Jika ruang bertani tidak seluas mana tanamlah pisang empat puluh hari.Mempunyai batang yang cukup kecil dan tingginya boleh digapai dengan tangan , sesekali seronok membelai-belai buahnya.Setelah kelopak pisang empat puluh hari merekah keluarlah sisir-sisir pisang dengan jujukan yang amat menarik.
Digelar empat puluh hari kerana mengambil masa yang singkat untuk masak , seluruh sisir pisang masak serentak.Sesuai dihidang mentah untuk tetamu dan sebagai buah tangan untuk jiran tetangga.Kita memberi orang merasa.......!!!
2 ulasan:
Agaknya inilah pisang kat depan umah saya tu. Rajin berbuah dan beranak-pinak. Memang produktif. Elok untuk buat jemput2 dan kek pisang.
anak2 pisang 40 hari berebut2 menzahirkan diri,menanti giliran untuk berbuah...tapi kalau dialih beberapa depa dari induk lagi cepat ia mengeluarkan buah.Untuk dibuat jemput2 paling sesuai pisang kutar@pisang kapas,rasa isinya memang manis tak payah isi gula banyak....
Catat Ulasan