IKUT MENGIKUTI

Khamis, 30 Jun 2011

NENAS

Nampaknya sekarang musim nenas. Sana sini ada orang jual. Tapi nenas ni...kan paling malas nak dikupas kulitnya.......
Nak dibuang hidungnya yang berbulu tu...........
tapi bila ada orang kupas kitalah yang dulu hulur tangan.......kitalah yang cari kicap atau pun garam......
Jom makan nenas........

Selasa, 28 Jun 2011

TEMPURUNG KELAPA

Sebut saja tentang kelapa dari pucuk hingga keumbi semua berguna. Kreativiti masyarakat kampung menafaat sepenuhnya apa saja berkaitan dengan kelapa menandakan mereka sememangnya bergantung pada tumbuhan alam untuk menghasilkan barangan ataupun acuan
memudahkan kerja-kerja berkaitan masakan.

Ha....cuba teka....alat ini digunakan untuk membuat apa......................

Ahad, 26 Jun 2011

KACANG PARANG

Masa mula-mula menyemai benih tak tahu pula pokok ni menjalar sedemikian rupa. Berkait antara satu sama lain , menyulam teduhan menjadikan kenopi memanjang. Penulis menyusup masuk sesekali berhenti kagum dengan kerakusan sulur menjamah setiap ranting kering yang disusun sebagai tulang untuk menguatkan para.
Agak lama juga kami menanti....gerangan apakah yang bakal menjelma, muncul juga bunga ..wah.....bergayutan memenuhi setiap penjuru......ya...inilah bunga kacang parang.
Siapa yang nak makan.ni....oi.....sana-sini .......buah, ya rajin berbuah.....
Sesuai untuk dipetik.....sudah masuk isi........
Ya........jom rebus kacang parang........masukkan garam secukup rasa...........bila keadaan kacang telah lembut.......sejukkan seketika.........jangan makan kulit ya......makan biji....

Jumaat, 24 Jun 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

Labu air...........
Kundur......nyatakan perbedaannya...........

Rabu, 22 Jun 2011

DAUN PISANG

Walaupun kertas pembungkus makanan berlambak dipasaran namun permintaan terhadap daun pisang tetap berterusan malah harga daun pisang berada diparas yang boleh dibanggakan.
Aroma daun pisang boleh mengekalkan keharuman makanan yang dimasak atau dibakar seperti lepat ubi, lepat pisang,pulut panggang, pengalas pau kukus, pembungkus nasi dagang /nasi lemak dan pelbagai makanan lain. Kesian melihat pokok pisang ini ditogelkan daunnya.......selang beberapa minggu sudah kami telah mengerjakannya. Sememang pisang benggala kami tanam hanya untuk daun manakala buahnya kami biarkan ia masak dan terbiar begitu sahaja. Ada juga kesan dipatuk oleh burung merbah.....biarkan dia juga perlukan makanan.

Pisang benggala atau dalam loghat kelate pisang gallo sedap dibuat acar masak ketika putik. Tak ramai yang tahu cara memasak.... jadi , bila dipelawa pada jiran jiran, mereka menggeleng-gelengkan kepala.....tak nak/toksir........ambo tak reti nok buat.......kata mereka........

Jika ada masa lapang penulis, membuat penanaman ditapak baru, memindahkan benih dari perdu asal supaya tahap kesuburan pisang benggala dapat dikekalkan. Seronok juga buat jualan.......mmmm....tak silap , lima pelepah dua ringgit.

