IKUT MENGIKUTI

Selasa, 18 Januari 2011

POKOK KADUK


Nama saintifik pipersarmentosum,tumbuh diatas tanah hidup subur dibawah naungan pokok yang lebih besar.Sayuran yang tumbuh melata ini jika dipangkas atau ditebas akan menambah
kesuburannya.

Berasal dari keluarga piperaceae boleh dibuat sayuran.Ketika bulan puasa jiran akan bertanyakan pokok kaduk untuk dibuat bubur lambuk.Adat sekampung memberikan percuma tanda menyokong kesungguhan tetangga menyediakan juadah istimewa ini.

Bagi mereka yang menggemari masak lemak ataupun gulai siput ,mencampurkan daun kaduk (daun yang muda) untuk melazatkan gulai tersebut.Rasa manis-manis lemak dan sedikit pahit.Air rebusan daun kaduk berkhasiat bagi melegakan batuk,selesema,sakit gigi dan sengal-sangal tulang.

Pokok seperti daun sirih ini tidak digemari oleh lembu dan kambing,jika kawasan tidak berpagar tanam sekali,boleh dimakan berkali-kali.

14 ulasan:

Zie berkata...

makcik sy sokmo suh tolong cabut daun kaduk dari tangkai buat masak lemak..

zul permatang badak berkata...

Zie...cabut tu...pilih yang elok2...jangan cabut ditepi kumbahan atau dilaluan lembu..kambing.Tak dak selera la..nak buat sayur.....pesan orang tua...ingat lagi tu.....

KELI OH KELI berkata...

adeh,,bro..dh 2 kali saya komen tp masih x boleh..kenapa ya?

zul permatang badak berkata...

....salam keli oh keli, aaa itu dah bolih tu...jangan putus asa....mungkin masaalah line kot...

Temuk berkata...

Kesihan si kaduk, dicerca orang bila dia naik junjung. Walhal, tak diberi junjung pun dia boleh merayap dengan segar bugar.

Peribahasa tak menyebelahi dia. Tapi perirasa melonjakkan dia. Menonjol dalam mangkuk sayur lemak yang menyelerakan. Salam bahagia.

zul permatang badak berkata...

......Cikgu.....silap peribahasa...hee hee salah salah siapa ya....Betul cikgu tak berjunjung pun habis tanah melata....risau ,dah la lembu/kambing tak makan. Tapi masak lemak atau gulai siput....bubur lambuk ke....sedap tak terkira.Terima kasih tinggalkan komen....jumpa lagi dientri seterusnya......

Kakzakie berkata...

Salam Zul,

Biar apa pun jua ia buat campuran urap/kerabu sangatlah sedap, buat campuran botok-botok pun sedap. Lembut daunnya tidak terucap.

zul permatang badak berkata...

salam kak Zakie.....makan ulaman...sayuran...kan bagus untuk kesihatan....o.k makasih...jenguk dan terus komen.....slmt menulis....

Sharinginfoz berkata...

oooo ini rupanya pokok kaduk,

ibuintan berkata...

salam en Zul,

pokok kaduk mudah hidupnya, daunnya sedap dibuat masak lemak tempoyak daun atau org negeri panggil sambal daun kayu, kalau masak sambal daun kayu ni daun kaduk antara daun yg wajib ada.... menambahkan aroma dan membuka selera

zul permatang badak berkata...

...Sharinginfo....begitu rupa daun kaduk,kalau dah tumboh...haa...habis tanah....

zul permatang badak berkata...

Ibuintan....sambal daun kayu...dan daun yang wajib ada...eh..kena tanam tu,nanti bolih buat bisnes kat pasar tani...masukkan anak pokok dalam polybag ,biar nampak cantik sikit...

Ejahkaya berkata...

I will make mieung kham ....yahoo best!

Insan Mulia berkata...

salam.
baru saya kenal pokok kaduk ni..terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...