IKUT MENGIKUTI

Isnin, 28 Februari 2011

TIMUN BATANG


Syukur dimurahkan rezeki. Tanam timun,timun menjadi.Mungkin juga berkat berkebun seawal jam tujuh pagi. Sememangnya penulis bersarapan pagi didalam kebun,petik apa saya sebagai ulam. Nasi semalam dengan ikan rebus pun jadi.

Nasi semalam..telah 'dihangatkan'berulamkan timun cicah sambal 'jantan' cili api /lada cengit ditumbuk dengan garam kasar tanpa dibubuh apa2 pun agar kepedasannya terbela...
kata orang kelantan.....pedas sungguh....pedas nenggok....

Sarapan pagi penulis memang ringkas tetapi jenisnya makanan berat. Biarlah ia berat sebab untuk ketemu makan tengahari memang lewat........bersambung

Ahad, 27 Februari 2011

KACANG PANJANG

Kau kerja kat mana sekarang?...tanya penulis pada seorang kawan yang agak lama tidak ketemu.
Dah lama tak kerja...aku dibuang kerja..
Habis tu nak buat apa?
Balik kampung tanam kacang......

Itu ayat yang sering kita dengar pada seseorang yang diberhentikan kerja atau malas untuk meneruskan pekerjaan.Menuturkan....tanam kacang lebih baik....dari aku kerja kat situ atau aaah...baik balik kampung tanam jagung. Agak melucukan mereka bukan balik kampung seperti yang dituturkan sebaliknya
berpindah pada pekerjaan lain yang menepati citarasa mereka.

Tapi kalau ada ruang untuk bertani apa salahnya kita tanam kacang.Kalau diperhatikan di kampung masih banyak belukar atau semak samun tidak diusahakan.Anak anak muda gemar kehulu kehilir berpeleseran,entah apa dicari dalam hidup,alangkah elok tenaga muda belia dicurahkan untuk bumi bertuah sekurang kurangnya dapat menambah duit poket atau meringankan beban keluarga.

Tanah gambut memang sesuai untuk penanaman kacang panjang.Tumbuhan melilit dijadikan sayuran serta ulaman menjadi pilihan surirumah. Nana saintifik Vigna Sinesis atau nama umum long bean mengandungi kandungan zat gizi yang tinggi. Vitamin A ,B2 C serta protein.

Diwaktu pagi saya sering meninjau tahap tumbesaran kacang panjang.Memang seronok melihat buahnya yang panjang serta bergayutan.Ringan tangan untuk memetik serta merasa betapa manisnya buah yang segar.

Rabu, 23 Februari 2011

KACANG TANAH


Seperti kacang lupakan kulit......kita berbuat baik pada seseorang atau menolong kawan dalam keadaan susah.. membantu sehingga berjaya...namun setelah kejayaan diraih,kita tidak dipandang lagi...

Alangkah sedih hati kita..alangkah kecewa,bukan balasan yang dipinta...sekurang kurangnya...sapalah dengan senyum mesra.....

Baik sungguh sikulit menjaga isi berbulan lamanya,mendiami tanah...setelah naik kedarat kulit masih setia walaupun dipanggang api dan bara.

Episod berakhir bila siisi disuap kemulut terpisahlah kulit bertaburan dibumi.
Kacang tanah...sewaktu membersih kamu dari kotoran,
Ada genang
perlahan lahan
mengalir
dipipiku...

MUSIM MEMPELAM BERBUNGA


Sekarang musim mempelam berbunga.Tengok...... penuh bunga sehingga....tak nampak daun....

Persekitaran berbau wangi.....kalau malam.......jangan takut wangi bunga mempelam berbeza......dengan wangian yang dipakai oleh hantu........

Dinegeri kelantan......sebutan untuk mempelam adalah buah pauh......

Pauh rengen....pauh pedal ayam ..pauh pedal itik...pauh pelem....he...he...he..pauh alik siam.....kalu musim jeboh.....demo tolok muroh2 tigo kilo limo riyal.......

Isnin, 21 Februari 2011

KELULUT

Bosan dengan buah kelulut. Buah kelulut yang telah kering sering melekat pada fabrik. Masa saya terbuang semata mata untuk mencabut buat kelulut pada kaki seluar atau pun kain pelikat.

Pokok kelulut atau nama saintifik Uruna Labota tumbuh dikawasan tanah terbiar.Ia tumbuh subur tanpa pembajaan menjadi cemuhan pada pekebun maupun petani.

Lembu dan kambing memandang dingin seolah olah tumpul selera untuk menjamah,memberikan kebebasan untuk kelulut beranak pinak seterusmya,menakluki menguasai tanah lapang. Alahai kelulut pedih jariku menarik akarmu.

Dari segi perubatan tradisional kelulut dipercayai dapat menyebuhkan sakit gigi. Daun kelulut dilumatkan untuk digunakan merawat luka2 kecil. Pada mata kasar pokok kelulut adalah pokok penyibuk tapi jauh tersembunyi nilai perubatan yang tinggi.

Baling membaling buah kelulut kering menjadi hiburan buat anak2 sehingga berbalah dan ada yang bermasam muka.Apa tidaknya buah yang sebesar kepala mancis melekat kemas pada rambut ,pakaian juga beg sekolah.

