IKUT MENGIKUTI

Isnin, 7 Mei 2012

YANG LAMA-LAMA

Kenali pokok menyimpang dari tajuk kerana ingin berkongsi barang lama yang sememangnya kita telah melupakan. Ketika meronda mencari bahan penulis terjumpa seterika besi yang mana penutup atas telah hilang. Sayang seterika ini tidak lengkap untuk dijadikan koleksi . Sukar untuk dibaikpulih kerana ia diperbuat dari besi bukan tembaga. Untuk kembali berkilat jauh panggang dari api kena ketika dijumpai ia tertanam didalam tanah.
Seterika telah bertukar fungsi kerana peredaran masa, percaya atau tidak seterika ini dijadikan pelapik atau  alas tiang rumah. Adalah menjadi kebiasaan rumah kampung bertiangkan kayu untuk mengelakkan tiang menjadi reput orang dulu-dulu mengalas dengan simen atau batuan . Ada ketikanya simen tersebut retak, mereka mengambil jalan mudah mengalas dengan sesuatu yang dikira agak keras.Sebagai ganti seterika ini menjadi mangsanya.
Sayangkan barang berusia puluhan tahun jika disimpan dan dijadikan koleksi,berguna untuk generasi akan datang setidak -tidaknya mereka dapat melihat atau memahami betapa sukar untuk meyediakan persalinan
yang menarik serta kemas.
Penulis berbincang dengan rakan, seorang tukang kimpal  berpengalaman untuk membaikpulih seterika ini, menyediakan penutup atas serta pemegang.
Bolih menambah koleksi barang-barang lama......................................


7 ulasan:

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Alhamdulillah Ada yg berminat... X penah tgk scr real iron jenis lama ni...

zul permatang badak berkata...

melati qistina mummy......
yang dulu2 banyak istimewa.....
antik.....tak dikeluarkan lagi.....

Adry@Daun berkata...

Barang nostalgia ni.. Nk guna, kena bakar tempurung jadi bara..lepas tu masuk bara tempurung dalam seterika tu, tunggu ia tak panas sgt, blh gosok baju..
Saya ada seterika ni, masih elok lagi kat sini. Akan dibaik pulih bila tak sibuk buat rumah nanti.

Temuk berkata...

As-salam
Seterika lama sangat sesuai untuk menggosok kain khaki dan kain kapas berkanji. Tak punyai pemutar untuk memilih kepanasan. Orang sekarang berpeluang tinggi membakar pakaiannya jika menggosok dengan seterika lama tu! Selamat meneruskan usaha mengumpul antik!

zul permatang badak berkata...

Adry....
cuba juga untuk mencari seterika ada kepala ayam, tapi harganya agak tinggi kerana diperbuat dari tembaga......
ramai yg menyedari akan nilainya jadi mereka ingin membuat koleksi sendiri......
kalai minta dengan gu..gu.. pun /kawan baik , mereka tak kasi......he..he...

zul permatang badak berkata...

cikgu Temuk...
cikgu tentu banyak pengalaman dengan barang2 lama,sudah pasti ada menyimpan sebagai koleksi.....
memang banyak nostslgia kan......

iaryylr berkata...

teruskan usaha baik pulih barang lama! pasti menarik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...