IKUT MENGIKUTI

Selasa, 4 Januari 2011

POKOK LAICI


Boleh ke.... pokok laici tumbuh di dalam kebun ini. Jawapannya boleh..... kebetulan membeli laici segar di sebuah pasar raya, anak-anak terus menyemai biji di dalam polybag.

Setelah semaian membesar dalam ketinggian satu kaki, saya menanam di celahan pokok tebu serta pisang dan pokok laici ini terus membesar sehingga kini.

Pokok tebu dan pokok pisang menjadi payung teduhan kepada pokok laici. Rupanya pokok laici memerlukan pencahayaan yang sederhana dan tidak terlalu panas. Menggunakan baja 15.15.15 dan tahi ayam, pokok laici tumbuh dengan subur sehingga warna daunnya menjadi hijau pekat.

Saya cuba mencari fakta menarik tentang laici namun sukar kerana laici bukan buah-buahan tempatan dan tidak ramai yang cuba menanamnya.

Lazimnya laici yang kita makan di Malaysia telah ditinkan atau meminumnya sebagai air kotak.
Ada diantara kita belum pernah melihat pokok tersebut.

Laici adalah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang berasal dari selatan China, selatan Indonesia dan timur Filipina. Kalaulah pokok laici yang saya tanam ini mengeluarkan buah, sayalah orang yang paling gembira.

Gambar buah laici.... rujukan dari google.

Kalau anda membeli laici segar di pasar raya, biji laici berwarna hitam ini kalau disemai di dalam polybag dengan izin Allah..... ia akan tumbuh..... dan anda boleh cuba menanamnya.....

10 ulasan:

sekamar rindu berkata...

salam......

suka makan air laici..:)

Adry@Daun berkata...

Salam en zul,
Saya pernah tnm pkk laici ni tp ia tak berbuah. Mgkn sbb tak tau teknik utk mjaganya atau pembajaan yg tdk betul. Pkknya mmg blh hidup subur di negara kita.

Zie berkata...

saya nak try jugak lah en.zul..tp try semai je lah..tukang tanam mak saya..ehehe

zul permatang badak berkata...

Sekamar rindu,Adry,Zie......pokok laici ni,kalau tak berbuah....pergi beli kat pasaraya je...ataupun beli yang dalam tin tu....nak minum beli air kotak.....

ibuintan berkata...

salam en, zul,

terima kasih sudi folow bloglist ibuintan..

saya pernah tanam pokok epal, yang disemai dari bijinya , hidup subur tapi bila dialih ke tempat lain terus mati

Pure Data Sdn Bhd berkata...

Salam...

Boleh bantu saya, dimana boleh saya dapatkan buah laici di KL ni ya? Saya mencari buah laici segar, bukan yang ditinkan. Harap ada yang dapat membantu, terima kasih...

ajong_EZRA berkata...

Salam..

Saya pun ada tanam pokok laici nie dekat celah2 pokok pisng dan tebu. ketinggian lebih kurang degan pokok en. zul. Tapi tak tahu la bila agaknye blh berbuah.. Harap2 sama2 la kite tunggu...

citoe berkata...

Saya baru mencuba menanam pokok laici nii.. belum pun sampai 1/2 kaki.. harap2 ia boleh membesar dan mengeluarkan buah sebab anak2 saya sukakan laici..

Glenn berkata...

Salam..

Saya pun dah tanam pokok laici depan rumah saya..Tapi kata seorang teman pokok laici hanya akan berbuah jika terdapat lebih dari sebatang pokok laici di kawasan berhampirannya..Tak pasti la betul atau tidak..Tapi untuk memastikan kebenarannya saya telah pun menanam 5 batang anak pokok laici di sekeliling rumah saya..harap2 berbuahlah..

Tanpa Nama berkata...

Ada yg jual anak pokok laici tak? Sms/wssp saya.. anuar 0179844869

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...