? ~

zul permatang badak berkata...

manje.....orang tanah ditanah,cuma saya je,masukkan dalam pasu supaya senang dialih alihkan. Nak letak kat pintu dapur bolih,malam2 nak buat thomyam tak payah pergi kebun....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...