IKUT MENGIKUTI

Selasa, 29 Mei 2012

JALAN-JALAN ELOK BAWA BEKAL

 Bila keluar bersama keluarga elok bawa bekal setidak tidaknya dapat menjimatkan perbelanjaan. Masak  apa saja saya paling ringkas nasi goreng. Nasi goreng jika diregukan dengan ulam-ulaman tentu enak,lebih lebih lagi ulaman yang ditanam sendiri, segar serta ranggup, Pagi-pagi dah basah pakaian menyelinap meninjau kacang botol,tentu ada yang muda untuk dibekalkan bersama nasi goreng.
 Paling ringkas, bancuh teh o, tapi jangan lupa ais kiub...................anak-anak ada yang berlainan selera....maklum laa hari dah mula meninggi. Makan ditaman ni, dah dikira makan tengahari walau pun jam sepuluh pagi.......lepas ni gagah sikit nak jalan2...........
Bawa dengan periuk sekali,.......pingan, senduk ,gelas serta mangkuk............nasi goreng berlaukan ikan kukus goreng, .....................bawa bekal macam orang dulu2.........................

Jumaat, 25 Mei 2012

MEMPELAM S / KING

 Mempelam  S atau King , besar buah ni, penulis perlu membuat kayu sokongan untuk mengelak tangkainya terputus risau juga nanti dahannya yang kecil menjadi serkah.........
 Pokok baru belajar berbuah dahan hanya sebesar lengan.............
Terliur tengok penulis terus petik........risau ,banyak sangat musuh terutamanya musang,tupai yang paling khianat babi hutan,sebab pernah buah yang lepas ada kesan gigitan.Jom kita pergi pinjam alat timbang, nak tau berapa berat Berat juga buah ni.........1 kg 700 gram,bermakna jika 1kg  rm5.00 , harga sebiji buah ni dalam rm 8.50 sen.
 Alangkah beruntungnya jika 2 kg.................tapi buah ni limit besarnya telah tamat,warnanya pun dah kuning air.......................
 ukuran pemetik api................
 Hampir dengan tanah................kambing /lembu tentu gigit.................mujur kebun berpagar........
 Bawa makan tempat berkelah...............situkang kupas merungut, aduh.........lenguh tangan pegang buah ni...........laju makan cicah kuah rojak...............
 Ada lagi sebelah...............
Hari tu makan 6 orang, tak habis........................sebab dah pekena nasi goreng.....................ha...ha.....ha....

BASIKAL LAMA mengisi sudut yang lama-lama siri 4

 Ingat tak basikal lama. Unik basikal lama sumbu untuk mengisi angin menggunakan kelongsong getah yang dipanggil cacing. Tiub kecil sebesar lidi kelapa berukuran tiga inci beharga lima puluh sen tiap satunya, mungkin tidak dijual kerana rata2 basikal modern menggunakan sumbu atau kepala angin yang diubah dalam bentuk baru serta lebih praktikal.

 Kagum dengan basikal lama, ia dibina menggunakan besi berkualiti............................
 Sayang lampu belakang telah tercicir penutupnya, jika tidak nyalaannya begitu cantik..................
 Kuasa cahaya dijana menggunakan dinamo 12 watt.................
 Mentol spare telah diselit didalam kotak lampu,untuk memudahkan pengguna jika mentol sedia ada rosak atau gagal berfungsi................................
 Harga lampu ni, mahal beb........................kena order........................
 Yang lama2 jika disimpan seronok tengok..................petang 2 boleh kayuh makan angin............





 Dulu2 tempat duduk belakang ni, boleh muat dua guni padi..............wa hebat tu.............
 Tulisan masih lagi nampak ..............jenama realeigh................



Rabu, 23 Mei 2012

MENGISI MASA LAPANG

 Menulis diblog pada awal hanya mengisi masa lapang..........tapi jadi bersungguh sehingga terpaksa menjelajah mencari bahan2........anda bagaimana...?
 Begitu juga dengan karya kreatif.......hanya melepaskan lontaran rasa........tapi ada yang seiring memungut rentak ......................berkongsi tari dipentas yang sama,
 Hijau dedaun alam diindahkan dengan kepelbagaian warna dan kita pantas membezakannya...........ia seakan sama tapi tidak serupa................................
Itulah hobi, mengisi masa lapang...........................anda bagaimana, menulis diblog adakah untuk mengisi masa terluang juga ?...................salam bahagia.............................

Selasa, 22 Mei 2012

POKOK KELAPA

 Pokok kelapa berhampiran dengan kediaman boleh mengundang kecelakaan. Menakutkan tatkala hujan beserta tiupan angin kencang. Pelepah serta buah yg telah tua akan menerjah apa saja termasuk kenderaan malah anak-anak yang leka bermain pun tidak terkecuali.
 Mengambil keputusan agak berat umtuk melupuskan pokok kelapa berusia lebih tiga puluh tahun. memandangkan harga kelapa agak baik dipasaran malah tidak pernah mencukupi.................
 Rancangan untuk menebang dibulatkan hati memandangkan aspek keselamatan lebih diutamakan.. Suatu yang istimewa kami beraya air kelapa muda...........minum puasa2....... Kelihatan pembantu sedang mengupas pelepah muda untuk mengeluarkan umbut kelapa.  Umbut kelapa kita sedia maklum enak dibuat acar........................ Kebetulan hujung minggu ada kenduri kejiranan, harap2 cukup dengan dua batang umbut kelapa ni...........
Pembantu tekun menyudahkan kerja................membuat potongan kecil.........batang kelapa, kalau dulu2 berguna dijadikan titi...............................

