IKUT MENGIKUTI

Ahad, 20 Mac 2011

FOLLOWERS KE-100 BLOG KENALI POKOK SAYANGI POKOK




Janji nak review followers ke-100 blog kenali pokok sayangi pokok, disini saya reviewkan. Bloggers Miss M atau Norhamira Bt Omar.



  • zul permatang badak untuk follow ke 100 tonggalkan jejak pd shoumix
    2011-03-19 2:43 AM
    #
  • zul permatang badakCEPAT..follow dapatkan tempat ke 100....istimewa... diriview....uhuks...
    2011-03-19 2:32 AM
    #

Sebab dah janjikan kalau tak diriview nanti dikatakan saya tidak menunaikan janji..... jadi saya berpegang pada janji. Untuk Bloggers Miss M atau Norhamira Bt Omar maaf sebab terlewat....... jom kita ke rumah beliau blog ngokngeksayang, ada sesuatu yang istimewa di sana. diharap beliau meneruskan dunia blogging, sama-samalah kita memeriahkan penulisan di medan maya ini.

Jumaat, 18 Mac 2011

MENGKUANG

Mengkuang sememangnya dikaitkan dengan kraftangan. Tikar mengkuang menjadi keperluan masyarakat melayu suatu ketika dahulu. Berubahnya masa ,pokok mengkuang tidak lagi dihiraukan malah dimusnahkan begitu saja.

Sayang kepandaian menganyam tikar mengkuang oleh golongan tua tidak diwarisi pada anak anak muda,berkemungkinan juga anak-anak muda tidak berminat berkurung untuk menyiapkannya. Proses menyiapkan tikar mengkuang ataupun tudung saji mengambil masa yang agak lama bermula dari menetak pokok mengkuang sehinggalah menyalai,membuat carikkan,meremdam,menjemur,mewarna,melarik supaya lembut sehingga proses akhir mengayam. Hal yang demikian memerlukan kesabaran yang tinggi,ketekunan yang jitu.

Cari anak2 gadis yang berminat untuk mengayam tikar mengkuang dizaman ini....mmm..tak jumpa kan........lebih baik layan facebook.......atau ronda ronda dengan skuter.....atau gedik-gedik kekadai prepaid ,kata mereka enak lagi berSMS........Jadi mana generasi pelapis untuk menyambung kerja-kerja seni ini.

bersambung.....

Selasa, 15 Mac 2011

LADA HITAM


Lada hitam atau Piper Nigrum dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat daya India ditanam di Serawak sejak tahun 1856 diusahakan secara meluas sekitar 1900an. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia selepas Vietnam,India,Indonesia dan Brazil.

Mudah menanam lada hitam dibiarkan melata didalam tayar terpakai. Sepatutnya dibina tiang sokongan dapat juga bergantung harap.Lazimnya lada hitam ditanam melalui keratan batang,pembiakkan menggunakan biji jarang dilakukan.Pada setiap buku batang mata tunas menjadi dahan sisi dan akan mengeluarkan sulur buah.


Untuk menyegarkan atau memanaskan badan ibu-ibu selepas bersalin,lada hitam muda bewarna hijau..ditumbuk dengan ikan bilis dan dimakan bersama nasi. Mmmm....senangkan kalau ada kat rumah sendiri tak payah nak beli beli. Lada hitam memang penting terutama untuk masakan berkuah terutama laksa berkuah putih.....laksa
Kelantan lah.....

Lada hitam.....bewarna hijau tapi kenapa disebut lada hitam .??? Tapi ada juga yang menyebut lada BENAR.......Lada yang mana tak benar..??? itu kena tanya orang kelantan........he..he..

Nak buat lada hitam....rendam lada hitam ..buah yang dah matang dalam air mendidih...toskan...jemur sehingga kering............bila dah hitam tu.....haa...itulah lada hitam.

Sabtu, 12 Mac 2011

JAMBU BATU

Nakal.....ya memang nakal,penulis menyelinap sekitar rumah tinggal. Rumah tanpa penghuni bertahun lamanya memang menyeramkan. Seram dengan cerita hantu,polong toyol serta hantu bungkus. Jiwa budak sekolah rendah terlalu percaya dengan benda benda ghaib bila diusik oleh orang dewasa takutnya usah cerita.