Diilhamkan untuk permainan teka teki seperti kemunchup....BILA KITA LUPA IA AKAN KITA BAWA...dan KITA AKAN TINGGAL BILA KITA SEDAR KEHADIRANNYA. ...Ia teka teki anak2 sekolah.....kita semua pernah menjawabnya.........

Selasa, 15 Februari 2011

POKOK SENDUDUK

Pokok senduduk terkenal sebagai pokok pengacau.Diladang atau dikebun ia sejenis rumpai yang memberi masaalah kepada petani.Pokok senduduk cepat tumbuh dalam masa beberapa bulan ia boleh menutup parit serta longkang.

Nama saintifik Melastoma Melabathricum mengeluarkan bunga bewarna ungu tumbuh meliar dikawasan persekitaran kerana ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Dari segi perubatan air rebusan senduduk boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi,mengurangkan angin dalam badan.Akar yang ditumbuk boleh menghilangkan parut pada kudis.

Pokok renek yang bercabang ini, mencetus kan idea dalam karya saya.Tatkala melihat kesungguhan arwah ayah membersih kawasan kebun.....menjelmalah sajak bertajuk APAKAH.

Telah diterima oleh editor utusan malaysia......penyiaran pada 17 julai 87. Waktu itu sama2 membanting tulang menolong arwah......Ia tinggal sebagai kenangan.

Jumaat, 11 Februari 2011

UCAPAN TERIMA KASIH UNTUK CIKGU





Diucapkan terima kasih untuk cikgu Temuk diatas pemberian hadiah tempoh hari. Saya terima agak lewat kerana perjalanan urusan pos tergendala berikutan cuti perayaan Tahun Baru Cina. Buku ini mengandungi maklumat berkenaan tanaman hiasan juga herba, ia amat bermanfaat untuk dijadikan koleksi. Terima kasih sekali lagi dari saya dan selamat menulis buat cikgu......

Rabu, 9 Februari 2011

TEBU BETUNG


Makan tebu memang seronok. Bertemankan pisau atau parang, menebang,mengupas kemudian membelah..menjadikan belahan kecil supaya senang untuk dihisap manisan tebu. Bagi anak kecil si ibu terpaksa melayan kerenah anak,bagi anak zaman moden si ibu mengajar anak agar tidak menelan hampas tebu. Amat melucukan melihat anak saudara yang tinggal dikota terkial kial bagaimana untuk menghabiskan sisa dari hampas tebu.

Berbeza dengan anak anak yang dibesarkan dalam suasana kampung.Mereka memang lasak,boleh melakukan perkara yang luar biasa.Zaman kecil penulis habiskan masa selepas sekolah dengan meredah belukar,melastik burung ,meraduk paya dan bila dahaga pantang terlihat kebun tebu....biasanya kami meminta sebatang dua dan pemilik terus mematahkan memberi secara percuma.Penulis bersama kawan makan seperti tarzan......dan bila sendawa...menandakan kami telah kenyang.

Tebu betung berbatang besar hampir sebesar buluh.Nama saintifik Saccharum Oppicinarum mempunyai ruas yang agak panjang.Pekebun sememangnya tidak menggemari menanam tebu betung kerana , bentuknya yang besar serta keras menyukarkan untuk mengedalikan mesin ia itu proses pemerahan.

Mengingati saat manis penulis dizaman kanak kanak seterusnya menginjak zaman remaja,penulis ingin abadikan serangkap pantun berkaitan tebu....

Sakit gigiku memakan tebu
tebu ditanam dihujung desa
Termenung aku dimuka pintu
kekasih pergi tanpa berita

Tebu juga mengingatkan penulis satu peribahasa tentang sikaya dan simiskin.....

TEBU SETUNTUNG MASUK GERAHAM GAJAH......Bermaksud pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak terasa olehnya.

Ahad, 6 Februari 2011

SERAI WANGI



Serai wangi seperti serai makan mempunyai rimbunan daun yang padat. Sewaktu membersih kebun saya sering terpotong rimbunan daun yang lebat lalu keluarlah aroma,wangi sehingga menusuk hidung.

Nama saintifik cymbopogon nardus serai wangi diguna secara tradisional untuk menghasilkan minyak urut.Telah didagangkan secara meluas untuk membuat sabun mandi, ubat gigi serta cairan untuk membersih mulut.

Jika rumah kediaman terdapat tikus atau lipas,selitkan daun serai wangi dicelah almari pakaian, rak buku atau dimana sahaja tempat serangga bersembunyi.

Ada juga cerita mengatakan pokok serai wangi yang telah mengeluarkan bunga,jika ditarik rumpunnya...ada terdapat batu permata. Setakat ini pokok serai wangi yang penulis tanam belum lagi berbunga. Hal ni kena rujuk orang tua tua,mungkin mereka lebih arif.Mungkin ia hanya cerita.......bertali arus..sampai..menyampai......

Ada kawasan lapang tanamlah serai wangi, Sesekali melewati pokok merimbun ini tariklah daunnya.....untuk merasai aroma yang segar........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...