IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 30 April 2011

TIMUN BETIK



Timun betik......aduh lama tak makan timun betik....sedap weh......Hari tu....ronda2 kat pasar tani jumpa buah ni. Terus beli......satu kg empat ringgit.....yg sebesar dalam foto ni harga dia dalam rm 6.50 sen sebiji. Balik rumah jangan makan lagi......tunggu buah dia merekah.......seingat penulis,.......penulis simpan dalam seminggu baru dia merekah.......lambatlah.....mungkin buahnya tak cukup tua.......tapi pecah juga......
Huh....penulis kerat dua.......lihat foto......memang ranum.......dah masak tu........biji dia simpan nanti boleh buat benih.....kita tanam weh........
Potong dadu.....tak dadu pun tak apa.....janji potong...........senang nak gaul dengan santan mentah........


Huh....best ni....santan tu isi garam sikit secukup rasa lah......gula pasir sikit........Macam kita makan pulut durian dengan santan mentah........kalau tak nak isi gula......kita bubuh gula kerek.....gula nissan tu......
Tak cukup boleh tambah........ni lah makanan orang kampung..........jom kita makan timun betik dengan santan kelapa mentah........hu.......hu......

Makanan tradisi tok nenek kita dulu............ Makan secara mentah berkhasiat.............

Rabu, 27 April 2011

PETOLA ULAR

Petola ular merupakan pokok sayuran jenis menjalar serta memanjat. Penulis telah sediakan para ia itu tiang sokongan untuk membolehkan petola ular bergerak sepantas mungkin namun kerakusan jari sulurnya menolak semua itu. Foto diatas menunjukkan petola ular telah membelit buah pisang geraksa. Alangkah sukar untuk penulis memetik petola ular. adakalanya penulis terpaksa gunakan galah atau bangku.
Meninjau serta mengamati suasana damai diwaktu pagi...memang menyeronokkan......penulis menyelinap dicelahan pepohon pisang.......sesekali terfikir........pepohon juga saling tolong menolong,bergantung harap untuk hidup.....

Selasa, 26 April 2011

KELAPA

Alahai kelapa...mahal sungguh....mahal amat....mahal sengoti.....jalan jalan kat pasar tani hari minggu yang lalu sampai dua ringgit lima puluh sen sebiji. Kalau buah yang kecil, satu ringgit lima puluh sen........kecil sungguh.............issssssk....issssssskk........jom orang muda kita pakat tanam kelapa.......Harga yang tinggi jangan salahkan sesiapa.......upah petik pun dah lima puluh sen sebiji......upah kupas lagi......upah isi dalam guni.......upah pikul.........
Tengok...........iissssk......issssk..dah berbuah........tak susah tanam kelapa.........tak berbaja pun.....pejam celik-pejam celik dah tinggi melambai. Ya ....nasib baik penulis mempunyai 10 batang pokok kelapa.........lepaslah dari membeli..........tapi nak memetiknya pun perlu diupah.......
kalau galah panjang sejengkal..........jangan........

Sabtu, 23 April 2011

ANGGUR HIJAU


Rezeki beliau barangkali....pertama kali menanam anggur hijau membuahkan hasil, penulis juga menanam sama tapi hanya pokok yang subur,buahnya tak muncul-muncul. Bertandang kerumah beliau ...seorang adik yang tinggal di Pekan memang menyeronokkan melihat anggur hijau bergantungan. Para khas dibina untuk memudahkan anggur hijau menjalar,menyelinap dicelah susunan kayu.

Ada beberapa panduan diberikan untuk mempercepatkan proses pendebungan seterusnya mengekalkan putik buah. Ketemu nanti penulis akan bertanyakan lebih lanjut cara untuk membuat proses tersebut. Setiap sesuatu menjadi sia-sia jika kita lakukan secara ikut-ikut....
orang tanam kita pun tanam........pada hal bukannya mudah jika kita lakukan tanpa ilmu.

jom klik pada gambar.......untuk melihat secara dekat buah anggur hijau.............















EPAL SIAM/EPAL HIJAU/BIDARA BESAR

Mengunjung kedai anak benih tiga tahun lalu penulis dipujuk agar menanam pokok epal Thailand. Boleh ke......? penulis teragak -agak akan kesesuaiannya. Untuk tidak menghampakan kawan yang sering menemani, penulis membeli satu pokok untuk mencuba.........walaupun takut takut untuk menghulurkan wang kertas dua pulut ringgit.


Dalam polibag pokok setinggi empat kaki......sudah berbunga dan ranting sebelah lagi telah terbit buah sebesar ibu jari kaki. Emmm...... aku makan epal.........hati disuntik gembira...........
Setelah meneliti tempat paling sesuai penulis mengasingkan polibag dan menanam.....disambut peluh membasahi dahi. Sebelum berpaling pergi penulis senyum sendiri......ya rumah aku ada epal.........
Mengejutkan setelah mengeluarkan buah kali kedua buah epal tidak besar.......seperti besarnya epal dikedai buah.........celah seorang kawan...ingat tak antara dua cabang semasa ditanam kamu tanpa sengaja memotong dahan tersebut??..........Ya ada...... dahan tersebut telah mati dan aku memotong untuk memberi keselesaan. Kamu memotong tunas epal...................