Pulang dari sekolah jika tidak dijemput penulis berjalan kaki beriringan bersama rakan sedarjah. Melewati rumah tinggal memang menyeramkan tapi bila terpandang buah jambu batu cerita tentang polong hilang sekelip mata.

Berebut untuk mendapatkan buah yang besar serta masak agak melucukan......ada antara kami terhumban ketanah dan ada juga terpelanting bersama dahan . Dahan pokok jambu spesis butir banyak tidak mudah patah cuma terlentok ketanah,untuk memanjat kembali amatlah mudah.

Pisidium guajava adalah nama saintifik untuk jambu batu........bersambung.....pergi kenduri........jap...........serba salah x gi......jiran.....orang kelantan sebut pergi rumoh oghe 'bekhwoh'........he...he....

Selasa, 8 Mac 2011

DURIAN BELANDA / SOURSOP


Masa budak budak buah ni penulis main baling-baling je. Jika dipelawa pada kawan-kawan
mereka akan ketawa......Hoi nak muntah aku.....jangan tunjuk laa...busuk aku....

Masa telah berubah......yang busuk itu ubat yang tidak selera ditelan itu penawar.....Itulah durian belanda atau nama saintifik Annona Muricate. Hasil kajian mendapati durian belanda berupaya membunuh sel kanser. Bahan yang terdapat dalam buah durian belanda boleh digunakan sebagai antibakteria,antikancer dan juga penyakit berkenaan saraf.

Pokok durian belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan.Telah ditanam Asia Tenggara termasuk Malaysia. Dinegara jiran kita Indonesia dikenali sebagai buah sirsak.Mungkin juga ,mengambil sempena bahasa atau sebutan orang belanda buah zuurzak. Sahabat maya saya Kak Rosaliza memanggilnya durian selat.Saya sendiri memanggil buah durian sayur,tapi tak pernah pula dibuat sayur. Cuma seketika dulu pernah memakan buah yang belum masak...atau dipanggil buah 'putik'.

Lambat menunggu buah durian belanda masak sepenuhnya saya meninjau-ninjau disekitar pasaraya. Dibotolkan menggunakan jenama Nutrifres Soursop Concentrate memang enak dibuat jus...saya promote o.k... Anak2 Mmmm mm tak duduk diam buat ais blend. Kesian blender .......menjerit mengisar aiskiub.....

Jika anda baru melahirkan anak,digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan.Durian belanda lebih enak disejukkan buahnya didalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.

Baru sekarang saya menyedari enaknya jus durian belanda....rugi tidak ditanam secara ladang..ya...permintaan begitu tinggi. Tanamlah durian belanda,pokoknya cerdas membesar,rendang dan rajin berbuah.

Jumaat, 4 Mac 2011

PAKU MIDIN


Ketika mencari bahan untuk artikal Kenali Pokok Sayangi Pokok terserempak dengan seorang pakcik yang begitu tekun memetik pokok paku midin.Bercerita panjang tentang pokok paku midin pakcik mengatakan beliau memang menggemarinya.

Ianya boleh didapati dengan percuma kalau kita rajin meredah belukar atau semak samun.Nama saintifik Stenochlaena Palustis hidup subur dikawasan hutan terbuka,kebun getah ataupun semak dimana keadaan sekitarnya sedikit berpaya.Dimusim kemarau hutan kecil ini pernah terbakar namun ia tidak menjejaskan kesuburan paku midin malah akarnya yang tidak dimakan api memberi ruang untuknya melakar kehidupan baru. Paku midin gemar memanjat sehingga pokok pokok kecil disekitar akur dengan kerakusannya.

Saya berjiran dengan orang kelantan,mereka menggelar....pucuk ningding. Amat sesuai dijadikan bahan untuk bubur lambuk.Enak juga masak sayur lemak putih beserta ubi stelo..mmm...ubi keledek.Tapi paling saya tidak lupa.....dalam bercadang untuk menggoreng bihun tiba2 sayur tak ada dalam simpanan kebetulan wang masa tu juga kehabisan.......
ya ...ini dia pucuk ningding.......dimasukkan bersama bihun kedalam kuali.......ya enak.....
Benar kata orang.........ini sayur orang miskin.

Walaupun digelar sayur orang miskin tapi saya tidak berasa malu memetiknya.. ...... ......pertama ianya percuma... kedua ia kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Dari segi perubatan pula ia menjadi penyembuh untuk cirit birit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...