IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 18 Disember 2010

POKOK GUCIL

Inilah pokok gucil yang terdapat dalam kebun saya. Hajat hati nak tebang saja, tapi terasa sayang pula. Saya sengaja membiarkan pokok gucil membesar supaya anak-anak dapat melihat pokok gucil ini, dan dapat merasa buahnya yang masam-masam manis.

Teringat di zaman kanak-kanak memanjat pokok gucil, berebut buahnya. Buah gucil di waktu muda berwarna hijau (macam kacang hijau) bertukar kemerah-merahan apabila menginjak tanda masak.

Buah gucil ini juga saya jadikan peluru penyumpit, main tembak-tembak. Masih saya ingat lagi poket seluar sekolah sarat dengan buah-buah gucil. Kadang-kadang lebihan buah-buah gucil merosakkan seluar sekolah saya dan emak akan membebel sukarnya mencuci pakaian sekolah.

Pokok gucil hidup subur di tepi sawah, di batas tali air, hutan-hutan kecil dan di kawasan tanah terbiar.

Di daerah Jerteh, Terengganu kalau tak silap saya ada satu kampung dinamakan Gong Guchil, mungkin mengambil sempena nama buah ini.

Haaaaa.... dah pun berbuah, tapi belum matang lagi. Cara makan buah ni..... masukkan buah-buah gucil ni ke dalam mangkuk sederhana kecil, digaul dengan cuka makan, isi garam sikit, cili api dua biji...... seeloknya makan menggunakan sudu..... haaaa......

11 ulasan:

Ummi Maryam berkata...

salam,

seronoknya ada kebun. berbakti pada tanah akan dapat hasilnya. masa saya kecik dulu, nama sekolah saya s.r.k banggol guchil..tepi sekolah tu ada pokok guchil yang besar.

zul permatang badak berkata...

sekarang barang mahal,lebih2 lagi barang dapur,sayur ,cili,lengkuas....uuh uh..jadi terpaksa berusahalah tanam sikit sikit mana yang patut....terima kasih jenguk entri tentang pokok gucil tu.......

Makarimi Abdullah berkata...

Salam,

Waktu kanak2x saya pun selalu makan buah ni, skg dah tak pernah tengok lagi pokok ini. Teringin juga nak cari benihnya dan di tanam sekitar kebun, tak pernah jumpa org yg menjualnya.

zul permatang badak berkata...

tetiba je pokok ni tumbuh sendiri.mungkin burung jadi agen pembawa benih.Ramai kawan2 nasihatkan agar ditebang saje, katanya bolih menganggu tumbesaran pokok pulasan disebelahnya.Rasanya tak sanggup...kerna pokok ni dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak2.....

Lina berkata...

memikir jg buah gucil ni buah aper tp bile bgtau ms muda hijau, bila dah masak kemerah2an baru ingat...mkn cam tu jer pun sedap...masam2 gitu

zul permatang badak berkata...

Lina...
masa bebudak suka menyelinap dalam semak/samun....terjumpa pokok gicil....
itulah yang dimakan...lurut sehingga penuh tapak tangan terus suapkan kemulut.....mm mm masam2 manis..... budak2 dulu.....kan lapar....

senduduk putih berkata...

Ia juga sebagai penawar racun

PSIKOLOGIPENDIDIKAN berkata...

Assalamualaikum.. Tuan masih ada jaga pokok gucil ni? Kalau masih ada saya mahu.. Hamzah.. 0162634267

PSIKOLOGIPENDIDIKAN berkata...

Assalamualaikum. Tumpang tanya, gambar di bawah adalah pokok gucil gajah.. Menurut org kampung saya pokok gucil beza dengan pokok gucil gajah.. Org kg saya beritahu pokok gucil biasanya kambing mkn..

Al kisahnya org kg saya ada sakit bisul belakang badan. Dah warna biru bisulnya. Dan dia ada sakit tiroid.. Bengkak. So dia tumbuk dan sapu, alhamdulillah surut.. Dia dapat petua ni daripada seorang tok bomoh. Dah arwah. Tok bomoh ni cakap jangan tebang pokok ni sebab pokok ni untuk rawat BARAH..

Tapi orang kampung tak percaya.. Lepas tu yang sakit tiroid ni pergi ambil dan berubat. Alhamdulillah menjadi..

Jadi saya nak tanya siapa ada kenal dan ada pokok ni?

Yang sedihnya, family arwah tok bomoh tu dah pi tebang sebab nak buat jambatan.. Sedihnya.. Kalau tak boleh lah tanam buat anak pokok..

Sumber gambar daripada kawan. Tapi dia cuma ada anak pokok. Kalau siapa ada pokok ni, nak mintak untuk rawat orang lain sakit kanser hidung.. Hamzah. 0162634267

atie ^_* cp berkata...

Dulu2 selalu makan buah nii

Unknown berkata...

Ade je pkokni kt dungun..tp lam utan atau kwasan bukit..sy tktau nma d tk penah mkn..tp pkokni digmari burung punai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...