Ini pokok bidara.........bidara siam buahnya memang besar...............tapi rasanya seakan akan epal.........memang sedap , rapuh lemak sedikit manis.........

Kepada kawan2 yang mempunyai pengalaman tentang bidara/epal siam...........jom kongsi pengalaman...............Adry/Daun... kamu titipkan sedikit info................

Selasa, 19 April 2011

TEBU LIAT

Ada tiga jenis tebu menjadi pilihan saya sebagai koleksi......tebu betung,tebu hitam,tebu kuning atau tebu telor dan yang terakhir tebu liat.......

Tebu liat sukar untuk dihonges dengan gigi........mempunyai ruas yang panjang serta kulit liat dan keras. Air perahan dari tebu liat amat manis sesuai dijadikan manisan.

Terhibur melihat tebu liat seperti menjulang langit.. . . ... panjang ......serta merumpun seakan pokok buluh.

Sabtu, 16 April 2011

POKOK KERDAS


Sukar untuk melihat pokok kerdas apatah lagi jika kita tinggal dikampung berhampiran bandar. Kerdas atau nama saintifik Achidenrum bubalinum sama seperti petai atau jering ianya mengeluarkan bau yang agak kuat. Lumrah, pokok kerdas tumbuh meliar didalam hutan,penduduk kampung biasanya membuat pakatan untuk mencari dan meninjau pokok kerdas jika musim berbuah telah tiba.

Penulis bernasib baik kerana tidak perlu meredah hutan untuk melihat pokok kerdas kerana pokok kerdas ini tumbuh dan hidup subur dibelakang dapur rumah jiran. Sayang semasa ia mengeluarkan buah penulis tidak berkesempatan untuk merakam foto.

Kesempatan untuk memegang dan mencium daunnya sudah memadai penulis begitu gembira. Jiran berjanji untuk mengkhabarkan perkembangan selanjutnya andaikata ada bibit bibit bunga..................kelangsungan buah yang tentu saja menarik untuk difotokan.

Selasa, 12 April 2011

LIMAU NIPIS LEBAT BERBUAH

Limau nipis klon dari Thailand ini baru satu tahun lebih usianya tapi galak mengeluarkan buah.
Mungkin serasi dengan baja buah ....soluble 12+8+40 hanya sesudu besar teh....jarak taburan satu kaki dari pangkal pokok, baja berpasir seperti garam halus ...rm 33.oo 1kg. Emmm...mahal baja ni....tapi berbaloi ...buah tak henti2 meleret hingga mencecah tanah. Buah limau nipis ni berkulit keras serta tebal,hanya beberapa biji sudah cukup untuk jumlah satu kilogeram.

Tapi...tengok buahnya....terbiar begitu saja.......Saya masih mencari benih limau nipis asal yang ditanam oleh tok nenek kita dulu2 dimana buahnya lebih kecil.....kulitnya betul2 nipis..........
saja........sebagai koleksi......
benihnya ada cuma perlu meminta keizinan dari pemilik......kadang2 segan juga......untuk menganggu pokok kepunyaan orang........

Untuk kegunaan sendiri satu pohon pun...sudah lebih dari cukup.....mereka yang berjiran dengan penulis sering bersapa.......ya.....ambillah.......untuk diguna sehari dua.........tapi kalau berkilo-kilo .....jangan.....
sebab penulis tolak kedai mamak harga dipasaran........kui...kui...kui...emmmm.....
.

Jumaat, 8 April 2011

MANGGA CHOKANAN

Tengok pada bunga......oii lebat buahnya nanti ni........seingat penulis mempelam chokanan ni tak sampai setahun ditanam tapi dah berbunga........siapa tak rasa gembira kan......penat2 bimbit anak benih kat pasar tani berbaloi juga .Mangga chokanan berasal dari Thailand.....kita kat Malaysia mula menggemarinya. Rasanya yang manis, berbau harum boleh memikat siapa saja....Kalau penggemar asam tak payah cerita......tengok pun dah meleleh air liur......



Tapi mengapa sebiji je......baru belajar berbuah kot.......sabar ajelah ....bertani ni kena sabar.....kalau dah rezeki setakat tu aje...terima ajelah........
Kalau rezeki lebih.....tengok pokok ni terpaksa ditongkat......kena pula buat tiang penyokong....
Bercerita tentang mangga....paling enak jus laa......pekat bro...........bancuh dengan ais.......tambah2 minum selepas berkebun......jadi kalau kat rumah tak ada mangga chokanan.....dapatkan jus ni......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...