Ahad, 20 Mei 2012

ORANG BIASA,....MAKAN PUN BIASA-BIASA

 Ikan singgang......ikan apa?.............Ikan selar kuning campur kacang bendi.
 Ikan goreng........pun ikan selar kuning,........kecil sangat.......hati2 makan........tulang.
 Ikan kerisi.........panggang tawar....................
 Ikan kerisi panggang.............sesuai cicah kicap bercili.............................
 Makan tengahari yang sederhana...............jom makan..............................
Minuman jus oren.................................kemarau macam ni,................cukup ke air ni.........begitulah , kehidupan kita orang biasa, makan pun biasa-biasa tapi tetap bersyukur padaNya..............dimurahkan rezeki........................................

Selasa, 15 Mei 2012

POKOK DURI TUJUH

Pokok duri tujuh biasa kita lilhat ditanam sebagai pokok hiasan. Umum juga mengetahui pucuk muda pokok duri tujuh dimakan sebagai ulam.Dalam perubatan tadisional dikaitkan dengan penyakit barah. Namun untuk pencegahan awal ulam-ulaman perlu diamalkan dalam pemakanan.
Bunga pokok duri tujuh memang cantik. Begitu juga dengan buahnya..........................

Isnin, 14 Mei 2012

INDAH DIKAMPUNG

Indah dikampung dikala petang ada tugas perlu dibereskan memastikan lembu peliharaan tidur dikandang. Soal lembu dibiarkan berkeliaran sehingga menganggu tanaman jiran biasa kita dengar. Perkara2 kecil begini akan menjadi besar jika kita mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan jiran tetangga.
Rasa tanggungjawab sememangnya kita  perlu menjaga haiwan ternakan . Menjadi routin setiap petang bagi sesiapa yang memiliki haiwan ternakan lembu ataupun kambing perlu komitmen untuk memastikan haiwan-haiwan tersebut dikurung ataupun dikandangkan.
Indah dikampung belia-belia kita tidak  membuang masa,ada perkara yang lebih berfaedah membantu keluarga dengan kerja ringan sebegini.
Indah dikampung hanya tinggal kenangan, himpitan pembangunan...ruang untuk ternakan bergerak bebas telah terhad.  Rumah kos rendah  dibangunkan dimerata tempat, paya serta denai ditambak . Tentu tiada lagi anak-anak gembala beriringan dengan haiwan peliharaan.
Indah dikampung...tiada lagi kepul asap unggun api.....................................................................................
[api perlu dinyalakan dalam kandang lembu untuk menghalau nyamuk]

Jumaat, 11 Mei 2012

YANG LAMA2 .....3

Radio lama........suka suka simpan......ha..ha..
.


YANG LAMA-LAMA .........2

Mesin taip manual,eh dah lupa macammana nak masukkan riben.........tapi seronok bermain-main,tup-tap...tup tap......yang hujung sekali ada bunyi loceng.....ting......
Itulah yang lama, tak puas tengok.........
yang begitu hairan anak2.................
mana game ?....................
DULU KALAU BUAT KERJA TAK ADA MAIN-MAIN.......

Isnin, 7 Mei 2012

YANG LAMA-LAMA

Kenali pokok menyimpang dari tajuk kerana ingin berkongsi barang lama yang sememangnya kita telah melupakan. Ketika meronda mencari bahan penulis terjumpa seterika besi yang mana penutup atas telah hilang. Sayang seterika ini tidak lengkap untuk dijadikan koleksi . Sukar untuk dibaikpulih kerana ia diperbuat dari besi bukan tembaga. Untuk kembali berkilat jauh panggang dari api kena ketika dijumpai ia tertanam didalam tanah.
Seterika telah bertukar fungsi kerana peredaran masa, percaya atau tidak seterika ini dijadikan pelapik atau  alas tiang rumah. Adalah menjadi kebiasaan rumah kampung bertiangkan kayu untuk mengelakkan tiang menjadi reput orang dulu-dulu mengalas dengan simen atau batuan . Ada ketikanya simen tersebut retak, mereka mengambil jalan mudah mengalas dengan sesuatu yang dikira agak keras.Sebagai ganti seterika ini menjadi mangsanya.
Sayangkan barang berusia puluhan tahun jika disimpan dan dijadikan koleksi,berguna untuk generasi akan datang setidak -tidaknya mereka dapat melihat atau memahami betapa sukar untuk meyediakan persalinan
yang menarik serta kemas.
Penulis berbincang dengan rakan, seorang tukang kimpal  berpengalaman untuk membaikpulih seterika ini, menyediakan penutup atas serta pemegang.
Bolih menambah koleksi barang-barang lama......................................


Ahad, 6 Mei 2012

PAUH RINGAN/MEMPALAM RINGAN

Begitulah musim sedar-sedar pauh ringan kembali berbuah.Jika ditunggu masak apalah sangat istimewanya. Hendak dikata enak tidak juga kerana alah oleh saingan pelbagai wariasi mempelam . Harumanis,king serta cokanan lebih dibanggakan.
Apapun dari gugur dan tidak dipedulikan elok dipetik ketika buah-buah ini dalam keadaan bijinya masih lembut, Ada setengah dari kita menyebut masih belum bertempurung kerana mudah untuk membelah atau memotong jika ingin menjadikanya jeruk.
itupun jika rajin...........................

Selasa, 1 Mei 2012

GANGGU

 Kalau tak ada yang ganggu tentu kerja dapat dibereskan.....................
 tapi anak kucing ni ...tengah membuas,...........gemar melompat......jadi menganggu idea yang tengah nak masuk......
 tengok......selambe je.....buat muka degil..................................
patut ke, penulis tarik telinga....................tak zalim ke ?......................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...