Isnin, 20 Jun 2011

DAUN POKOK CILI MENJADI KERINTING

Semangat untuk menaman cili mungkin menjadi pudar jika serangan hama merah atau hamama berterusan.Ramai diantara menjadi gusar serta putus asa melihat pokok cili begitu subur tapi tiba-tiba daun menjadi kerinting dan bergulung.Hama merah atau nama saintifik Tetranychus Urticare Famili Tetranychidae, hamama perosak boleh menyebabkan daun menjadi kerinting, menggelembung serta keras.Hama sememangnya gemar bersarang dan tinggal dibawah daun.
Penulis memetik dua tangkai daun yang telah diserang hamama untuk menunjukkan pada pembekal ubatan pertanian berhampiran memaklumkan serangan hanya berlaku pada daun dan bukan pada akar. Rumit menanam cili kerana adakalanya serangan boleh berlaku pada bahagian akar menyebabkan pokok cili menjadi layu dan gagal untuk menerbitkan tunas baru.
Setelah berbincang, meneliti tahap serangan penulis disyorkan menggunakan racun serangga berjenama Mitac Ec , keluaran jenama terkenal BAYER. Terkedu juga penulis melihat melihat harga yang tertera.....ialah harga hanya untuk 1 liter, tapi kerana minat serta ingin melihat hasil usaha....menjadi, penulis memberanikan diri mencuba. Bagi penulis memang bercucuk tanam ni
memerlukan perbalanjaan yang besar jika kita ingin melihat natijah kejayaannya. Bertanam untuk suka-suka tapi kalau ia gagal, mungkin kita kecewa. Apa salahnya kita berhabis , untuk
mencuba sesuatu yang baru.......
Sukatan, satu tudung Mitac....untuk 3liter air atau lebihkan air hingga 4 liter, untuk semburan pada daun serta batang pokok.......
Boleh juga untuk terung serta tanaman lain......yang membabitkan kutu.....selang 3 atau 4 hari, semburan..........barulah dipugut hasil .........jika hujan turun.......lebih baik kerana basuhan air hujan secara otomatik membilas sisa racun..........
Cili ini bernasib baik kerana ia tidak diserang kutu hamama..........dan ia tidak disembur racun serangga. Untuk persediaan serangan serangga..........penulis syorkan Mitac..........

Ahad, 19 Jun 2011

ALATAN PERTANIAN

Memang lama penulis tidak melihat alatan menuai padi ini.
Jika disuruh untuk menunjukkan cara menuai dengan menggunakan alat yang dipanggil dalam loghat kelantan TAT'MEE......ni penulis mungkin terkial-kial serta kekok untuk memegangnya.

Tat'mee..........ringkasan untuk sebutan KETAMI......alatan mengetam padi/memotong tangkai padi......atau sebutan yang sesuai menuai padi cara tradisional mengingatkan penulis pada arwah ibu dan bapa yang begitu gigih mengusahakan sawah.

Sewaktu kecil penulis berkejaran bersama adik beradik yang lain menyusuri batas sawah,bila kepenatan kami merehatkan diri dibangsal dan cuba untuk bermain-main dengan tat'mee namun arwah bapa melarang dikhuatiri boleh mencederakan jari kami.

Tat'mee pisau untuk memotong tangkai padi....tinggal kenangan dan penulis sehingga kini pun tidak tahu cara menggunakannya............perlukah penulis belajar?

Jumaat, 17 Jun 2011

KEREPEK PISANG

Antara pisang yang sesuai untuk membuat kerepek..........pisang nangka...pastikan buah betul-betul tua agar senang untuk mengupas........untuk mengelakkan tangan terkena getah pisang disarankan memakai sarung tangan.......
Pisang tanduk........hirisan dilakukan secara melintang atau disagat condong..........
Pisang empat puluh hari......tapi penat sikit untuk mengupas sebab bentuk fizikalnya yang kecil.....tapi dari membazir,elok disagat.........
Pisang-pisang yang telah dikupas kulit bersedia untuk disagat....
Terus kedalam minyak yang panas......berserta sukatan air garam......
Tahap kegaringan perlu diawasi agar .......warna kekuningan sama rata.......
Kedalam kotak simpanan.....menunggu kadar kepanasan menurun......
Dibungkus dalam beg pelastik.......dan dikemaskan menggunakan pengemas eletrik...................
boleh lah nak pergi berniaga........kalau rajin tapi kalau malas makan sendiri je.......he...he.....

