Penduduk pantai timur masih lagi dalam suasana hujan renyai-renyai dan ada ketika juga hujan menjadi lebat. Jika keadaan berlarutan gelombang kedua banjir mungkin berlaku. Walau apa pun penulis mengharapkan ianya tidak akan berlaku tapi kita tidak boleh menolak ketentuanNYA.
Menyebut soal banjir dimana aktiviti luar rumah anak-anak malah kita sendiri pun akan terbatas. Seharian memerap dalam rumah tentunya selera makan akan juga meningkat. Jarak antara makan pagi dan tengahari dirasakan terlalu jauh. Untuk mengisi ruang adakala kita menyediakan kudapan tapi tidak dapat bertahan seperti nasi. Sudah menjadi kebiasaan mereka disebelah pantai timur memilih ubi ubian untuk dihidang kepada tetamu bila mana berziarah bertanya khabar tentang banjir.
Ubi kayu dicicah kelapa parut atau sambal tumis ikan bilis beserta kopi panas mungkin dapat menhangatkan suasana yang sejuk. Selain itu ubi keledek,ubi keladi.ubi itek, ubi badak juga beberapa jenis ubi lagi menjadi pilihan.
Foto diatas adalah ubi badak atau ubi besar. Ubi badak juga enak dimasak sayur lemak putih beserta ikan bilis melengkapkan sayur kacang panjang juga sayuran berdaun lain. Penulis merakamkan foto tersebut disebuah rumah petani di Pasir Putih Kelantan. Terima kasih kerana memberi kebenaran juga ubi badak untuk dibawa pulang.
16 ulasan:
penah mkn ubi ni, tp x wape nak enjoy... suka lagi ubi keling yg itam2 tu, lepas makan, kalau minum air, rs manis2... :)
Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~
melati qistina mummy...
...oo yg hitam2 tu...kecil2 tu...itu ubi kemili, masak gulai daging...ummp sedap....
Hassan...
selamat datang....berkongsi kita tentang pokok2,alam tumbuhan.....mewarnai kehidupan....
As salam cikgu,
Saya ada tnm ubi badak kat sini. Tiap2 tahun blh mkn ubi sbb ubi je\nis tahunan tp tahun ni tak merasa hasilnya. Pkk ubi badak tu dh mati kot. Yg tinggal hnya ubi itik saja lagi. Nk kna blik beli ubi dn tnm semula. Ubi kemili dgn ubi keling mmg sama, cuma istilah berbeza bg negeri tertentu.
zul..meme sedap dih kalu buleh make ubi maso-maso ni...huje2 ni kalu buleh pekeno putu halbo...
adry...
rajin tanam...saya kadang2 malas sbb buat lelah je...
asyik kena sondol babi hutan.....
macam tau je dah berisi.....
pagar....tapi babi hutan ganas.boleh gigit pagar.....hu..hu...
kpah kpoh....
hujan2 kita makan ubi......
jimat beras....hu...hu....
As-salam
Rasanya tak pernah lihat ubi badak tu, tapi pastilah tak pernah merasainya. Bolehkan ia direbus, digoreng atau diparut dijadikan bengkang seperti ubi kayu?
Bagusnya para ubi, jenis apa pun, dalam diam, berisi.
cikgu temuk...
boleh....dulu2 ubi ni ganti nasi,sedap sangat......
lagipun kita sekarang banyak makanan lain,misalnya gandum,sagu....jadi ubi-ubian ni tidak berapa popular...
tapi...bila dah kena,kelazatan mungkin berbeza....apatah lagi jika tau mengolah menjadikan pelbagai jenis kueh.....
paling sedap aiskerim perisa keladi........
zul..sbox kpah tu pree jah...try laa..
semalam IM beli ubi + kelapa, 3 biji sebesar bola golf harga 1 ringgit.
terfikir dalam hati... ni dulu makan orang muskin..
kpah kpoh...
kalu lagu tu....nok wat jugok laa....
IM....
Ya dulu makanan org miskin, tapi sekarang orang yg berduit pun ....termenung nak beli.....
sbb barang2....uhh...semua mahal....
yang tak ada harga.....jadi harga....
Salam
Pesakit radang paru-paru Copd
En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.
Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570
Catat Ulasan