IKUT MENGIKUTI

Jumaat, 8 Januari 2010

ULAM RAJA @ INTAN BERAYUN


Tak sangka pokok yang tumbuh liar dibelakang rumah berasal dari Amerika Latin.Ia juga tumbuh meliar di Florida Amerika Syarikat.Bezanya kita di Malaysia makan sebagai ulam dicicah dengan budu , sambal belacan dan juga tempoyak serta cincalok.Disana mereka makan cicah apa ya ?......
Mungkin mereka tanam sebagai bunga hiasan , kerana terpesona dengan bunganya yang bertangkai panjang berwarna kuning keunguan.Ada setengah dari kita menggelarnya intan berayun.

Ulam raja juga sesuai dicampur dengan ulaman lain untuk dijadikan menu nasi kerabu.Menariknya , ulam raja mudah tumbuh dengan taburan bunga yang telah kering di tanah gembur serta berpasir.

1 ulasan:

norhazira berkata...

Hi..bole saya tau awak masih menanam ulam raja lagi ke? bole saya tau lokasi tempat rumah anda? saya bercadang untuk membeli biji benih ulam raja dari anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...