Isnin, 13 Jun 2011

MUDAH MENANAM KANGKUNG

Sesuai dengan arus pemodenan....penggunaan cangkul tidak lagi praktikal....walaupun penanaman secara kecil-kecilan......penggunaan jentera pembajak lebih mudah dan menjimatkan tenaga serta masa........penggunaan jentera juga boleh menaikkan semangat kita sentiasa rajin walaupun bertanam untuk suka-suka.....makan sendiri..........kita tanam kangkung harini......o.k...........
Mini pembajak berkuasa kuda 6.5 h/p digerakkan oleh petrol,mudah dikendalikan, mempunyai gear depan dan belakang sesuai untuk menghancurkan ketulan tanah. Jentera ini juga penulis gunakan untuk menggaul baja khususnya baja najis haiwan. Anak-anak .......biasalah kalau hari tak sekolah penulis akan kejutkan awal pagi untuk membantu kerja-kerja penanaman ini...
tapi, penulis sentiasa memantau pergerakan mereka,mengendalikan jentera memerlukan tumpuan.....risau juga takut mereka bergurau sesama mereka. Mata rotor memang tajam serta ligat berputar pastikan kaki dijarakkan ............adik2 yang lain jangan cuba-cuba berdiri dihadapan.........
Jentera ini boleh juga melakukan aksi rempit....JOM... kita merempit sambil tanam kangkung...ada juga faedahnya.......
Setelah kerja menggemburkan tanah selesai mata rotor haruslah ditanggalkan.....dan diganti pula dengan tayar getah.....untuk keselesaan membawa pulang ke setor......lagipun mata rotor boleh menganggu tanaman lain disekitar kebun......
Mata rotor perlu disimpan dengan segera.....dikuatiri di kebas ........oleh mereka yang tidak bertanggungjawab...........untuk besi terpakai rm1.50 1kg.........ada nilai jika ditimbang sukat......
jadi kalau sayang besi mata rotor tu........simpan elok elok......he..he...he..
Kangkung hidup subur.....lepaslah dari membeli..........
p/s....hari ni goreng kangkung......esok sayur kangkung....lusa..??..........celor kangkung.....

Sabtu, 11 Jun 2011

PISANG JARI/JARI MONYET

Mengumpul koleksi pisang tempatan memang menyeronokkan. Telah banyak dibicarakan tentang khasiat pisang,jadi tak perlulah penulis huraikan lebih lanjut, cukup hanya membicarakan jenis2 pisang yang sukar ditemui , seperti pisang jari atau disetengah tempat menggelarnya pisang jari monyet............
Berbeza dengan pisang jari buaya,buah pisang jari monyet berbentuk sekata setiap buahnya kelihatan sama dari segi saiz, pada awal hingga hujung pisang.
Pisang jari buaya pula pada hujung buah pisang sedikit mengecil atau menirus. Berbau wangi serta manis,memang digemari dan sesiapa saja yang mencuba pasti bertanyakan benihnya. Penulis juga sedang berusaha untuk mendapatkan anak benih . Terimakasih penulis pada seorang sahabat yang sudi memberi pisang jari monyet ni..........jadi kalau monyet yang bersungguh merebut pisang ni ditangan kita.......jangan marah,............sebab pisang ni sebenarnya meminjam nama dari jari monyet...............he...he...he...

Ahad, 5 Jun 2011

TERUNG PIPIT

Terung pipit atau terung manggul tumbuh meliar dikawasan kebun. Terung sebesar biji guli ini adalah sejenis ulam yang terdapat dihutan Asean menggunakan nama saintifik Solanum tarvum.

Duri pada batang pokok terung pipit boleh menganggu petani untuk mengurus kebun. Walaupun terung pipit berguna sebagai sayuran menopoli juak.juaknya kadang-kadang membosankan. Penulis menebas dan melupuskannya dengan sedih hati. Sedih kerana dipasaran nilainya........bernilai pada mereka yang membeli dipasar tani. Dipasar tani sipenjual mempamirkannya dengan membuat longgokan kecil. Bertanya penulis....berapa....cik kak satu longgok ni.....
mmm......dua ringgit je....walaupun dua ringgit nilai dipasaran ..ia bernilai .........mereka yang tidak punya terpaksa membeli....

Terung pipit enak digoreng pedas bersama ikan bilis.......atau bagi mereka yang inginkan menu segera eloklah jika dicelor sahaja.......cicah sambal belacan. Bagi penulis disebelah pantai timur ni...memang sinonim cicah dengan budu. Jadi budu juga pilihan yang tepat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...