IKUT MENGIKUTI

Selasa, 31 Januari 2012

PISANG SUSU

Pelbagai variati pisang di Malaysia. Penulis berusaha mengumpulnya sebagai koleksi. Pisang susu walaupun pertama kali menanamnya tetapi telah menampakkan hasil yang baik. Memperolihi dua pokok anak benih dari seorang kawan dan ditanam berdekatan diantara satu sama lain, syukur kedua-duanya berbuah serentak.

Pisang susu memang enak, manis serta lemak. Memang sesuai dengan namanya susu, isi bewarna putih manakala kulitnya pula mudah dikupas. Penulis menggaul pisang susu dengan sedikit tepung gandum serta air yang secukupnya untuk membuat sesuatu yang lebih istimewa.
Apa..?... ha..ha....cekodok pisang.

Itulah rezeki.....kita elak dari membeli dengan menanam apa saja yang boleh dijadikan makanan.
Ubi ubian serta pisang makanan dulu2........tapi ia tetap menjadi pilihan.....

Sabtu, 28 Januari 2012

KELADI PINANG

Hari ni masak sayur keladi.......masak bening,......laju hirup kuah.......

Rabu, 25 Januari 2012

BUNGA SERAI WANGI

Inilah bunga serai wangi,tangkai bunga seperti ranting buluh dan bunganya pula mengeluarkan aroma seperti serai wangi itu sendiri......
Serai wangi mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan bunga......tiga hingga empat tahun.......

Isnin, 23 Januari 2012

TERKEJUT BIAWAK

Agak-agak berapa kaki biawak ni panjat???....................... Lihat petak merah pada batang pokok kelapa ni.........


Blogger zul permatang badak said...

MASA KECIL2 DULU, KALAU JUMPA BEWOK......
MEMANG TAKUT.....
padahal bewok tak kacau orang.........

January 3, 2012 10:59 PM

Delete


Blogger Adry@Daun said...

@zul permatang badak
Masa kecil dulu kita takut pd bewok sbb bila ia nampak kita, ia tidak terus lari spt haiwan2 lain. Bewok ni kalu kita tgk dia, selamba je dia jelir2 lidah. Tu yg kita takut..hehe.. Lagi satu, org2 tuo oyak, bewok ni suko rukah palo ore kalu dia terkejut. Dia igt kita ni pokok nyor..haha..

January 4, 2012 4:34 PM


Nasib baik saya berdiri jauh dari biawak ni................... Kalau tidak tentu dia panjat saya................


Padam
Blogger Adry@Daun berkata...

Buah manggis kelainan genetik ni. Terkacuk dengan asam gelugur..haha..

Besarnyo pok jewok(bewok) kat header tu. Penah tgk bewok lari rukah pkk nyo sbb terkejut tp bila smpai di pertengahan, burung leba pakat gi pakoh sbb igt bewok nk gi curi anak dale sarang atas pkk tu. Burung leba tu pakoh smp bewok tu melayang jatuh ke tanah(lbh krg 20 kaki). Bedebukk!! Mesti senok perut bewok tu...hahaha...

21 Januari 2012 9:42 PTG

Padam
Blogger zul permatang badak berkata...

Adry...
saya cuba shoot beberapakali untuk mendapatkan sudut yang baik ,semakin saya menghampiri biawak terus naik lebih tinggi.....
ini pun secara kebetulan, biawak terkejut pada tuan kebun...
lokasi ni felda bukit goh kuantan....

mggunakan nikon coolpix L l9...8 megapixel.....Kalau kamera Adry tentu lebih jelas...

ya memang tinggi biawak ni panjat...

22 Januari 2012 2:56 PG

Padam

Jumaat, 20 Januari 2012

MANGGIS

Pelik betul buah manggis ni.....ada sesiapa yang pernah jumpa buah mangis bersegi macam ni...
penulis pun pertama kali melihatnya.......itupun sebiji je....

Isnin, 9 Januari 2012

AYAM KAMPUNG

Ayam kampung memang cergas serta setia pada kediaman sendiri. Bosan dengan sikap ayam kampung asyik menunggu dimuka pintu kita kadang-kadang bersikap berang,menghalau membaling ,biasanya batang penyapu menjadi mangsanya.
Setelah di berikan sisa -sisa makanan biasa nasi tumpah atau lebihan makanan,hampas kelapa atau apa saja bijian setelah kekenyangan ayam kampung akan berlalu pergi. Bagi ibu ayam yang pandai menjaga anak atau dalam loghat daerah menyebut 'pelekat anok' akan mengawasi anak dari pelbagai musuh . Musuh diwaktu siang,ular berbisa,kucing, malah ada kucing yang gemar memakan anak2 ayam. Situasi seperti ini sukar diatasi melainkan kucing tersebut perlu ditangkap dan dibuang jauh dari kawasan kediaman.

Ayam kampung seeloknya dipelihara secara semulajadi dan dibiarkan bebas mencari makanan sendiri. Ayam kampung gemar pada persekitaran yang lembab,mengais daun-daun kering kerana dibawah daun-daun tersebut terdapat cacing serta telor serangga.
Ibu ayam kampung akan mengawasi anak-anak dari segala kemungkinan. Musuh ada dimana-mana....walaupun manusia yang sering memberi makan tapi sukar mempercayai apa yang terbuku dihati tuan sendiri. Cuba kita tangkap anak ayam ni seekor.................bersedialah untuk menerima hambatan.........................
pernah ke, kena patuk ibu ayam?.....................................

Sabtu, 7 Januari 2012

BIAR GAMBAR BERCERITA

siapa yang makan dulu.....tak sabar ya.....
kita nak makan dengan pulut.....
pulut tanak.......En Adry cakap kalau kukus lagi best......sebab tak melekit.........ya betul.....
santan mentah......masukkan gula dalam 2 sudu..ikut selera laa....kalau tak suka manis 1 sudu....garam secukup rasa........
2 ulas...memang tak cukup......masukkan santan,....gaul dengan tangan.... .makan pun guna tangan....lebih syahdu....sebab kalau guna sudu seperti ada jarak yang memisahkan rasa enaknya........
Kalau tak nak makan dengan santan mentah..........gaul je dengan sambal.....pasti sedap makan nasi..........

Selasa, 3 Januari 2012

SEPI KUKURAN

Kukur kelapa hampir dilupakan walaupun ada sedikit perubahan dari segi keselamatan ia itu mata kukur boleh di lipat kedalam badan. Penutup ensel dicipta untuk menyembunyikan mata kukur.....mana tahu kut2 tersadung kaki.
Pelbagai bentuk serta saiz dicipta.......ada yang serba ringkas yang penting mata kukur perlu tajam......
Ini dihasilkan dari sebatang pokok. Pokok kayu ditarah dan dibentuk sedemikian rupa.......
Siap ada ekor tu......kreatif.................
Tapi bila wujudnya kukur eletrik...........kukuran kayu terbiar sepi...........tapi bila ada yang baru.........yang lama dilupa.....JANGAN...................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...