IKUT MENGIKUTI

Khamis, 30 Disember 2010

SELAPUT TUNGGUL


Selaput tunggul pokok memanjat serta menjalar. Bagi petani pokok selaput tunggul banyak keburukkan dari kebaikan. Ia tergolong dalam kumpulan rumpai, yang memerlukan masa serta wang ringgit untuk membasmi dari terus menutupi kebun atau pokok yang lebih berfaedah.

Selaput tunggul cepat membiak. Jika seminggu tidak menjenguk kebun, pasti selaput tunggul telah menjalar dan membelit sayuran atau tanaman. Spesies Mikania Micrantha digemari binatang ternakan lembu serta kambing. Penternak haiwan ini menghimpun bersama rumpai yang lain, biasanya dipotong di tepi paya atau tali air untuk disimpan sebagai bekalan di musim tengkujuh. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.

Dua situasi yang berbeza buruk dan baiknya, kewujudan alam tumbuhan ciptaan Nya adalah anugerah yang amat besar nikmatnya untuk kita semua.

9 ulasan:

ZieSakura berkata...

ok jugak drpd xde kebaikan langsung..

ummu berkata...

assalamualaikum saudara Zul
selalu juga nampak pokok jenis ini
oh ia boleh tahan darah ya?
bagus juga kan kalau gitu
terima aksih atas info ini ya

zul permatang badak berkata...

Zie....ada...kebaikan tetap ada cuma kita manusia yg lemah tak dapat meneliti ataupun mencari kebaikan yang tersembunyi.....

zul permatang badak berkata...

Ummu....sebelum menulis diblog saya tercari2 halatuju ,info yang paling sesuai untuk dikongsi bersama pembaca.Saya kira apa yg ada disekeliling kita seperti tumbuhan lebih bermenafaat jika dihurai tentang kegunaanya.Maka lahirlah blog ini yang membicarakan tentang pokok...jika ummu ada pandangan atau ulasan bolih dihurai bersama pembaca yang lain......selamat menulis.....

Tanpa Nama berkata...

salam..

cukup teruja membacanya....

sekadar satu coretan berkata...

en zul...saye pernah jumpe pokok ni..tapi tak tahu name dan khasiatnye...terima kasih de info yg sgt bagus mcm ni...

zul permatang badak berkata...

ainnoraini....satu waktu dulu seorang kawan..lengannya terluka terkena parang...seorang kawan yang lain bergegas mendapatkan pokok selaput tunggul, kemudian meramas ..sedikit lumat..lalu ditampal ditempat luka berkenaan...ia menjadi penahan agar darah berhenti mengalir....ataupun satu pokok lagi...iaitu pokok kapal terbang...

Adry@Daun berkata...

Salam en. zul,
Pkk selaput tunggul ni bersifat panas. Kalau kita perhatikn pkk yg diselaputi/ditumpangi oleh pkk selaput tunggul akn mati atau kering. N3 mgenai pkk kapal terbang ada dlm blog saya.

Imah93 berkata...

utk makluman, skarang sye n rkn sye sdg mmbuat pwngawetan trhdp 25 spesis tmbhn.. terima kasih dsebabkn artikel ini, kami dpt mengetahui nama panggilan @ local name bg tmbhn di ats.. artikel ini bnyk mmbantu kami..^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...