IKUT MENGIKUTI

Selasa, 28 Februari 2012

SAYUR DAN NASI AYAM

Nasi ayam. Anak2 memang gemar.........salad, timun,tomato adalah sayuran pelengkap . Mengapa tidak ditambah sayuran lain ? Mungkin janggal dan tidak dibuat orang......
Ringkas......mudah ,tapi jika sering dijadikan menu untuk hidangan harian mungkin tidak sesuai untuk kesihatan. Elok jika diselang seli dengan makanan tanpa kolestrol. Tapi wajah anak2 akan mencuka bila disajikan makanan bersinggang atau berebus.
Begitulah bila melawat anak2 yang tinggal diasrama..............ada je pesanan...................mahu tidak mahu kita yang mengalah, nasi ayam juga yang diminta..................he..he..............dan kita pun tumpang sama.........

Jumaat, 24 Februari 2012

IKUT

Bila penulis pergi ke kebun ada yang sering mengikut, kucing juga gemar pada persekitaran yang redup dan tidak menyesakkan......................bila diajak pulang banyak pula alasannya............
Lihat pada mata penulis cukup maklum ada sesuatu yang ditenung, asyik dan bersungguh.....haiwan pemburu ini bersemangat tinggi untuk menangkap burung merbah, walau pun burung merbah nun sayup didahan pokok.
Bila keletihan dimana saja boleh merehatkan diri....dilaluan kita pun boleh.......cuma kita kadang2 kesihan kut2 terpijak......
Tapi, hari tu nasib baik penulis sempat melihat.........
Memang tidak disangka, mesin cuci pakaian ini dijadikan tempat berehat..............
....jika dibubuh pakaian dan di ONkan suis................apa akan jadi nasib sikucing ni........he...he...

Jumaat, 17 Februari 2012

ULAT DAUN

Warna ulat seperti warna daun........penyamaran membolehkan ulat ini selamat dari musuh....
Tentu burung pemakan serangga akan keliru bila ulat ini berlindung dibawah daun.....
Apa yang pasti penulis amat terkejut bila hampir2 terpegang ulat daun ini.....memang geli.......anda bagaimana...?..

Jumaat, 10 Februari 2012

POKOK SIREH

Adat memakan sireh tentu agak asing bagi generasi kini. Malah hobi yang sekian lama diamalkam oleh orang tua kita dahulu terus dilupakan. Jika dicuba tentu agak janggal serta kekok untuk menyapu kapur,gambir serta hirisan buah pinang. Penulis pernah mencuba tapi teragak -agak tentang sukatan bahan-bahan tersebut.

Tapi jangan dicuba nanti jadi ketagih sukar pula untuk menyingkir hobi tersebut. Pokok sireh gemar memanjat. Akibat leka dan suka bertangguh penulis gagal menyediakan junjung atau para untuk sireh ini meluaskan takluknya. Lihat pokok durian dijadikan sasaran untuk sulurnya berpaut.
Bukan itu saja malah basikal serta dinding rumah turut dijadikan laluannya. Penulis bercadang untuk menurap batu bata tersebut tapi sayang pula bila memikirkan ia telah dijadikan ruang serta tempat pokok2 sireh ini meluaskan kelangsungan hidup.
Subur....kalau ianya boleh disayur atau dibuat sup tentu penulis sudah memetiknya........tapi sireh.......jangan dibuang.....ia berguna. Kita tidak menduga , ada ketika kita betul-betul memerlukankannya....... Ia ubat..........

Selasa, 7 Februari 2012

CEMPEDAK

Begitu berbeza cempedak dengan nangka rasa serta rupa. Paling istimewa cempedak goreng tentu mengalahkan pisang goreng serta kudapan lain. Asyik menikmati cempadak isinya yang manis bersari lembut serta lemak kita kadang2 lupa kita juga berkongsi dan makan bersama kawan.Begitulah cempedak kita dapat menghidu kehadirannya.........baunya tidak boleh disorok.....
Masih awal,lambat lagi untuk berbuah......cempedak isi durian. Dijaga dengan rapi.....isi je macam durian baunya tidak..............

POKOK MISAI KUCING

Pokok misai kucing tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana umum telah mengetahui tentang khasiat serta kebaikan meminumnya. Tanaman herba yang telah melalui proses pengeringan dan dibungkus dengan kualiti yang tinggi mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Teh misai kucing tidak asing bagi kita di Malaysia.
Kucing penulis.....misainya tidak panjang.....mukanya pun tidak dibersihkan....tapi kalau misainya panjang seperti pokok misai kucing tentu lebih menarik...........Kucing jantan, siang asyik tidur...usia setahun sebulan.....berat 3.4 kg......
Anak2 kucing penulis sering menyembunyikan diri.........baru sebulan usianya misainya dah panjang................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...