IKUT MENGIKUTI

Isnin, 21 Februari 2011

KELULUT

Bosan dengan buah kelulut. Buah kelulut yang telah kering sering melekat pada fabrik. Masa saya terbuang semata mata untuk mencabut buat kelulut pada kaki seluar atau pun kain pelikat.

Pokok kelulut atau nama saintifik Uruna Labota tumbuh dikawasan tanah terbiar.Ia tumbuh subur tanpa pembajaan menjadi cemuhan pada pekebun maupun petani.

Lembu dan kambing memandang dingin seolah olah tumpul selera untuk menjamah,memberikan kebebasan untuk kelulut beranak pinak seterusmya,menakluki menguasai tanah lapang. Alahai kelulut pedih jariku menarik akarmu.

Dari segi perubatan tradisional kelulut dipercayai dapat menyebuhkan sakit gigi. Daun kelulut dilumatkan untuk digunakan merawat luka2 kecil. Pada mata kasar pokok kelulut adalah pokok penyibuk tapi jauh tersembunyi nilai perubatan yang tinggi.

Baling membaling buah kelulut kering menjadi hiburan buat anak2 sehingga berbalah dan ada yang bermasam muka.Apa tidaknya buah yang sebesar kepala mancis melekat kemas pada rambut ,pakaian juga beg sekolah.

Diilhamkan untuk permainan teka teki seperti kemunchup....BILA KITA LUPA IA AKAN KITA BAWA...dan KITA AKAN TINGGAL BILA KITA SEDAR KEHADIRANNYA. ...Ia teka teki anak2 sekolah.....kita semua pernah menjawabnya.........

6 ulasan:

Adry@Daun berkata...

As Salam en zul,
Di Pahang pokok ni dipanggil kelulut ke? Saya igt kot kelult yg mcm lebah tu. Buat sarang dlm lubang dn ada madu. Beruang suka curi madu kelulut. Biasanya org kenal;i pkk ni dgn nama pulut-pulut atau pepulut. Ada info dlm blog saya. Gmbr bunganya pn ada. Sangat cantik.

zul permatang badak berkata...

Adry...begitulah disebelah pantai timur..pokok kelulut.
sebutan mudah untuk pepulut..pulut2.Ambil secekak pokok pepulut diikat pada hujung galah yang panjang 2/3 depa untuk dibuat penyapu sawang.Dikg kalau akal panjang semuanya percuma.

madu kelulut biasa ada pada tiang rumah kat kg2. Rumah yg lama2.

Zie berkata...

teka teki anak skolah? saya tak tau pun? ni baru tau..ehehehe

lina_pg berkata...

salam en.zul sy kenal pokok..tp lupa dh nm apa..rasanya sama kot ngan adry kata pokok pulut..ingt lg kecik merayau dlm kampung,bila blik umah penuh buah dia melekat kat baju/skirt hehehe..kantoi la pi merayau

zul permatang badak berkata...

Zie
boleh laa wat main teka2...pada adik2....anak2 sedara.....pahtu wi hadiah...
barulah kemesraan tu wujud.....
budok2 ni....kalau kiter wak baik..dia ingat sapa bile2....

zul permatang badak berkata...

Lina pg...
masa budak2...main sorok2 dlm semak....hasilnya habis pakaian dengan kemunchup dan buah pepulut.....mak/ayah...bisinglaa...dia serabut tengok......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...